DIKIR KEMERDEKAAN...adaptasi dari nyanyian Allahyarham Cikgu Naim




APA ERTI KEMERDEKAAN

Apa erti kemerdekaan,
Bagi rakyat negara kita,
Tak nak terima perubahan,
Anak cucu menjadi mangsa.
Orang lain merebut peluang,
Tak kan kita nak tengok saja,
Masa tetap berjalan,
Sesaat tak tunggu kita

Dilema, dilema , dilema orang kita

Orang lain hidup bersatu,
Kita kelahi sama sekampung,
Orang lain hidup maju,
Orang kita masih mundur,
Orang tipu percaya selalu,
Angguk kepala macam Jepun,
Ikut stail dulu-dulu,
Jadi katak bawah tempurung

Dilema, dilema , dilema orang kita

Anak orang naik kapal terbang,
Anak kita naik teksi,
Anak orang makan hotel,
Anak kita kedai kopi,
Anak orang jual barang,
Anak kita lalu beli,
Tak dok duit rela berhutang,
Tanah pesaka jual lagi.

Dilema, dilema , dilema orang kita

Kereta orang kereta mercedess,
Kereta kita moris minor
Kereta orang asap nipis,
Kereta kita asap bunga,
Kereta orang hidup dengan suis,
Kereta kita bertolak sokmo,
Beli baru tak cukup duit,
Beli beras berhutang sokmo


Dilema, dilema , dilema orang kita


Anak orang baca buku,
Anak kita asyik melepak,
Anak orang masuk ke U
Anak kita masuk lokap,
Anak orang minum susu,
Anak kita minum ubat,
Macam mana kita nak majuuu,
Kalau tok nak berubah sikap

Dilema, dilema , dilema orang kita

Anak orang pergi masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk meratib,
Anak kita duduk merewang,
Anak orang perangai baik,
Anak kita macam jembalang,
Selalu cari penyakit,
Tak fikir masa depan

Dilema, dilema , dilema orang kita

Apa erti kemerdekaan,
Bagi rakyat negara kita,
Tak nak terima perubahan,
Anak cucu menjadi mangsa,
Orang lain merebut peluang,
Tak kan kita nak tengok saja,
Masa tetap berjalan,
Sesaat tak tunggu kita.

Dilema, dilema , dilema orang kita


Nota: Dikir ini dipersembahkan semasa Sambutan Ambang Merdeka, SMK Bukit Goh pada 30 Ogos 2010
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.