Saudaraku kaum muslimin sekalian,
Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan sia-sia. Bahkan manusia diciptakan untuk menjalankan satu amanah daripada Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah. Manusialah satu-satunya makhluk yang menyatakan kesanggupan untuk menjalankan amanah ini.
Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan". Al-Ahzab ayat 72
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan". Al-Ahzab ayat 72
Saudaraku kaum muslimin sekalian,
Kesemua manusia adalah pemimpin dan di akhirat kelak semua pemimpin ini akan ditanya, disoal, dibicarakan dalam melaksanakan amanah ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya riwayat Bakhari dan Muslim yang bermaksud :
"Setiap kamu adalah pemerintah dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemerintah dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, dan (kesimpulannya) setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang kamu pimpinkan".
Sidang hadirin sekalian,
Seseorang yang dipilih sebagai pemimpin hendaklah sedar bahawa kepimpinan adalah amanah daripada Allah s.w.t. Jika dia berjaya menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan adil terhadap orang bawahannya, maka pemimpin ini, akan mendapat naungan Allah s.w.t diakhirat kelak. Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan keadilan (ketika hidup dimuka bumi) akan dimuliakan disisi Allah s.w.t (di akhirat kelak) dengan ditempatkan diatas minbar-minbar daripada nur (cahaya)....."
Sebaliknya sekiranya seorang pemimpin itu gagal menunaikan amanah ini , dengan melakukan penyelewengan, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan sebagainya, maka takutlah dengan amaran Rasulullah s.a.w:
"Manusia yang paling dasyat seksaannya (di dalam neraka) pada hari kiamat ialah pemimpin yang zalim". Riwayat At-Tabrani
Bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin yang memiliki kuasa di atas muka bumi ini, maka Allah menegaskan supaya mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh, menerusi firmannya yang bermaksud:
"Mereka (umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perbuatan yang munkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".
Tanggungjawab bagi seseorang pemimpin itu hendaklah:
1. Memastikan ibadat solat menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh rakyatnya.
2. Menguruskan urusan zakat dan kewangan dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t.Memastikan sumber pendapatan rakyat dan negara bersih daripada sebarang sumber yang diharamkan oleh Allah.
3. Menitikberatkan soal Amar Makruf dan Nahi Munkar, yakni mendidik rakyatnya supaya sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya.
4. Pemimpin seharusnya mengutamakan al-quran dan sunnat sebagai rujukkannya dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul.
Dalam menghuraikan perkara ini, Syeikh Mustafa Muhammad Attohhan didalam bukunya (Syahsiatul Muslimul Muasiri) menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin, antaranya :
1. Menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah.
2. Menegakkan keadilan dikalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa.
3. Mengambil tahu dan perhatian terhadap permasalahan rakyat.
4. Membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan.
5. Membuka ruang perdagangan,perusahaan dan pertanian.
6. Menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan mereka disisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat dikalangan rakyat jelata.
Kaum muslimin sekalian,
Apabila seseorang itu dilantik atau dipilih sebagai pemimpin, maka itu sebenarnya bukanlah satu berita gembira baginya. Kepimpinan bukan satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan,tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak.
Justeru, apabila seseorang itu dilantik sebagai pemimpin, maka janganlah ia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi dengan menafikan hak orang lain. Manusia sering kali lupa daratan apabila berada dipuncak kejayaan. Mereka lebih suka mempamerkan kekayaan masing-masing melebihi daripada pendapatan yang diperolehi.
Mereka lupa bahawa Saidina Umar bin Al-Khatab, walaupun baginda hanya tinggal dalam rumah yang dibina daripada tanah liat dan hidup dengan penuh kezuhudan (kesederhanaan) , namun namanya tercatat didalam sejarah sebagai seorang pemimpin yang berjaya menggerakkan kuasa dunia ketika itu. Baginda adalah seorang pemimpin yang sangat dikagumi oleh kawan dan digeruni oleh musuh tanpa perlu mempamerkan kemewahan hidup baginda.
Kehebatan seseorang pemimpin itu bukanlah terletak pada kemewahan, sebaliknya kehebatan seseorang pemimpin itu terletak kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan amanah Allah s.w.t.
Kita bimbang budaya hidup mewah ini akan menjadikan seseorang pemimpin itu terlajak dan betindak mengambil hak orang lain demi untuk membina imej mewah mereka. Sesungguhnya mengambil hak orang lain itu adalah merupakan satu kezaliman yang perlu dihindari. Nabi s.a.w mengingatkan kita di dalam sepotong hadisnya yang bermaksud :
" Sesiapa yang pernah menganiaya saudaranya, maka hendaklah dia meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari (kiamat), yang ketika itu ia tidak memiliki satu dinar mahupun satu dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil pahalanya itu mengikut kadar kezalimannya. Dan jika ia memiliki pahala kebaikan , ia perlu mengambil dosa kejahatan sahabat yang dizaliminya itu (sebagai bayaran) lalu ia dicampakkan keneraka".
" Sesiapa yang pernah menganiaya saudaranya, maka hendaklah dia meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari (kiamat), yang ketika itu ia tidak memiliki satu dinar mahupun satu dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil pahalanya itu mengikut kadar kezalimannya. Dan jika ia memiliki pahala kebaikan , ia perlu mengambil dosa kejahatan sahabat yang dizaliminya itu (sebagai bayaran) lalu ia dicampakkan keneraka".
Allah s.w.t memberi amaran, supaya jangan mempergunakan kedudukan dalam apa jua jawatan sekalipun untuk mengaut keuntungan dan membina kekayaan melalui firmannya dalam surah al-baqarah ayat 188 yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya".
Perlu disedari, perbuatan mengenai orang lain amat berbahaya kepada kita, kerana sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengenai seseorang , lantas orang itu menadah tangan memohon doa kepada Allah, maka dengan cepat Allah akan memakbulkannya. Sesungguhnya tidak ada satu hijab yang menghalang doa seseorang yang dizalimi itu daripada didengar dan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berhati-hatilah daripada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dengan Allah tidak ada tabir penyekat (yakni yang menghalang doanya dimakbulkan)".- Riwayat Ahmad
"Berhati-hatilah daripada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dengan Allah tidak ada tabir penyekat (yakni yang menghalang doanya dimakbulkan)".- Riwayat Ahmad
Sidang jumaat yang berbahagia,
Satu lagi penyakit yang sangat berbahaya dan mudah berjangkit kepada mereka yang bergelar pemimpin ialah penyakit rasuah. Orang yang memegang kuasa seringkali terdedah dengan amalan rasuah. Suatu ketika Abdullah bin Umar r.a pernah berkata :
"Rasulullah s.a.w melaknat pemberi dan menerima rasuah"
Sesungguhnya islam menyuruh umatnya menghindarkan diri daripada penyakit ini dan apa-apa sahaja yang menjurus kearah rasuah. Bahawa baginda Rasullullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang memberi pertolongan dan sokongan kepada saudaranya untuk mendapatkan sesuatu, lalu saudaranya itu memberikannya hidayah kerana pertolongan itu , maka dia telah datang kepada satu pintu yang besar diantara pintu-pintu riba' "- Riwayat Abu Dawood
Apa yang penting disini ialah pemimpin mempunyai tanggungjawabnya terhadap apa yang dipimpinnya seperti memenuhi keperluan rakyat, menjaga keselamatan mereka, membawa kearah kebaikan dari sudut yang dipimpin juga mestilah mematuhi dan menghormati pemimpin dalam apa jua keadaan asalkan bersesuaian dengan agama. Untuk itu, pemimpin itu diibaratkan sebagai pelayan yang mesti melayan kehendak rakyatnya dan rakyat juga mmesti melayan keperluan pemimpin. Walaupun diantara mereka tidak sama dari sudut pangkat, tetapi mesti saling menunaikan tanggungjawab dan merasakan sama-sama saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan