بسم الله الرحمن اللرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Memurah lagi Maha Mengasihani
PANDUAN MENUJU KESEMPURNAAN SOLAT
ربنا هب لنا من ازواجنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما صدق الله العظيم
1.0 MUQADDIMAH
Rasulullah S.A.W model ketua negara yang unggul. Baginda jugalah imam di dalam setiap solat berjamaah sepanjang hayatnya. Sepotong wasiat yang telah ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya pada hari ini tertera dalam sabdanya yang berbunyi;
صلوا كما رايتمونى اصلي
Maksudnya : Sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.
Kelebihan sembahyang berjamaah: Sabda Rasulullah S.A.W:
صلا ة ا لجماعة افضل من صلاةالفذ بسبع وعشرين درجة
رواهالبخارى و مسلم
Maksudnya:Sembahyang berjamaah itu lebih afdhal (baik) daripada bersembahyang berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat ).
InsyaAllah, kertas kerja ini akan mengupas serba ringkas panduan-panduan dalam manuju kesempurnaan solat. Beberapa garis panduan dalam solat berjemaah dan kesempurnaannya juga disentuh untuk melahirkan imamah yang berketrampilan, mantap dan berkeyakinan.
2.0 THOHARAH
Bersuci merupakan punca segala amal ibadah. Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat solat dan sebagainya, maka solatnya dikira tidak sah.
2.1 Syarat-syarat thoharah ada
a) Air Mutlak : air semata- mata air, suci lagi menyucikan yang lain.
b) Aliran air pada anggota basuhan.
c) Pada anggota wudhuk, tiada sesuatu yang mengubah air.
d) Tiada penghalang antara anggota basuhan dengan air.
e) Masuk waktu (bagi orang yang selalu dalam keadaan hadas )
2.2 Wudhuk
Wudhuk ertinya membasuh dan menyapu anggota badan yang tertentu dengan niat yang tertentu. Ia adalah salah satu cara bersuci. Dari segi syarie pula ialah beberapa perbuatan tertentu yang dimulai dengan niat.
Hukum berwudhuk adalah wajib bagi orang yang hendak mengerjakan solat kerana tidak sah solat tanpa wudhuk. Tetapi sah beberapa kali solat dengan satu wudhuk sahaja asalkan wudhuknya tidak batal.
2.3. SYARAT-SYARAT WUDHUK
1) Islam, tidak sah wudhuk orang yang bukan beragama Islam.
2) Mumaiyiz : iaitu kanak-kanak yang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk, bersih dan najis.
3) Suci daripada haid dan nifas.
4) Jangan ada yang menahan air sampai ke kulit anggota wudhuk seperti cat atau getah.
5) Jangan ada sesuatu yang mengubah warna air, bau dan rasa pada anggota wudhuk seperti bedak atau gincu.
6) Tahu akan fardhu-fardhu wudhuk.
7) Jangan mengiktiqadkan bahawa di antara fardhu-fardhu wudhuk itu ada yang sunat.
8) Menggunakan air yang bersih.
2.4 FARDHU-FARDHU WUDHUK
1) Niat mengangkat hadas atau niat mengharuskan menunaikan fardhu wudhuk atau sebagainya. Bagi mereka yang sentiasa berhadas (istihadah atau silsil baul) hendaklah berniat mengharuskan solat. Tidak sah wudhuknya sekiranya berniat mengangkat hadas. Lafaz niat:
نويت الوضوء لاستباحة الصلاة لله تعالى
2) Membasuh muka : sempadan muka yang wajib dibasuh ialah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh rambut. Sempadan melintang pula di antara dua anak telinga dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
3) Membasuh kedua tangan hingga ke siku : meratakan air ke seluruh tangan sehingga dilebihkan sedikit ke atas siku. Termasuklah ke dalam kuku yang terhalang oleh kotoran atau pun bulu.
4) Menyapu sedikit air di bahagian kepala, memadai menyapu sedikit air sehingga sampai ke bahagian kulit kepala, di mana-mana bahagian kepala.
5) Membasuh kaki sehingga kedua buku lali, meratakan air ke seluruh kaki sehingga sampai ke bahagian kulit kepala, di mana-mana bahagian kepala.
6) Tertib : iaitu berniat dan membasuh anggota wudhuk mengikut aturan yang telah ditetapkan. Tidak sah wudhuk sekiranya tidak mencukupi keenam-enam syarat ini.
2.5 SUNAT-SUNAT WUDHUK
1) Membaca بسم الله الرحمن الرحيم permulaan hendak berwudhuk.
2) Membasuh tangan sehingga ke pergelangan tangan.
3) Berkumur-kumur.
4) Memasukkan air ke dalam hidung : sebaiknya menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar.
5) Menyapu semua bahagian kepala.
6) Membasuh kedua telinga zahir dan batin.
7) Menyelati jari tangan dan kaki, juga janggut sekiranya ada.
8) Mendahului membasuh anggota kanan dari yang kiri.
9) Membasuh/menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali.
10) Muwalah : ertinya mengerjakan secara berterusan atau berturut-turut.
2.6 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1) Keluar sesuatu benda dari qubul/dubur sama ada keras atau cair atau angin, seperti tahi, kencing, kentut dan lain-lain.
2) Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam atau tidur yang tidak tetap papan punggungnya. Tidur orang yang berbaring hukumnya batal sama sekali, manakala tidur duduk dan tetap papan punggungnya tidak membatalkan wudhuk.
3) Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dengan tidak beralas. Bersentuhan rambut, kuku atau gigi tidak membatalkan wudhuk.
4) Menyentuh qubul/dubur dengan tapak tangan atau perut jari.
3.0 IBADAT SOLAT
Solat bermakna doa dan dari segi syaraknya bermakna beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat yang tertentu.
3.1 SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
1) Islam
2) Baligh
3) Berakal
3.2 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
1) Mengetahui masuknya waktu dengan yakin. Sekiranya seseorang itu solat tanpa menyakini masuknya waktu,maka solat tidak sah walaupun tepat pada waktunya.
2) Mengadap kiblat semasa mengerjakan solat bagi orang yang mampu melakukannya.
Bagi yang uzur, maka diberi kelonggaran yang membolehkannya mengadap ke arah yang ia mampu tetapi hendaklah qada, solatnya apabila telah kembali kepada keadaan asalnya.
3) Suci daripada najis sama ada di pakaian , anggota badan dan tempat solat.
4) Menutup aurat sama ada di tempat yang sunyi atau ramai.
5) Suci dari hadas iaitu ia telah berwudhuk dan mandi hadas.
3.3 RUKUN-RUKUN SOLAT
1) Niat di dalam hati : niat ini berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul ihram iaitu tatkala ia mengatakan Allahu Akbar, maka hatinya berkata lafaz niat dalam hati.
2) Takbiratul Ihram ; Iaitu lafaz Allahu Akbar dengan kadar didengari oleh diri sendiri serta mengangkat tangan berbetulan dengan dua bahu. Semasa ia memulakan bacaan tersebut, maka haramlah ia melakukan sesuatu kecuali apa yang menjadi kewajipan dalam solat. Perkataan Allahu Akbar itu tidak boleh ditukar dengan yang lain misalnya:
الرحمن اكبر
3) Berdiri betul bagi orang yang berkuasa ; Cara berdiri dengan meluruskan ruas-ruas pinggang.
4) Membaca Al-Fatihah: Dibaca fatihah bersama basmalah kerana ia termasuk daripada ayat fatihah.Wajib memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah itu.Sunat wakaf di setiap ayat dalam fatihah kecuali selepas…انعمت عليهم.kerana ia termasuk wakaf , di sini sunat mengucapkan آمين dengan panjang tanpa bertasydid
5) Rukuk : Disunatkan ketika rukuk meratakan punggung sama aras dengan kepala sehingga menjadi seperti sehelai lembaran. Takbir yang dilafazkan hendaklah dilanjutkan sehingga sempurna rukuk.Hendaklah memegang kedua-dua lutut yang berkeadaan tegak (tidak bengkok) tidak berhimpitan dua tapak tangan dan jari-jari merenggang satu sama lain.Tasbih dibaca sekurang-kurangnya satu kali dan boleh dibaca sebanyak 7/9 kali dan yang paling banyak sebanyak 11 kali.Tasbih juga disunatkan ditambah seperti berikut ;
الهم لك ركعت وبك أ منت ولك اسلمت خشع تك سمعى وبصرى ومخى وعظمى
.....وشعرىوبشرى وما استقلت به لله رب العا لمين
Makruh rukuk hanya pada batas minimanya, demikian juga keterlaluan menundukkan kepala di bawah garis bawah punggung .Bagi perempuan sunat menghimpitkan antara siku dan lambung, perut dengan paha ketika rukuk dan sujud.
6) I’tidal (berdiri tegak) : Sunat mengucapkan سمع الله لمن حمده…ketika sedang bangkit dari rukuk. Setelah berdiri tegak sunat mengucapkan .. ربنالك الحمد ملء السموات وملء الارض وملء ماشئت من شىء بعد
7) Sujud : Sujud dua kali untuk setiap rakaat pada sesuatu yang bukan bawaannya. Contohnya sejadah kain alas yang lain. Tidak sah sujud di atas sesuatu bawaannya seperti sujud di atas kain telekung. Cara sujud ialah dengan menyungkur iaitu bahagian punggung dan sekitarnya berada lebih tinggi daripada kepala dan pundak . Jika kepala lebih tinggi dari punggung atau sejajar, belum sempurna sujudnya . Sujud itu dengan meletakkan sebahagian keningnya (dahi) dalam keadaan terbuka, tidak tertutup oleh sesuatu. Jika tertutup solat tidak sah, kecuali jika terdapat pembalut luka yang sukar dibuang. Kening ditekan pada tempat solat sehingga terbeban dengan berat kepalanya dan meletakkan sepasang lutut, telapak tangan, jari tangan dan sebahagian jari kaki.
Sunat meletakkan hidung ketika sujud. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam hadisnya:
رسول الله صلى عليه وسلم عن ابى حميد الساعدى كان اذا سجد امكن انفه وجبهتة جنببة ونحى يدية عن جنببة ووضع كفية حذو منكبية
Sunat juga membuka mata ketika sujud. Membaca tasbih ketika sujud sebanyak 3 kali
سبحان ربى الاعلى وبحمده
Sunat menambah:
اللهم لك وبك امنت ولك اسلمت سجد وجهى للذى خلقو صورة وشق سمعه وبصرة بحوله وقوته تبارك لله احسن الخا لقين
Dan disunatkan juga memperbanyakkan doa ketika sujud. Makruh menghampirkan kedua lengan ke tempat sujud.
8) Duduk antara dua sujud ;
Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk iftirasyi (افترش). Duduk iftirasyi tidak perlu dipanjangkan kerana ia berfungsi sebagai pemisah sahaja. Cara duduk “iftirasyi” ialah dengan duduk di atas kaki kiri dan dikirikan tapak kaki yang kanan.Letakkan kedua tapak tangan di atas kedua paha. Hujung jari berjajaran dengan lutut. Seterusnya bacalah doa
رب اغفرلى وارحمنى واجبرنى وارفعنى واررزقنى واهدنى وعافنى واعف عنى
Makruh membacaاغفرلى .sebanyak 3 kali
Di dalam sujud yang kedua sebelum bangun I’tidal disunatkan duduk istiharah . Di dalam sujud melakukan sujud tilawah tidak ada duduk istiharah.
9) Thoma’ninah ; dalamsetiap rukun fe’li sebelum berpindah kepada rukun yang lain.
10) Tasyahud Akhir ; Tidak disunatkan basmalah terlebih dahulu.
11) Selawat Atas nabi SAW ; Iaitu setelah membaca tasyahud akhir. Selawat yang paling sedikit dengan menyebut اللهم صلى
Disunatkan menambahnya dengan selawat ke atas keluarga nabi dengan menyambungواله penambahan ini tidak disunatkan pada tasyahud awal. Sunat membaca selawat yang paling sempurna seperti yang kita amalkan sekarang. Disunatkan berdoa di dalam tasyahud akhir dengan doa yang ma’thur ;
اللهم انى اعوذبك من عذاب النار ومن فتنة المحيوالممات ومن فتنة المسبح الدجال
رواه مسلم
Makruh jika tidak berdoa
12) Duduk untuk bertasyahud, selawat dan salam ; Duduk tasyahud akhir dinamakan duduk tawaruk.(تورك). Makmun yang masbuq, tidak perlu bertawaruk pada tasyahud akhir imam dan orang yang akan melakukan sujud sahaja.Duduk tawaruk ialah seperti iftirasyi tetapi kaki kiri dikeluarkan lewat bawah kaki kanan dan punggung ditempelkan ke tanah. Sunat meletakkan dua tangan semasa duduk di kedua-dua tasyahud pada kedua-dua lutut sehingga berjajaran hujung jari lutut.
Jari-jari kiri terbentang rapat dan kanan menggepal kecuali jari telunjuk diluruskan.Sunat mengangkat sedikit jari telunjuk semasa membaca hamzah pada الاالله. Jari diangkat terus sehingga berdiri semula atau memberi salam .Lebih afdal, ibu jari digenggam, hujungnya diletakkan di bawah jari telunjuk di tepi telapak tangan.Disunatkan juga memusatkan pandangan kepada jari telunjuk ketika mengangkatnya walaupun tertutup dengan kain atau sebagainya.
13) mengucap salam pertama ;Disunatkan menambah pada ucapan kedua salam tersebut dengan,ورحمة اللهtanpaوبركا ته Salam –salam ini dilakukan dengan memalingkan muka sehingga dapat melihat pipi kanan ketika salam pertama dan kiri ketika salam kedua. Antara lain sunat berniat mengeluarkan diri dari solat ketika salam pertama. Bersegera menyambung salam yang kedua dan sunat juga memulai ucapan salam dalam keadaan muka mengadap kiblat dan mengakhirinya dalam keadaan bepaling yang sempurna.
14) Tertib ; Apabila sengaja melanggar ketertiban rukun solat maka batallah solatnya. Tetapi rukun qauli tidak membatalkan solat kecuali salam.
4.0 SUNAT AB’ADH DAN SUJUD SAHWI
Sujud sahwi dilakukan kerana meninggalkan satu sunat ab’adh sekalipun dengan sengaja ditinggalkan. Sekiranya sujud itu dilakukan kerana meninggalkan selain daripada sunat ab’adh padahal ia mengetahui dan dengan sengaja, batallah solatnya. Sujud sahwi dilakukan sebelum salam sebanyak dua kali diselangi dengan duduk antara dua sujud. Bacaan ketika sujud ialah;
سبحان من لا ينام ولا يسهو
4.1 Sunat-sunat ab’adh ialah :
1. Tasyahud awal ;bacaannya seperti yang diwajibkan .
2. Duduk tasyahud awal ; Gambarannya seperti meninggalkan berdiri waktu qunut.
3. Qunut ratib ; dalam solat subuh dan witir di bulan Ramadhan.
4. Berdiri pada qunut.
5. Selawat atas nabi Muhammad saw setelah tasyahud awal dan qunut.
6. Selawat atas keluarga nabi sesudah tasyahud akhir dan qunut.
5.0 SUNAT HAIAH
Sunat haiah sekiranya ditinggalkan tidak menjadi apa-apadan tidak perlu sujud sahwi.
5.1 Sunat haiah adalah tidak terbatas antaranya :
1) Mengangkat tangan ketika takbiratul Ihram, rukuk ,I’tidal dan bangun pada rakaat yang kedua.
2) Meletakkan perut tapak tangan kana di atas tangan kiri dan memegangnya,meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3) Membaca doa iftitah.
4) Membaca ta’awwuz.
5) Membaca Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat ataupun perlahan pada tempat-tempat yang ditentukan.
6) Membaca آمين selepas Fatihah.
7) Membaca surah Al-Quran selepas Fatihah pada dua rakaat yang pertama.
8) Membaca takbir ketika rukuk dan I’tidal.
9) Membaca tasbih ketika rukuk.
10) Membaca tasbih ketika sujud.
11) Meletakkan kedua tangan di atas paha dengan melepaskan semua jari (tidak digenggam) kecuali semasa duduk tahyat awal dan akhir, disunatkan digenggam (kecuali jari telunjuk kanan sahaja). Mengangkat jari telunjuk semasa mengucapkan الاالله
12) Duduk iftirasyi pada semua perbuatan kecuali tahiyat akhir.
13) Duduk tawaruk iaitu duduk tahiyat akhir
14) Salam yang kedua.
6.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1) Niat memutuskan solat kerana sesuatu kejadian
2) Merasa ragu dengan putusnya solat.
3) Banyak bergerak yang sambung-menyambung (tiga kali berturut-turut).
4) Sengaja berkata-kata
4.1 Terkeluar ucapan dua huruf.
4.2 Bercakap suatu huruf yang difahami
4.3 Terkeluar bicara kerana gusar
5) Menelan sesuatu yang membatalkan puasa
6) Sengaja menambah rukun fe’li.
7) Yakin atau mengira perbuatan fardhu sebagai sunat.
PERINGATAN
Termasuk juga perkara yang membatalkan solat :
1) Hadas.
2) Terkena najis yang tidak dimaafkan kecuali apabila dibuang segera.
3) Terbuka aurat hendaklah segera ditutup apabila ditiup angin.
4) Sengaja meninggalkan rukun.
5) Merasa ragu dengan niat.
7.0 WAKTU-WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB
1) Selepas solat subuh dan selepas naik matahari.
2) Ketika naik matahari sehingga kadar segalah.
3) Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4) Selepas solat asar sehingga masuk matahari
5) Ketika masuk matahari.
SEMBAHYANG BERJEMAAH
1.O SEJARAH SEMBAHYANG BERJEMAAH
Sejarah permulaan mendirikan solat berjemaah, selepas hijrahnya baginda SAW ke Madinah.Baginda tidak pernah sembahyang berjemaah sepanjang penempatannya di
1)Lambang syiar Islam
2)Melambangkan perpaduan seluruh umat Islam
3)Mengukuhkan tiang agama atas dasar persefahaman, perkenlan, persaudaraan, pertolongan di kalangan kaum muslaimin
2.0 SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ialah sembahyang beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya dua orang, seorang imam dan seorang makmum. Sekiranya lebih ramai adalah lebih disukai oleh Allah SWT:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاة الرجل مع الرجل أزكى من صلاته مع رجلين أزكى من صلاته مع الرجل وما كان أكثر فهو أحب الى الله تعالى
3.0 HUKUM SOLAT BERJEMAAH
1)Sebahagian menyatakan fardu ain
2)Sebahagian lain menyatakan fardu kifayah
3)Sebahagian yang lain berprendapat sunant muakad dan inilah pendapat imam Syafie
4.0 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
4.1 Ganjaran berlipat kali ganda iatu 27 kali ganda.Dalil –dalil kelebihan solat berjemaah:
عن ابى عمرقال قال رسول الله صلصلى الله عليه وسلم صلاة الجماعة تفضل على صلاة رجل وحده بسبع وعشرين درجة
عن ابى هريره رضىالله عنه عن نبى صلى الله عليه وسلم قال لقدهمت ان امر فتيبى هن يجمعوا حزم الحطب ثم امر بالصلاة ثم أحرق على أقوم لا يشهدون الصلاة
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من مشى لى الصلاة تطوع فهى كعمرة نافلة
4.2 Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali telah membuat huraian mengenai pahala orang yang berjemaah dalam tiga peringkat:
1) Suatu kumpulan yang keluar daripada solatnya dengan pahala berjemaah sebanyak 25 kali ganda,yang mereka ini takbir dan ruku’nya kemudian imamnya
2) Suatu kumpulan yang lain pula apabila keluar daripada sembahyangnya hanya mendapat satu pahala sahaja kerana mereka itu menyamai perbuatan imamnya
3) Suatu kaum yang lain pula yang keluar daripada sembahyangnya dengan tidak mendapat sesuatu daripada pahala kerana mereka mendahului perbuatan imam mereka
4.3 Suatu kisah yang amat menarik mengenai solat berjemaah ini, telah dirakamkan di dalam sebuah kitab yang bernama “KITABUL KABIR” yang menerangkan bagaimana ruginya seseorang yang meninggalkan solat berjemaah.Cerita daripada Ubaidillah bin U mar r.a. bahawa suatu malam beliau telah didatangi seorang tetamu hingga menyababkan beliau tidak dapat berjemaah dalam solat Isyak. Sedang beliau tidak pernah sekalipun meninggalkan jemaah Isyaknya. Oleh kerana itu, beliau keluar ke Basrah mencari-cari masjid yang boleh ditumpang untuk berjemaah. Tapi malang baginya, semua orang telah sembahyang dan masjid-masjid pula telah dikunci.Lantas beliau pulang ke rumah menunaikan solat Isyak sebanyak 27 kali kerana mengingatkan hadis Rassulullah yang menyatakan solat jemaah yang pahalanya 27 kalli ganda.
Setelah solat, beliau tidur dan dalam tidurnya beliau dimimpikan oleh Allah SWT yang beliau bersama satu kumpulan yang sedang menunggang kuda dan mereka berlumba-lumba .Beliau sendiri memacu kudanya selaju mungkin, tetapi tidak dapat menyamai bersama kumpulan tersebut. Salah seorang dari kumpulan itu berkata kepadanya,”walau selaju mana pun ia tidak dapat menyertai kumpulan tersebut kerana beliau solat bersendiri.
Dengan kejadian tersebut beliau amat merasa dukacita kerana apa yang dilakukan 27 kali solat tidaklah sama dengan solat berjemaah yang dijanjikan 27 kali ganda pahala yang difahaminya itu, menurut sebuah hadis.
5.0 SYARAT-SYARAT SAH MENGIKUT IMAM
1)Makmum berniat mengikut imam :sekiranya makmum tidak berniat mengikut imam sedangkan perbuatanya sama dengan perbuatan imam, solatnya tidak sah
2)Mengikut perbuatan imam :tidak sah sekiranya makmun mendahului imam dengan dua rukun fie’li atau menyamai dengan takbiratul ihram imamnya
3)Mengetahui segala perbuatan imam dari satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada:
3.1)Makmum melihat sendiri gerakan imamnya
3.2)Melihat saf yang berada di depannya
3.3)Mendengar suara imam atau suara mubalighnya.
4)Hendaklah bersamaan sembahyang imam dengan makmunnya. Tidak sah jika berlainan perbuatan umpamanya :imam solat jenazah sedangkan makmun solat fardu.Tetapi sah solat jika berlainan niat manakala perbuatan sama.Contohnya:-
4.1)Imam solat sunat sedangkan makmun solat wajib
4.2)Imam solat qada’,makmum solat tunai
4.3)Imam solat Isyak manakala makmum solat maghrib.Tetapi makmum wajib niat mufaraqah apabila imamnya selepas solat akhir.
5)Imam dan makmum solat berjemaah dalam satu kawasan tanah lapang atau tidak melebihi 300 hasta. Jika di dalam satu bangunan tidaklah dihadkan walau seluas manapun. Jika itu ada dua buah (umpamanya masjid )hendaklah dua masjid itu ada pintunya yang boleh menghubungkan kedua-duanya.
6)Hendaklah muwafakah di antara makmum dan imam dalam perkara sunat sama ada hendak meninggalkan atau tidak, seperti sujud sejadah (makmum sujudamengikut imam sujud)
7)Makmum jangan berkehadapan daripada imam dalam apa-apa jua sembahyang. Yang dikira terkebelakang itu ialah tumit makmum dan bukan jarinya.
8)Imam yang sedang bersembahyang hendaklah bagi makmumnya mempunyai kepercayaan penuh tentang sahnya sembahyang tersebut.
9)Makmum janganlah mengikut orang yang mesti mengulangi balik solatnya seperti orang yang solat kerana sejuk atau ketiadaan air ( sembang setelah bertayammum)
10)Imam janganlah terkurang daripada makmum:
10.1)Tidak harus seorang lelaki mengikut seorang perempuan atau khunsa.
10.2)Tidak harus seorang khunsa mengikut seorang perempuan atau khunsa
11)Imam jangan mengikut orang lain. Makmum tidak boleh mengikut seseorang yang mengikut orang lain.
12)Imam hendaklah mempunyai kelebihan:
a)Orang yang alim jika ada dua orang yang sama.
b)Pilih orang yang lebih baik bacaannya jika sama.
c)Pilih orang yang terlebih dahulu berhijrah jika sama.
d)Pilih orang yang lebih tua umurnya jika sama.
e)Pilih orang yang suara bacaannya jika sama.
f)Pilih orang yang lebih bersih pakaiannya jika sama.
g)Pilih orang yang kacak rupa parasnya.
6.0 KEUTAMAAN SAF AWAL DAN MELURUSKAN SAF
Dituntut melazimkan diri duduk di saf awal. Sabda Rasulullah SAW:
أن الله وملائكة يصلون على صفوف المقدمة
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikatNya bersolat di saf depan.
Sabdanya lagi:
لويعلم ما فى الاذان والصف الاول ثم لم يجدوا الا ان يستهموا عليه لاستهمو
Maksudnya: Sekiranya orang ramai mengetahui keutamaan yang terkandung dalam azan dan saf awal, lalu mereka tidak akan memperolehinya melainkan dengan mengundi dan nescaya mereka akan mengundi kerananya.
Meluruskan saf adalah merupakan perkara sunat yang terpenting dan tidak harus dilalaikan . Rasulullah SAW sentiasa berseru dalam sabdanya:
لتسون صفوفكم او ليخالفن الله بين قلوبكم
Ertinya: Hendaklah kamu merapatkan saf-saf kamu
انى لا ارى الشياطين تدخل فى خلل الصفوف
Sabdanya: Sesungguhnya atau Allah akan memecah-belahkan hati kamu.
aku selalu melihat syaitan masuk ke celah-celah saf.
7.0 SYARAT-SYARAT SOLAT BERJEMAAH
1.Makmum hendaklah niat berimam
2.Hendaklah makmum terkebelakang dari imam.Tidak melebihi dari tumit imam
3.Makmum hendaklah mengetahui pergerakan imam,sama ada dari segi perkataan
atau perbuatan imam itu sendiri.
4.Makmum tidak mengi’tiqadkan solat imam tersebut batal, misalnya melalui perbezaan mazhab dan sebagainya.
5.Makmum tidak mendahului atau ketinggalan dari imam dengan dua rukun fie’li berturut-turut tanpa keuzuran.
6.Imam tidak menjadi makmun kepada imam yang lain pada masa itu.
7.Bacaan imam lebih baik daripada makmum.
8.0 SYARAT-SYARAT IMAM.
1.Lelaki yang adil lagi faqeh
. 2.Imam lelaki untuk makmum lelaki dan imam perempuan untuk makmum perempuan
3.Baik bacaannya lagi fasih.
4.Seorang yang baik lagi wara’ dan tidak fasiq.
5.Seseorang yang memelihara waktu sembahyang dan melebihkan akhirat dari dunia.
6.Lebih ketaqwaannya.
7.Seorang yang ikhlas, baligh dan mempunyai sifat yang baik serta Islam.
8.Lebih tua umurnya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W
يوم القوم اقرؤهم لكتاب الله فان كانوا فى القرءة سواء فاعلمهم بالسنة فان كانوا فى ال فاقدمخم هجرة فان كانوافى الهجرة سواء أكبرهم سنا ما لم يكن الرجل سلطانا سنة سواء أوصاحب المنزل فيكون أولى من غيره بالامامة
9.0 ADAB-ADAB IMAM.
1.Adab-adab solat
2.Adab-adab bacaan
3.Adab-adab rukun solat
4.Adab-adab salam
9.1 ADAB-ADAB SOLAT
1.Imam hendaklah disukai oleh makmum. Jika ada makmum yang tidak menyukai imam tersebut maka keputusan ramai hendaklah diikut. Jika sedikit sahaja yang menyukainya dan mereka terdiri daripada orang yang soleh serta beragama maka keputusan mereka perlu diikut.Makruh menjadi imam sekiranya ada makmum yang lebih fasih dan faqeh dalam ilmu Feqh melainkan jika orang yang lebih tua itu enggan haruslah orang yang kurang menjadi imam.
2.Apabila diberi pilihan antara menjadi bilal atau imam maka hendaklah dia memilih imam kerana lebih afdal.
3.imam hendaklah memelihara solat di awal waktu. Jamaah yang sedikit pada awal waktu lebih afdal daripada menanti orang ramai tetapi di akhir waktu
4.Imam hendaklah ikhlas kerana Allah SWT serta mesti amanah pada diri sendiri dari segi thoharahnya dan segala syarat solatnya. Apabila didapati ada najis atau dia berhadas lalu teringat ketika sedang solat atau keluar angin, janganlah malu untuk membatalkan solatnya dan keluar lalu diganti oleh orang berhampiran dengannya.
5.Imam itu tidak memulakan takbiratul ihram sehingga selesai muluruskan saf-saf dan sunat berpaling ke kiri dan ke kanan serta berkata: اسئووا للصلاة رحمكم الله
Hendaklah muazzin memulakan iqamah apabila semua makmum telah bersedia untuk menunaikan solat.
6.Sunat bagi imam menyaringkan suara ketika takbiratul ihram.Makmum jangan meninggikan suara tetapi sekadar untuk dirinya sahaja.Sunat bagi imam berniat menjadi imam untuk mendapat fadilat berjemaah dan sekiranya dia tidak berniat maka tidak mengapa.Manakala makmum wajib berniat menjadi makmum.
9.2 ADAB –ADAB BACAAN
1.Sunat bagi imam memperlahankan iftitah dan ta’awwuz.
2.Sunat menyaringkan suara pada fatihah dan surah pada tiga waktu iaitu subuh, maghrib dan isyak
3.Makmum dan imam hendaklah menyaringkan suara ketika membaca “Amin”, hendaklah diucapkan serentak di antara imam dan makmum serta jangan ada yang terdahulu atau terkemudian.
Sabda Rasulullah s.a.w
اذا امن الامام فامنوا فانه من وافق تأمبنه تأمن املائكت غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر
4.Sunat bagi imam diam selepas Amin sekadar makmum membaca fatihah.
5.Sunat bagi imam diam selepas membaca ولاضلين
6.Sunat bagi imam diam setelah selesai membaca surah daripada terus ruku’ sekadar penceraian membaca surah dan di antara takbir ruku’. Makmum hanya membaca fatihah sahaja. Jika makmum tidak dapat mendengar kerana jauh atau dalam bacaan secara senyap, sunat makmum membaca surah.
7.Sunat bagi imam membaca pada solat subuh dua rakaat yang kemudian daripada fatihah. Sunat juga memanjangkan bacaan dalam solat subuh dan tidak mengapa selesai solat hari hampir cerah.
قال رسول اللهصلى عليه وسلم اذا صلى أحدكم بالناس فليخفف فانه فبهم اضعيف والكبيروذا ا لحاجة واذا صلى لنفسه فاليطول ما شاء الله
9.3 ADAB-ADAB RUKUN
1.Sunat bagi imam meringankan ruku’ dan sujud, jangan membaca tasbih lebih dari tiga kali.
2.Makmum hendaklah ruku’ dan sujud selepas imam selesai melakukannya, jika makmum lewat daripada imam sekadar satu rukun, makruh hukumnya.Sebaliknya jika terlrwat daripada imam sekadar dua rukun yang panjang batal solatnya.Maka wajib ke atasnya memutuskan bacaan ketika itu dan terus mengikut imam.
3.Sunat bagi imam tidak melebihkan dalam tasyahhud akhir dan selawat.
4.Berdoalah imam dengan sighah yang jama’ dan nyaringkan qunut.
5.Janganlah makmum berdiri seorang dalam satu saf (makruh). Hendaklah dia menarik salah seorang untuk bersama-samanya selepas mengangkat takbirratul ihram. Sunat bagi makmum yang ditarik itu berganjak ke sebelahnya.
9.4 ADAB-ADAB SALAM
1.Sunat bagi imam meniatkan kedua salamnya kepada makmum dan segala malaikat yang hadir. Sunat bagi makmum meniatkan salamnya sebagai menjawab salam imam.
2.Sunat bagi imam solat di tempat lain.
3.Selesai solat, imam mengadap muka ke makmum dan makruh makmum bangkit dahulu dari imam.
10.0 PEREMPUAN DALAM BERJEMAAH
10.1 HUKUM PEREMPUAN KELUAR SOLAT KE MASJID
1)Jumhur fuqahak bersepakat, perempuan tidak wajib keluar berjemaah di masjid.
2)Pendapat-pendapat lain: i.Sunat
ii.Makruh
iii.Harus bagi perempuan tua,makruh bagi
pemudi.
10.2 HUKUM JAMAAH PEREMPUAN
Imam Syafie berpendapat digalakkan atau disukai.
10.3 HUKUM BERIMAMKAN PEREMPUAN
Ada perselisihan pendapat dalam perkara ini.
i.Syafie:harus ii.Malik:menegah
Fuqahak bersepakat tidak harus bagi lelaki berimamkan perempuan dalam
solat Jamaah.
10.4 KEDUDUKAN PEREMPUAN DALAM SAF JAMAAH
Imam berdiri bersama-sama makmum dalam saf di tengah-tengah.Dalilnya:
روى عن حجيره بنت حصين قالت أمتنا ام سلمة فى صلاةفقامت بيننا
11.0 PENGERTIAN MAKMUM MUAFIQ, MASBUQ DAN MUFARAQAH
11.1 MAKMUM MUAFIQ:
Makmum yang dapat menyusul imamnya dalam masa yang sempat ia membaca Fatihah pada rakaat pertama.Misalnya:Jika di dapati oleh makmum sedang berdiri sekadar masa yang sempat dibaca Fatihah oleh makmun.Caranya: Hendaklah makmum melakukan takbiratul ihram dan segera membaca Fatihah hingga akhir.Tidak perlu lagi membaca doa Iftitah, kerana ianya sunat dan boleh ditinggalkan.Tetapi dalam masa yang sama membaca Fatihah, imam akan ruku’ langsung I’ktidal. Kemudian sujud dua kali dan mengangkat kepala.Maka ketika itu akan luputlah bagi makmun satu rakaat. Jika terlambat lebih dari tiga rukun dan tidak berniat mufarakah,batal solatnya. Makmun tidak boleh ruku’mengikut imam sebelum menyempurnakan bacaan Fatihah terlebih dahulu. Sekiranya dilakukan juga maka luputlah satu rakaat dan wajib ia mengulanginya.
11.2 MAKMUM MASBUQ:
Ialah orang yang tidak menyusul imamnya dalam masa yang sempat fatihah padanya dalam rakaat pertama dan seterusnya. Caranya: Jika makmum berdiri hendak memulakan solat dan imam hampir ruku’,hendaklah makmum segera mengangkat takbiratul ihram lalu membaca fatihah sekadar yang mampu lalu ruku’ mengikut imam. Sabda rasulullah SAW:
من أدرك ركعة من الصلاة مع امام فقد ادرك الصلاة
Maka fatihah yang belum dibaca ditanggung oleh imam dan dia memperolehi rakaat tersebut sekiranya ia telah dapat menyusul imam sekurang-kurangnya sekadar thoma’ninah semasa ruku’ tetapi jika makmum hendak ruku’dan tiba-tiba imam I’tidal, maka makmum hendaklah mendapati rakaat itu.meskipun demikian ia hendaklah mengikut sama yang dilakukan oleh imam hingga ke akhir solatnya lalu mengulanginya selepas imam memberi salam.
Jika imam didapati sedang I’tidal, duduk, sujud atau lainnya hendaklah makmum mengangkat takbiratul ihram dan terus mengikut imam tetapi tidaklah ia dikira mendapat rakaat itu. Sabda rasulullah SAW
فما أدركتم فصلوا وما فأتكم فأتموا
11.3 MAKMUM MUFARAQAH :Ialah makmun yang berniat untuk perpisah daripada imam solatnya. Hukumnya :Solatnya sah tetapi terputus atau terbatal jemaahnya. Ia dikira sebagai solat bersendirian selepas daripada niatnya.
12.0 PERKARA –PERKARA YANG MESTI DIPERHATIKAN DALAM BERJEMAAH
1)Mendahului imam dua ruku’ fe’li secara berturut-turut, batal solatnya.Tetapi jika kurang dari itu maka sah solatnya namun haram hukum perbuatan begitu.
2)Diutamakan bagi seorang seorang imam sekiranya beliau sedang ruku’dan didapati ada orang hendak menjadi makmun dengannya, maka dipanjangkan ruku’nya sekadar seorang itu cukup untuk mengikutinya supaya dapat sama-sama dapat pahala berjemaah.
3)Janganlah imam memanjangkan bacaan tasyahudnya sekadarnya sahaja dan jangan mendoakan khas untuk dirinya sahaja.Hendaklah ia mendoakan secara umum (sekadar yang hadir)
4)Janganlah imam ruku’atau sujud terlalu lama dengan memanjangkan tasbih lebih daripada tiga kali.
5)Makmun jangan menyamai imam ketika ruku’ atau sujud bahkan hendaklah terkemudian daripada imam. Janganlah makmum sujud sebelum imam mencecah dahinya ke tempat sujud.
6)Sekiranya tuan rumah kurang fasih bacaannya, lebih afdal menjadi imam ialah tetamunya yang sempurna bacaannya.
7)Tetamu yang menjadi imam tanpa izin tuan rumah, hukum makruh tetapi tidaklah menjejaskan solatnya
8)Imam yang dibenci oleh makmun dilaknati oleh Rasulullah SAW.
9)Sekiranya imam sembahyang duduk, makmum hendaklah sembahyang duduk mengikut imam .
10)Sekiranya imam terlupa membaca tahyat awal, rakaat atau lain-lain maka makmum lelaki mengucapkan tasbih.Manakala makmum perempuan menepuk tangan kanan di atas tangan kiri.
11)Sekiranya imam terlupa membaca tasyahud awal dan terus berdiri untuk rakaat yang ketiga maka makmum hendaklah mengikutnya.Tidak membatalkan solat kerana ia meninggalkan sunat ab’ad sahaja dan hendaklah diganti dengan sujud sahwi sahaja.
12)Makmum tidak boleh mengikut imam yang mengerjakan rakaat yang kelima kerana terlupa bilangan rakaat.Sekiranya mengikut juga,batal solat tetapi jika ia terlupa seperti imamnya tidak batal.
13)Sekiranya makmum telah pun menegur imam yang telah melakukan kesilapan dan perbuatan tersebut tidak boleh diulang atau diundur semula. Maka bagi makmum itu ada dua cara:
i)Mufarakah dari imam
ii)Menurut imam sehinggalah imam menyempurnakan solat dengan sujud sahwi.
14)Makmum memberi salam dahulu dari imam secara sengaja atau tanpa keuzuran batal,solatnya melainkan ia berniat mufaraqah. Jika makmum dan imam sama-sama dalam memberikan salam, tidak harus tetapi tidak membatalkan solatnya.
13.0 KHUSYU’ DALAM SOLAT
Sesungguhnya jiwa solat itu ialah khusyu’ dan peranannya dalam solat seperti peranan jiwa bagi tubuh.Maka kita perlulah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan khusyu’itu. Khusyu’ dalam solat ialah tidak melihat segala yang lain dengan mata hati, tidak berpaling ke kiri atau ke kanan , tenang tidak mengalihkan pandangan dari tempat sujud. Mengarahkan seluruh fikiran dan perasaan terhadap solat dan tidak menggerakkan anggota badan tanpa hajat atau darurat . Allah berfirman yang bermaksud:
“Bahawa mereka yang beriman akan tenang hati mereka dengan mengingati Allah SWT nescaya tenanglah segala hati”
Abu Dardakmenerangkan bahawa nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Yang pertama sekali diangkat dari umat ini (umat Muhammad ) ialah khusyu’sehingga engkau tidak melihat lagi seorang yang khusyu’.
13.1 CARA-CARA UNTUK MENCAPAI KHUSYU’ DALAM SOLAT.
Imam Al Ghazali telah menggariskan panduan-panduan untuk mencapai kekhusyu’kan dalam solat:
1)Menghadirkan hati dalam solat dan mengosongkan diri dari segala urusan yang boleh menganggu ibadah solat itu sendiri. Maka hendaklah geraklaku badan dan gerk-geri hati itu berasingan kedua-duanya sekali
2)Memahami setiap bacaan solat kerana ianya mengandungi banyak makna atau maksudnya yang halus dan patut difahami oleh seseorang di dalam solatnya. Dengan itu barulah solat dapat mencegah dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar
3)Merasakan kehebatan dan kebesaran Allah di dalam solat akan menimbulkan rasa takut pada Allah, kerendahan jiwa dan kehinaan sebagai hamba Allah.Olehitu haruslah datang hati dari dua cara:
i)Mengenal kebesaran Allah Taala dan keagunganNya dan ini adalah dari asal –usul keimanan
ii)Mengenai kerendahan jiwa dan kehinaan nya serta keadaannya sebagai hamba.
4)Mestilah mengharapkan pahala yang banyak daripada Allah dan yakin dengan balasan syurga dan nerakaNya
5)Wujudnya peraaan malu kerana ini akan mengingatkan tentang keaiban-keaiban diri,kecelaan dan ketidakikhlasan diri dalam setiap tingkah laku dan perlu menyakini bahawa Allah maha mengetahui dan menyingkap segala rahsia .
6)Memanjangkan ruku’ dan sujud
7)Tidak terlalu banyak menggerakkan anggota seperti menggaru kepala, berpaling ke kiri dan ke kanan dan sebagainya.
8)Hendaklah dikosongkan hati dari apa sahaja yang boleh mendatangkan was-was seperti menahan hajat untuk membuang air besar atau air kecil dan sebagainya.
SEMOGA SOLAT KITA MENJADI JAMBATAN DALAM MENUJU KEREDHAAN ALLAH
1.0 TAYAMMUM
Tayammum ialah menyapu muka dan dua belah tangan dengan debu tanah mengikut peraturan yang tertentu. Ia adalah gantian bagi wudu’.Firman Allah Taala:
وان كنتم او على سفر او جاء احد منكم من الغا ئط أو لامستم النساء فلم تجدوا ماء فتيمموا صعيدا طيبا فامسحوا بوجوهكم وايديكم منه.
سوره المائده 6
Ertinya: “Jika kamu sakit atau dalam musafir atau bersentuhan dengan perempuan padahal kamu tidak dapati air maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih iaitu kamu sapu muka dan tangan kamu dengannya”.
2.0 SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM
1)Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya mencukupi keperluan minun dan sebagainya.
2)Ada keuzuran dengan sebab luka atau sakit yang tidak boleh menggunakan air
3.0 RUKUN –RUKUN TAYAMMUM
1)Memindahkan debu tanah kepada anggota wudu’
2)Niat ketika menyapu debu ke muka:نويت التيمم لاستبحت الصلاة لله تعالى
“Aku bertayammum kerana mengharuskan sembahyang(atau menghilangkan
hadas)”
3)Menyapu debu ke muka
4)Menyapu kedua belah tangan dengan debu yang lain pula
5)Tertib
4.0 SYARAT –SYARAT SAH TAYAMMUM
1)Mengguna debu tanah yang suci
2)Debu itu belum lagi digunakan untuk tayammum
3)Sudah yakin masuk waktu solat
4)Setelah puas mencari air dan yakin ianya tidak ada
5)Terlebih dahulu menghilangkan najis
5.0 PERKARA –PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1)Berlaku seperti perkara-perkara yang membatalkan wudu’
2)Mendapati air sebelum menunaikan solat
3) Hilang uzur bagi mereka yang tayammum kerana sakit4) Murtad
6.0 PERKARA SUNAT KETIKA BERTAYAMMUM
1)Membaca بسم الله الرحمن الرحيم
2)Mengadap qiblat ketika bertayammum
3)Debu yang digunakan hendaklah tipis
4)Mulakan pada anggota yang kanan
5)Mualat iaitu berturut-turut
7.0 MASALAH-MASALAH
1) Tayammum kerana sakit boleh dilakukan ketika ada air
2) Tayammum untuk hadas besar sama seperti hadas kecil
3) Sekali tayammum untuk satu fardhu dan beberapa sunat sahaja .Ertinya tidak boleh sekali tayammum untuk dua atau lebih sembahyang fardhu.
0 ulasan:
Catat Ulasan