Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

HILANGNYA SATU MUTIARA ILMU ; TOK GURU HAJI HASHIM PASIR TUMBUH













Tuan guru Haji Hashim Abu Bakar, lebih akrab dengan panggilan Ayah Sin. Pada tanggal 30 Ogos 2011, jam 1.15 sore, saat umat Islam merayakan hari raya aidilfitri tokoh ulama tersohor itu kembali rahmatullah dalam usia 91 tahun di rumahnya di komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit tua.

Lahir pada 1920, di Kg. Pantai Johor, Alor Setar, Kedah, daripada keluarga ulama. Bapanya berasal dari Pattani yang berhijrah ke Kedah dan berkahwin dengan anak tempatan. Pada 1935, ketika usianya 12 tahun, ibu bapanya menghantar belajar di Darul Ulum dan di Masjidil Haram, Mekah. Antara gurunya ketika itu, ialah Syeikh Mohd. Yasin al Padangni, seorang ulama terkenal di Mekah asal Minangkabau, Indonesia, Syeikh Hassan Mashud dan Syeikh Muhamad Alawi daripada Maghribi.

Sekembalinya ke tanah air (1939), dia menyambung lagi pengajian secara tradisional di Madrasah Asyariah, Bagan Datok, Perak, selama setahun (1940). Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu beliau kembali ke kampung kelahirannya di Kedah, sehingglah pada 1946. Setahun selepas tentera Jepun menyerah kalah, Haji Hashim berhijrah ke Kelantan. Ketika di Kelantan, dia mendalami lagi ilmu agama di Pondok Bunut Payung.

Antara rakan-rakan sepengajian beliau ketika itu, samada sewaktu di Mekah, mahupun di tanah air, ialah bekas guru di Maahad Muhammadi, Ustaz Haji Hasan Idris, iaitu anak Tok Guru Haji Idris, Bachok dan Tok Guru Ayah Kob, Machang, Kelantan.

Madarasah Ad-Daniah Bal-akariah atau nama popularnya Pondok Terosan, Pasir Tumboh, dibuka pada 1953 oleh dua orang ulama bersuadara, Haji Mustafa bin Abu Bakar dan adiknya Haji Abdul Aziz Abu Bakar. Ketika itu Ayah Sin menyambung sentri di pesantren tersebut. Minat beliau kepada pengajian Islam secara tradisional menjadikan dirinya sangat sinonim dengan suasana pesanteran.

Kebetulan, Almarhum mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tok Guru Haji Abdul Aziz atau nama akrabnya, Tok Guru Ayah Jik, adalah adik ipar. Menurut haraki pondok Terosan, Ayah Sin merupakan murid paling kanan antara ribuan murid yang belajar di situ ketika itu. Justeru bila Tok Guru Ayah Jik meninggal dunia, maka kepimpinan pesanteran Pasir Tumboh diserahkan kepada beliau.

Ayah Sin, mula memimpin pesanteran pada 1987. Banyak perubahan dilakukannya sedikit demi sedikit, terutama membangunan pasarana. Masjid diperbesarkan, asrama-asrama moden untuk sentri setingi 5 lantai didirikan. Lengkap dengan kantin, kedai runcit dan lain-lain kemudahan, bagi menggantikan rumah-rumah kecil bebentuk pondok kayu yang sudah usang dan tidak teratur.

Hari ini, sesiapa yang berkunjung ke Pondok Terosan, akan terpegun dengan pembanguan yang dijalankan berbanding dengan sebelumnya.


sumber : Pak Rossem

DR. LO' LO' YANG SAYA KENALI ... DR. MAZA


Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.


Sumber ambilan : Malaysiakini, 19 Julai 2011

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA ILMU... USTAZ GHAZALI HASBULLAH


KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).

Semasa hayatnya, beliau dikenali dengan ketegasannya dalam menyampaikan kuliah secara telus tanpa rasa takut. Malah hilang rasa gerunnya kepada sesiapa sahaja kepada Allah menyebabkan beliau pernah ditahan ISA menurut beberapa ustaz.

Usaha beliau menyampaikan kuliah tidak sahaja kepada Lembah Klang malah ke mana sahaja sehingga utara dan selatan bagi membolehkan beliau menyampaikan ilmu Islam dan mencari dana bagi Darul Atiq dalam masa yang sama.

Darul Atiq, sebuah tempat pengajian ilmu disamping pemulihan akhlak serta perlindungan kepada anak yatim dan ibu tunggal diasaskan oleh Arwah semasa muda bersama isteri beliau. Asal hanya didirikan sebuah pondok buluh untuk berteduh dan seterusnya berkembang menjadi pondok menjadi tempat mereka dahagakan ilmu Islam dan praktikalnya.

Sepanjang mengenali beliau, cukup dikenali sebagai orang yang makbul doanya. Mungkin mengenai amalannya antara lain tidak pernah gagal meninggalkan solat malam seminimum 60 rakaat setiap malam yang diamalkan berpuluhan tahun.

Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Bagi Kembara Sufi, kehilangannya bermakna hilangnya satu mutiara berharga yang pernah menjadi idola satu ketika dahulu. Almarhum Ustaz Ghazali Hasbullah adalah guru yang mula-mula membawa Kembara Sufi di atas landasan Islam sejak 1980an. Di mana sahaja Allahyarham berceramah di Terengganu, pasti Kembara Sufi sampai dengan basikal tuanya. Masih lagi tersimpan lembaran-lembaran zikir dan doa yang diedarkan oleh allahyarham dalam setiap kuliah beliau. Semoga rohnya bersemadi bersama-sama para solihin, amin...

Al Fatihah untuk guruku tercinta...

MENGENANG PEMERGIAN SEORANG MUJAHIDAH, IBU YOYOH YUSRAH

21 Mei 2011, seluruh pendokong Islam digemparkan dengan kembalinya Ibu Yoyoh Yusroh, seorang ibu dan mujahidah yang telah mewakafkan dirinya di jalan Allah. Akhawat PKS dan juga Anggota Komisi I DPR YOYOH YUSROH ibu dari 13 anak meninggal dunia karena kemalangan jalanraya di Cirebon, Jawa Barat. Semasa dalam perjalanan dari Yogyakarta menuju Jakarta setelah menghadiri acara wisuda anaknya di UGM. akan dimakamkan di kampung halamannya di Tangerang. kini disemayamkan di rumah sakit Mitra Keluarga Plumbon Cirebon.

Yoyoh adalah salah seorang tokoh pendiri PKS. Wanita yang biasa disapa ustadzah Yoyoh ini dikenal sebagai sosok yang sederhana dan bersahaja. Ibu dari 13 orang anak ini lahir di Tangerang, 14 November 1962. Dia menjadi anggota DPR sejak tahun 1999 dan sudah menempati sejumlah komisi. Beliau sentiasa mewakili PKS dan DPR dalam beberapa mesyuarat antarabangsa.

Yoyoh juga kini aktif sebagai anggota Dewan Pakar ICMI Tahun 2005-2010, bidang Pemberdayaan Perempuan, Anak dan Lansia

Sejumlah tanda jasa pun pernah diterimanya, seperti International Muslim Women Union (IMWU) tahun 2000, International Muslim Women Union (IMWU) tahun 2003, dan Mubaligh National dari Departemen Agama Pusat tahun 2001.

Seterusnya, mari kita telitikan khutbah dan tazkirah yang disampaikan oleh Bapak Ustaz Hilmi Aminudin (Ketua Majlis Syura PKS) di atas kematian Ibu Yoyoh Yusroh...



Assalamualaikum wr. wb.


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, tsumma Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, tsumma Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.



Alhamdulillah wash sholatu was salamu ala rasulillah wa ala alihi wasohbihi wa ma walah.

Wa qolallahu azza wa jalla fi kitabihil aziz, audzubillahi minasy syaitanir rajim,

wa likulli ummatin ajal, faidza ja-a ajaluhum la yasta' khiruna saah wa la yastaqdimun.

wa qola: kullu nafsin dza-iqatul maut, wainnama tuwaffauna ujurakum yaumal qiyamah, fa man zuhziha anin naari wa udkhilal jannata fa qadfaza. Wa mal hayatud dunya illa mata ul ghurur.

wa qola: minal mukminina rijalun shodaqu ma 'ahadullaha alaihi, fa minhum man qadla nahbahu wa minhum man yantazhir, wa ma baddalu tabdilaa.

Shodaqollahu azhim



Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,


Saya diminta untuk mewakili keluarga besar almarhumah ustadzah Yoyoh Yusroh dan keluarga besar ayahanda beliau, ayahanda almarhumah, KH Abdushshomad (alm) dan Hj. Siti Aminah ibunda Yoyoh, begitu juga tiga belas anak-anaknya.


Pertama-tama untuk menyampaikan terima kasih sebesar-besarnya kepada hadirin-hadirat yang telah meluangkan waktu untuk bertakziyah dan mendoakan almarhumah. Mudah-mudahan doanya insya Allah diterima oleh Allah swt.


Jika sebagai manusia ada kekhilafan, ada kesalahan, ada kelalaian mohon dimaafkan. Begitu juga jika ada hutang-piutang yang tidak diketahui keluarga mohon disampaikan kepada pihak keluarga untuk diselesaikan dan atau kemudian jika tidak sempat menghubungi keluarga mudah-mudahan bisa meridhokan, bisa meridhokan sehingga tidak menjadi beban bagi almarhumah.



Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,


Selain mewakili keluarga besar almarhumah saya di sini juga mewakili keluarga besar jamaah Partai Keadilan Sejahtera yang pada hari ini merasa kehilangan kader terbaiknya, kader yang merintis dari awal pertumbuhan jamaah dakwah ini, gerakan dakwah ini. Dari awal tahun 80 beliau sudah bergabung dengan aktifitas dakwah ini, bergabung dengan penuh semangat wala wal intima', semangat loyalitas dan komitmen. Bergabung dalam gerakan dakwah ini dengan semangat taat wat tadhiyyah. Seluruh hidupnya diwakafkan, diserahkan pada dakwah ini. Seluruh perjalanan hidupnya telah bergabung dengan dakwah ini secara totalitas, diberikan untuk dakwah ini. Dalam hal ini kita merasa kehilangan.



Sesungguhnya yang merasa kehilangan bukan hanya jamaah dakwah Partai Keadilan Sejahtera, bukan hanya bangsa Indonesia, tetapi saya sendiri dari sejak pagi menerima takziyah dari segenap penjuru dunia, dari negara-negara ASEAN, dari negara-negara Timur Tengah menyampaikan takziyah ini. Karena sekali lagi yang kehilangan bukan hanya jamaah dakwah Partai Keadilan Sejahtera, bukan hanya bumi pertiwi Indonesia, tapi ikut kehilangan juga Masjidil Aqsha dengan Baitul Maqdis-nya, seluruh mujahidin-mujahidah di Palestin sudah menyampaikan takziyahnya dan merasa kehilangan. Bukan hanya bumi Indonesia yang kehilangan amarhumah bahkan bumi di mana terletak Masjidil Aqsha-pun merasa kehilangan, bumi para mujahidin-mujahidah yang sampai hari ini sedang dikepung oleh tentara zionisme Israel turut juga merasa kehilangan. Karena beliau selain mewakili jamaah dakwah Partai Keadilan Sejahtera, sebagai anggota DPR juga mewakili bangsa Indonesia hadir di tengah-tengah pejuang mujahidin di Gaza, sehingga mereka pun ikut merasa kehilangan.


Bahkan, baru saja kita juga menerima takziyah dari kesatuan-kesatuan askar dan polis Indonesia yang sedang bertugas melaksanakan menjaga perdamaian di Sudan, di Darfur pun menyampaikan takziyahnya. Semuanya ini adalah merupakan respon atas kehilangan seorang daiyah seorang mujahid/mujahidah dakwah yang telah memperlihatkan dedikasinya untuk apa yang dia yakini, apa yang dia cita-citakan dan apa yang dia perjuangkan.


Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,


Sekilas bagaimana dakwah ini bertemu dengan beliau, pada akhir tahun sekitar pertengahan tahun 80, beliau sebagai mahasiswi di IAIN Ciputat, waktu itu masih mahasiswi baru dan kebetulan saya sekali-kali diundang ceramah oleh mahasiswa dan mahasiswi di sana, ternyata beliau bukan hanya pendengar ceramah yang baik tapi langsung menginginkan adanya komitmen dengan nilai-nilai yang diceramahkan. Dan sejak saat itulah beliau tidak pernah lepas dengan dakwah ini, dengan segala pengorbanannya. Bahkan ketika rejim Orde Baru memenjarakan saya selama dua tahun beliau terus melakukan langkah-langkah dakwah dan ketika saya keluar dari penjara beliau segera menemui saya lagi dan bergabung lagi, tanpa malu dengan bekas tahanan politik. Terus bergabung.


Bahkan ada titik-titik sejarah yang mungkin pada generasi sekarang sulit mengaplikasikannya. Ketika masuk saatnya beliau harus menikah, beliau datang kepada saya dan mengatakan; Ustadz, saya diminta orang tua untuk segera menikah. Saya katakan, Insya Allah saya doakan semoga diberikan kemudahan. Tapi calonnya minta dicarikan ustadz, saya ingin sesama aktifis dakwah. Ada pilihan? Tidak ada pilihan. Pilihan jamaah dan pilihan Allah itulah yang akan menjadi pilihan saya.


Dan segeralah saya mencari-cari siapa yang sudah jadi, sudah tentu pada saat itu masih mahasiswa dan mahasiswi yang iklimnya sulit untuk siap nikah waktu itu. Dalam kesulitan mencari itu akhirnya kita menggunakan logika qum ya Hudzaifah! Lalu yang menyambut panggilan qum ya Hudzaifah, itulah suami beliau yang setia mendampingi beliau sampai sekarang yaitu akhuna Fadhil Budi Darmawan. Yang ketika saya minta segera mengasih tahu orang tua beliau di Bandung, bahkan belum tahu nama lengkapnya. Ketika ditanya oleh orang tuanya; Budi, siapa nama calon isterimu? Yoyoh.Yoyoh apa? Belum tahu. Tapi orang tua Budi Darmawan ini seorang sholih dan sholihah dan menemui saya dan merestui rencana pernikahan bahkan mempersiapkan segala peringkat rumah tangganya dan kemudian sayalah yang melamar beliau kepada KH. Abdushshomad almarhum, yang kemudian juga beberapa hari kemudian menyelenggarakan pernikahannya. Seluruhnya bahkan proses ini sepertinya almarhumah dan akh Budi Darmawan kayaknya belum pernah ketemu sebelum proses ini. Inilah sikap generasi pertama dari yang memegang komitmen dengan dakwah ini. Yang kisah-kisah seperti itu sangat banyak tapi yang sangat menonjol adalah kisah almarhumah ini.


Begitu juga dengan perjuangan-perjuangan, baik sebelum era reformasi dengan segala ketekunannya ekspansi dakwah hampir ke seluruh penjuru Indonesia dan sesudah era reformasi dan kita bersama komponen bangsa yang lain membangun kehidupan berbangsa dan bernegara ini menuju yang lebih baik, almarhumah dengan sangat tekun menjadi legislator dua periode di DPR, Ti Ti...tiga? Tiga periode di DPR, yang periode ketiganya ini belum selesai. Jadi beliau tiga periode ini secara terus menerus berjuang dan membuktikan dedikasi dalam kiprahnya. Bahkan ketika ditugaskan di komisi I, luar biasa perkembangan kiprahnya merambah seluruh dunia yang memerlukan kontribusi Indonesia baik dalam pembebasan Palestina, perdamaian Sudan atau di Lebanon atau di Istanbul hampir tugas-tugas internasional semua beliau laksanakan. Ini sudah barang tentu menjadi suri tauladan bagi kita semua dan beliau tidak pernah dalam melaksankan tugas ini mengeluh biaya dan menanyakan dari mana biayanya? Siapa yang mengurusnya? Tidak! Seluruhnya dimenej dikelola dengan kemampuan semangat ruhul badzlu wat tadhiyyah. Keteladanan inilah yang harus kita ikuti dan kita lanjutkan.


Sudah barang tentu beliau tadi jam 03.30 dipanggil oleh Allah swt untuk insya Allah menikmati pahala dari kerja keras, dari pengorbanan, dari perjuangan, dari jerih payah. Mudah-mudahan insya Allah kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bergabung dengan beliau kalak di jannatil Firdausi a'la.


Tadi saya bacakan ayat yang menyebutkan minal mukminina rijalun shodaqu ma ahadullaha alaihi, fa minhum man qadla nahbahu wa minhum man yantazhir, dan almarhumah termasuk yang man qadla nahbahu, telah menunaikan tugasnya dan menghadap kepada Allah swt, dan kita termasuk waminhum man yantazhir. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk tetap imeneruskan semangat seperti yang dicontohkan oleh almarhumah iaitu semangat wala baddalu tabdilla, tidak pernah mau mengubah keyakinan keimanan dan aqidahnya, tidak pernah mau merubah idealisme sikapnya dan tidak mau merubah minhaj langkah-langkah perjuangannya dan tidak mau merubah ghoyah tujuan perjuangannnya, wa ma baddalu tabdiila, itulah yang diwariskan oleh almarhumah kepada kita. Mudah-mudahan Allah swt pertama-tama menempatkan almarhumah fi maq'adi shidqin inda malikin muqtadir dan mudah-mudahan juga memberikan kepada kita semangat wa ma baddalu tabdiila, istiqomah terus lurus dalam memperjuangkan nilai-nilai yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Hadirin dan hadirat yang dimuliakan oleh Allah swt,


Kisah perjuangan beliau kalau ditulis mungkin berjilid-jilid buku. Silahkan dari saya sebagai pembuka bagi hadirin-hadirat yang mungkin kreatif memunculkan sejarah-sejarah perjuangan dari kader-kader dakwah yang telah qodho nahbahu yang telah menunaikan tugasnya dengan sungguh benar. Mudah-mudahan insya Allah bisa diwariskan kepada generasi penerusnya terutama putra-putrinya yang insya Allah dalam kesibukannya berjuang tapi insya Allah putra-putrinya tiga belas adalah minash sholihin was sholihat. Dan ini juga membuktikan bahwa kesibukan perjuangan tidak membuat lalai mengurus rumah tangga, begitu juga kesibukan rumah tangga tidak membuat lalai untuk melaksanakan tugas-tugas perjuangan. Ini contoh mempertemukan antara tugas-tugas kerumahtanggaan dan tugas-tugas perjuangan disatupadukan dalam jiwa hidup perjuangan dan pengorbanan yang penuh telah diberikan oleh almarhumah ustadzah Yoyoh Yusroh. Insya Allah, aqulu qouli hadza, astaghfirullaha li wa lakum.

Assalamu alaikum wr wb.


[Translate dari rekaman audio oleh Abu Rasyidah /
http://www.mimbarpenyuluh.com/
http://www.mimbarpenyuluh.com
www.mimbarpenyuluh.com]


Catatan:

Sambutan ini disampaikan di hadapan ratusan pelayat setelah pelaksanaan sholat jenazah atas almarhumah Yoyoh Yusroh di Masjid Komplek Rumah Dinas DPR RI Kalibata, Sabtu 21 Mei 2011 / 17 J. Tsani 1432, sesaat sebelum diberangkatkan ke Tangerang untuk dimakamkan.

Teks kesaksian ini merupakan hasil translate dari rekaman suara, dan ada beberapa kata yang barangkali tidak sama persis karena suaranya tidak terekam jelas (sepertinya tidak lebih dari 5 kata), tetapi tidak sampai menggangu dari segi isi.

Nada suara ustadz Hilmi Aminudin berat dan beberapa kali sangat nampak kesedihan dan keharuan beliau bahkan hampir pecah tangis. Dari kalangan jamaah juga sesekali terdengar isak tangis kesedihan dan beberapa kali terdengar takbir mendengar kisah perjuangan almarhum ustadzah Yoyoh Yusroh.

ISTIMEWA: KHAS MENGENANG USTAZ DAHLAN MOHD ZAIN

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Memperingati pemergian seorang muassis dakwah di tanah air kita, Al Akh Al Mujahid Ustaz Dahlan bin Mohd Zin, di sini saya tampilkan pengalaman seorang mutarabbi (http://ms.langitilahi.com/) yang telah merasai sendiri sentuhan murabbinya, al akh al mujahid ini. Semoga ianya menjadi contoh kepada semua yang bergelar murabbi. Al Fatihah buat al akh al mujahid Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.

Tinggal perjuangan yang hendak diteruskan sahaja.

Tinggal perjuangan yang hendak diteruskan sahaja.

Beberapa hari ini, setiap kali saya memandang telefon bimbit saya, saya akan merasa sayu.

Sebab saya seakan ternanti-nanti mesej: “Ustaz dah sihat. Alhamdulillah.” Atau: “Syukur, perkembangan terkini UDMZ ada peningkatan. Memuaskan.” Dan sebagainya.

Tetapi nanti akan ada suara yang memotong: “Ustaz dah tak ada Hilal”

Dan sebak akan muncul.

Dan rasa sakit akan mencucuk-cucuk. Air mata akan berjejesan.

Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya tiba di MATRI. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya berdiri di tepi kuburannya. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa berada di rumahnya.

Tetapi seperti Ummi Halimaton, air mata saya tumpah juga beberapa hari selepas semuanya.


Ustaz Dahlan dan saya.

Saya tidak pernah peduli pun akan kewujudan UDMZ awal usia saya di MATRI. Kalau ikutkan siapa merapati siapa, saya akan katakan bahawa UDMZ yang merapati saya. Mungkin itu yang membuatkan saya amat terasa.

Masih ingat kali pertama saya betul-betul berada di sisinya. Tika saya bertugas menjadi ‘penjaga’ semasa berbuka puasa. Ada air tumpah, dan saya bergegas mengelapnya. Tiba-tiba ada satu suara kedengaran:

“Inilah dia mukmin, buat kerja tanpa disuruh” Dan apabila saya menoleh, kelihatan UDMZ sedang berdiri di sisi saya dengan beberapa orang sahabatnya.

Ketika makan malam selepas maghrib hari itu, saat saya bermandi peluh dan kekotoran kerana menguruskan itu dan ini, Ustaz Dahlan memanggil dari jauh: “Hilal, mari sini” Saya memandang rasa segan. Saya kotor dan berbau busuk. Adakah patut makan bersama UDMZ yang ketika itu bersama-sama guru saya yang lain seperti Sir Mohd Abdoh dan Ustaz Abdul Hadi?

“Ana busuk ustaz. Kotor.”

“Mari sini” Dia melambai lagi.

Mengalah. Saya pergi. Makan bersamanya. Terasa sungguh kerendahan jiwanya.

Dan pada Ramadhan yang sama jugalah, ketika UDMZ memberikan penyampaian di hadapan, dan dia berbicara akan Hilal Ramadhan, tiba-tiba dia berkata:

“Ada pelajar kita juga namanya Hilal. Marilah kita mendoakannya agar menjadi seorang yang baik dan bagus untuk ummah”

Saya yang ketika itu baru tingkatan tiga, rasa amat terharu. Pelajar MATRI ada 800 orang, dan dia menyebut nama saya di hadapan ramai, bahkan ketika itu ibu bapa turut hadir kerana majlis itu adalah majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Dan apabila saya berjaya mendapat 9A PMR, dan bergerak berjumpa UDMZ untuk meminta tandatangannya, dia menyuruh saya duduk di sebelahnya. Dia meneliti sijil PMR saya. Kemudian dia tersenyum dan menepuk-nepuk belakang tubuh saya.

“Mabruk, mabruk” Seakan-akan saya ini bukan anak muridnya, tetapi sahabat rapatnya. Saya tidak akan pernah lupa yang itu.

Dan sejak hari itu, saya kata, saya perlu hidup dengan melihat manusia ini.

Dia manusia praktis. Bukan terperangkap hanya dalam teori

UDMZ manusia praktis. Dia tidak bermain di lapangan teori. Dia buat, dia cakap. Dia tak buat, dia diam. Pandangan-pandangannya semua realistik, walaupun ada sebahagian orang melihat ia sebagai sesuatu yang luar akal. Dia lebih senang memilih jalan jauh untuk keberkesanan yang panjang, berbanding jalan pintas yang kemudiannya hanya merobohkan.

Pernah satu hari, ketika jalan tar yang mengelilingi ‘padang hoki MATRI’ siap, Ustaz Mahadzir berkata pada saya: “Dahulu, masa ana khassah, Ustaz Dahlan pernah cakap nak bina macam ni. Tapi masa tu ana kata, mustahil. Kita mana ada duit nak buat semua ni. Tetapi hari ini enta tengoklah sendiri. Ana pun tak percaya boleh jadi realiti”

Dan itulah yang membuatkan saya benar-benar menjadikan UDMZ role model saya.

Sebelum dia meninggal, saya ada bersembang panjang dengan UDMZ. Saya bertanya akan projek AJRUN(Amal Jariah Untuk Umum). Antara isi projek itu adalah untuk membina bumbung antara Musolla MATRI dan bangunan Akademik B. Saya kata pada Ustaz:

“Ustaz, nak buat bumbung macam SMKAP(Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan) ke?” Bumbung di SMKAP adalah bumbung yang fix. Kekal begitu. Pegun.

Tetapi apa yang UDMZ cakap pada saya?

“Sebenarnya, ana hajat bumbung yang boleh buka tutup punya. Macam payung di Masjid Nabawi”

Saya tersenyum. Ya, mungkin ada orang akan tergelak. Bahkan ada senior saya yang saya ceritakan hal ini kepadanya sudah ketawa terkekeh sambil menggeleng. Tetapi semasa saya mendengar itu, saya kata pada diri saya: Tidak mustahil. Tinggal siapakah yang hendak menyumbang dan merealisasikannya sahaja.

UDMZ jika menjawab soalan, dia akan menjawab soalan yang boleh dipraktis. Jawapannya juga adalah yang paling berhikmah. Membuatkan orang senang hendak melaksanakannya. Antara yang paling saya tidak lupa adalah berkenaan urusan dengan tunang.

“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?” Rakan saya, Azri Bashiron bertanya.

“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”

“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?” Seorang lagi bertanya.

“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”

“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…

“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi. Uslub ini amat memberikan kesan kepada saya.

Jawapan UDMZ sentiasa seimbang. Tidak memberatkan akhirat sehingga mengabaikan realiti bahawa manusia hidup berurusan dengan nafsu dan keduniaan. Tidak pula memberatkan dunia, sehingga mengabaikan bahawa manusia ini akan ada pengakhiran yang pasti di hadapan Ar-Rahman.

Jawapannya realistik. Bukan di dalam teori semata-mata. Jawapannya membuatkan kita mudah mengimplemantasikannya.

Ustaz sentiasa realistik. Bahkan gerak kerja yang disarankan biasanya memang boleh dilakukan. Semua bicaraya ada basis kukuh dan tidak mustahil. Tinggal siapa yang berusaha keras untuk merealisasikannya sahaja yang menjadi persoalan.

Yang memandang berat bicara Ustaz, dia akan melihat hikmah yang banyak daripada UDMZ.

UDMZ tidak memberikan kemuliaan kepada sesiapa

UDMZ tidak memberikan apa-apa kemuliaan. Gelaran seperti “Anak buah Ustaz Dahlan”, “Anak murid Ustaz Dahlan”, “Anak didik Ustaz Dahlan” pada saya tidak memberikan apa-apa penambahan pun di dalam diri seseorang.

Jika seseorang itu hendak membangga diri hanya kerana dia pernah dididik oleh UDMZ, pada saya orang itu adalah hina sekali. Jika seseorang itu hendak mengangkat dirinya kerana rapat dengan UDMZ, pada saya orang itu adalah yang paling rendah sekali. Lagilah mereka yang berbangga hanya kerana mereka mempunyai ‘pengalaman bersama Ustaz’ atau ‘pernah bergesel tubuh dengan Ustaz.’

Pada saya, yang mulia hanyalah yang memahami akan apa yang hendak dibawa dan dilakukan oleh UDMZ. Pada saya, yang mulia hanyalah mereka yang serius menyambung usaha-usaha UDMZ dan meneruskannya.

Selain daripada itu, pada saya tiada apa mulianya.

UDMZ hanya manusia yang berusaha.

Sepatutnya kita demikian juga.

Bukan hanya pandai menyangkut nama di sisi namanya untuk kelihatan hebat dan mulia.

Saya syukur saya pulang ke Malaysia

Aturan Allah SWT adalah yang terbaik. Saya tahu itu sudah lama. Saya faham itu sudah lama. Tetapi ‘perasaan merasainya’ sering berkembang dari hari ke hari. Begitulah juga ia berkembang lagi apabila UDMZ meninggal.

Keputusan asal adalah saya tidak mahu pulang bercuti. Tetapi akhirnya mengalah kerana permintaan Ummi.

Allah berikan saya bermacam-macam di dalam cuti ini. Dapat pergi banyak tempat meluaskan pengetahuan, dapat memberikan banyak penyampaian di banyak tempat dan berkenalan dengan lebih ramai orang.

Bersama UDMZ, saya dapat macam-macam masa cuti ini. Tidur di rumahnya beberapa hari. Sembang itu dan ini. Lebih terharu, pernah saya datang menziarahinya dan dia sedang memegang Majalah ANIS.

“Ini ada artikel enta ni. Ana baca. Ukhuwwah dengan Allah”

Bersama UDMZ berkongsi akan cintanya dengan Ummi. Akan kisahnya di Iraq. Akan perjuangannya di sekolah. Akan kesungguhannya belajar.

Saya sempat merasakan genggaman tangannya yang menggenggam saya gaya orang muda. Walaupun saya tahu kalau saya membalas seperti gayanya juga, jari jemarinya yang sudah kurus itu akan patah begitu sahaja.

Akhirnya melihat UDMZ jatuh sakit. Sedang sehari sebelumnya saya sakan menyakatnya yang baru berkahwin.

Menjaganya di hospital. Tidur di luar CCU menanti berita-berita terkini. Sebulan di Perlis menunggu jika ada perubahan kepada UDMZ. Melihat dari hari ke hari, tubuhnya makin kurus dan makin kurus. Ada waktu gembira apabila ada perkembangan positif. Ada waktu sangat risau apabila ada perkembangan negatif.

Ada satu hari saya bangun tidur dengan sangat gembira. Sebab saya bermimpi UDMZ sihat walafiat dan sudah terjaga. Dia meminta saya air. Bingkas saya bertanya kepada sahabat yang baru pulang dari hospital, apakah perkembangan UDMZ. Masih seperti biasa. Saya sedikit muram.

Hinggalah hari akhir saya terpaksa pulang juga untuk bersama keluarga, memenuhi hajat Ummi untuk berbuka bersama di rumah dan beraya bersama keluarga. Saya ziarah UDMZ untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’.

Saya sebak hari itu dan berdiri tidak lama.

Sebab UDMZ tinggal tulang sahaja.

“Ustaz, ana nak balik ni” Saya bersuara perlahan.

Dan rupanya Ustaz yang ‘balik’.

Saya bersyukur. Kerana Allah memberikan saya peluang-peluang ini.

Sesungguhnya benarlah Allah itu pengatur yang paling baik.

Benarlah saya ini hamba yang hina dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Penutup: Akan terus terasa

Kenangan saya pekat dengan UDMZ. Saya tidak mampu memisahkan fikrah UDMZ dengan kehidupan UDMZ. Sebab pada saya, dia adalah kitab yang berjalan. Dia benar-benar hidup dengan mempraktiskan fikrahnya. Sebab itu saya suka menceritakan pengalaman-pengalaman saya dengannya.

Di dalam Langit Ilahi 3: Fanzuru, ada dua-tiga bab saya tulis berkenaan perkongsian yang saya dapat daripadanya.

Saya akan terus terasa. Sebab saya membesar di MATRI dengan UDMZ. Sejak rapat dengannya di tingkatan 3, hinggalah telah keluar ke Jordan, UDMZ tetap hidup mewarnai hari-hari saya. Jadi saya sukar untuk merasakan ketiadaannya.

Sama seperti Ummi Halimaton yang saya rasa masih hidup hingga ke hari ini.

Yang saya tunggu suaranya menjerit kegembiraan melihat saya pulang dari Jordan setiap kali apabila saya memasuki bilik guru perempuan di MATRI.

Sama seperti Sir Yahya yang saya rasa masih hidup hingga ke hari ini.

Yang saya tunggu senyuman dan bicara bernasnya setiap kali saya naik ke musolla MATRI selepas pulang dari Jordan.

Dan UDMZ juga sama.

Yang saya tunggu panggilannya menyuruh saya masuk ke biliknya apabila saya tiba ke rumahnya. Yang saya tunggu senyumannya apabila membicarakan buku saya. Yang saya tunggu perkongsiannya apabila saya meminta dan bertanya.

Dan nanti apabila saya pulang ke MATRI lagi, saya tetap akan tertunggu-tunggu.

Hinggalah ada satu bisikan lembut: “Mereka dah tak ada”

Dan air mata saya akan mengalir.

Ustaz Dahlan di rumah saya di Jordan.

Ustaz Dahlan di rumah saya di Jordan.

Ustaz semasa saya tidur di rumahnya. Sebab tak berani urut Ustaz, saya tangkap gambar sahaja, sambil bersembang di sisinya.

Ustaz semasa saya tidur di rumahnya. Sebab tak berani urut Ustaz, saya tangkap gambar sahaja, sambil bersembang di sisinya.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.