KEPENTINGAN TARBIAH

Muqaddimah

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;
"Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."
Oleh itu kita bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah swt untuk berada di medan tarbiyyah. Suatu medan yang kita harapkan untuk membina kefahaman dan keyakinan terhadap Islam yang merupakan anugerah Allah yang terbesar.


Hari ini penjahilan besar-besaran telah melanda konsep-konsep umum seorang Muslim dalam berbagai persoalan Islam. Hal ini telah merebak pada seluruh sikap dan tingkah laku Muslim. Akibatnya muncullah berbagai konsep, sikap dan waqie' yang asing, yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya dengan hakikat Islam yang sebenarnya.

Akibatnya Islam yang sepatutnya menjadi suatu nikmat terbesar kurniaan Ilahi kini menjadi suatu bebanan. Suatu bebanan yang ditanggung lantaran kejahilan Ummat Islam itu sendiri dalam memahami dan menghayati Islam sebagai suatu nikmat.

Ibnu Taimiyyah di dalam menjelaskan mengenai kepentingan kefahaman yang shahih dan implikasinya dalam kehidupan Mukmin menyebutkan bahawa:
"Kefahaman yang shahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah s.w.t ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya. Kedua-duanya merupakan betis kepada Islam. Islam tertegak di atasnya dan dengannya seorang hamba terselamat dari jalan-jalan orang-orang sesat yang mempunyai kefahaman yang rosak. Beliau termasuk dikalangan orang-orang yang diberi nikmat ke atas mereka, mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Mereka berada pada jalan yang lurus yang diperintahkan agar kita memohon dari Allah s.w.t agar Dia menunjuki kita jalan yang lurus dalam setiap solat. Kefahaman yang shahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t kedalam hati hambaNya menyebabkan beliau boleh membezakan di antara yang shahih dan fasid, hak dan bathil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran dan....."


Pengertian Tarbiyyah Islamiyyah

Tarbiyyah dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab (ربىّ,يربىّ,مربّي, مربى) yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Manakala dari segi istilah, perkataan Tarbiyyah membawa pengertian cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.

Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber Rabbani. Atau dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: ruhani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif.

Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh , yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain. Dengan proses tarbiyyah inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah s.a.w. sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:
"Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."(Ali ‘Imran: 110)


Kepentingan Tarbiyyah

Hanya melalui jalan tarbiyyah kita dapat membina kefahaman yang sebenar tentang Deen Allah swt iaitu kefahaman yang sebenar; kefahaman yang shahih dan syumul; kefahaman sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt; kefahaman sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah saw dan yang yakini dan dicontohkan oleh sahabat-sahabat generasi Awwal al Quran.
Hanya melalui tarbiyyah kita dapat memahami peranan dan tanggungjawab kita sebagai Muslim Mukmin. Jika kita tidak mengetahui peranan dan tanggungjawab kita sebagai Mukmin maka sama saja jika kita tidak tahu peranan dan tanggungjawab kita sebagai manusia dan dengan mudah kita akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat kebinatangan dan kita tidak tahu menghayati sifat kemanusiaan.

Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim.

Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya. Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.


Sasaran Tarbiyyah

Sasaran utama dalam aktiviti tarbiyyah, seperti ditegaskan Said Hawwa dalam Membina Angkatan Mujahid, berawal dari pembentukan peribadi muslim dan berhujung pada tegaknya Ustadziyatul 'Alam (kepemimpinan atas alam semesta). Sasaran ini, seperti dikatakan Imam Hassan Al-Banna, dalam salah satu Risalah Da'wahnya Risalatul Khomis, dianggap oleh sebagian orang bagai mimpi di siang hari. Dan hakikat ini disedari sepenuhnya oleh para mu'asis (pendiri) dan aktivis da'wah yang mukhlis. Karena itu, diperlukan khutuwat (langkah-langkah) perjuangan dan Manhaj Tarbiyyah yang istimewa agar sasaran di atas dapat dicapai.


Pengertian dan hakikat Iman

Iman yang cuba dilahirkan melalui Proses Tarbiyyah Islamiyyah ini bukanlah sekadar angan-angan ataupun perhiasan bahkan Iman itu merupakan keyakinan dalam hati dan dibenarkan dengan amal.

Ibnu Qayyim dalam menjelaskan mengenai hakikat kesyumulan iman menyebut bahawa:
"Iman mempunyai unsur lahir dan bathin. Zahirnya adalah perkataan lidah dan amal anggota tubuh. Bathinnya adalah pembenaran hati, kepatuhan dan kecintaannya. Tidak ada gunanya zahir jika tidak disertai batin, sekalipun ada jaminan terhadap darah, harta dan keturunannya. Bathin tidak akan mendapat pahala selagi tidak ada zahirnya, kecuali jika ada alasan yang masuk akal seperti tidak mampu, dipaksa atau takut. Tidak adanya amal secara zahir padahal tidak ada penghalangnya, merupakan bukti kerosakan bathin atau kerana di dalamnya tidak ada iman. Kekurangan dalam amal menunjukkan kekurangan iman dan kekuatan amal menunjukkan kekuatan Iman. Iman merupakan hati dan inti Islam."

Dan mengenai perincian dan penyempurnaan Iman ini, Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa:
"Iman di balik semua itu merupakan suatu hakikat yang terangkum, berupa pengetahuan mengenai apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang bersifat ilmu, membenarkannya yang bersifat aqidah, menyatakannya bersifat perkataan, tunduk kepadanya yang bersifat cinta dan kepasrahan, mengamalkannya yang bersifat zahir dan bathin serta menyebarkannya merupakan dakwah menurut kesanggupan. Kesempurnaan Iman itu ialah dengan mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan kerana Allah."


Titik Mula Yang Betul.

Apabila kita melihat sirah suci Rasulullah s.a.w, baginda pertama kali memperhatikan aspek kebersihan ‘Aqidah Tauhid dan menyucikannya dari berbagai kotoran syirik, kerana itulah dasar yang akan menumpang berdirinya bangunan keperibadian seorang muslim yang selanjutnya akan melakukan dan memasuki fasa pembangunan keluarga, masyarakat kemudian pemerintah dan negara.

Rasulullah s.a.w memperhatikan aspek Tarbiyyah dan Kadirisasi para Rijal ‘Aqidah dan Pasukan Dakwahnya. Ayat-ayat al Qur'an pada fasa ini turun dengan memfokuskan masalahnya pada masalah keimanan kepada Allah s.w.t, pada Hari Akhirat dan pembersihan ‘Aqidah Tauhid. Kemudian arahan untuk membersihkan diri dari Tradisi Jahiliyyah dan diganti dengan Ahklak Islam yang utama. Juga arahan untuk saling menasihati dengan kesabaran dan kebenaran, sekaligus persiapan jiwa untuk peperangan antara hak dan bathil. Hal itu tampak dalam dua peristiwa Bai'atul Aqabah ketika Rasulullah s.a.w meminta para sahabat untuk berjanji untuk melindunginya bila baginda berada di Madinah.

Kita lihat kaum muslimin ketika itu juga menghadapi cacian, penyiksaan, pembunuhan. Tapi Rasulullah s.a.w tetap menasihati mereka dengan sabar dan memberi khabar gembira dengan syurga dan kemenangan. Rasullullah s.a.w tidak meminta mereka membalas cacian itu dengan kekuatan. Meskipun mungkin saja Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka untuk membunuh Abu Jahal misalnya atau meruntuhkan berhala untuk menghilangkan kemungkaran. Tapi hal itu tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kerana bila itu terjadi akan memunculkan heboh di kalangan Musyrikin. Dan bila itu terjadi mereka pasti akan mengadakan aksi penghancuran dakwah' berikut kepada pengikutnya, padahal ketika itu dakwah masih sangat lemah dan pengikutnya masih sedikit. Dan kalau begitu, kemusyrikan dan kemungkaran tidak akan lenyap kerana aksi yang terbatas pada tahapan itu. Itulah Manhaj Perjuangan Rasululllah pada fasa itu.

Mempersiapkan Kader Inti yang kuat yang akan menjadi dasar bangunan. Mereka dibina sesuai dengan ayat al Qur'an di Madrasah Rasulullah s.a.w. untuk tunduk pada perintah Allah, dengan melakukan Qiamullail untuk menambah bekal lantaran mereka memikul amanat berat sebagaimana firman Allah;
"Hai orang-orang yang berselimut (Muhammad s.a.w), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat."(Al Muzzammil: 1-5)

Inilah juga proses pertama yang mesti dilalui oleh mereka yang ingin melibatkan diri di dalam Harakah Islamiyyah, iaitu proses membersihkan hati dari segala Karat-Karat Jahiliyyah dan seterusnya menanam Bibit-Bibit Keimanan yang bersih dan murni. Inilah salah satu ciri utama yang menjadikan Generasi Awal Al Qur'an sebagai satu Generasi Yang Cemerlang (Jiil ul Quran unfarid).

Inilah juga proses awal yang perlu dilalui oleh mana-mana ahli-ahli anggota Harakah ataupun Jemaah Islamiyyah yang mengharapkan natijah yang sama. Inilah faktor yang terlebih dahulu dilihat sebelum kita atau mana-mana kumpulan berfikir dan merancang menegakkan peraturan masyarakat yang Islamik, dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat atau Ummah Islamiyyah di tengah-tengah kepekatan Jahiliyyah Moden ini. Kita perlu mencontohi proses pembentukan dan pembangunan yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w 14 abad yang silam. Dengan meyakini Uslub Rasulullah s.a.w adalah bimbingan wahyu Ilahi dan meyakini ‘Uslub Rasulullah s.a.w' itu sendiri adalah hasil dari proses Tarbiyyah Islamiyyah yang bertolak dari keyakinan kepada Allah s.w.t dan keyakinan kepada Rasulullah s.a.w.

Uslub Rasulullah s.a.w bermula dengan penekanan dasar dan penegakkan Tauhid Rubbubiyatillah dan Tauhid Uluhiyatillah. Uslub yang melahirkan Ubudiatillahi Wahdah di dalam ‘itiqad, ibadah, akhlak, syari'at bahkan dalam semua tindakan. Perkara-perkara ini boleh kita baca dan kita ambil dari mana-mana saja tapi dari segi perlaksanaannya susah kita hendak lahirkan. Oleh itu contoh kita terus kepada generasi yang dididik oleh Rasulullah s.a.w dengan bimbingan wahyu.

Sesungguhnya membentuk dan membangunkan Keperibadian Islam pada individu-individu Muslim dan Jamaah Islamiyyah berdasarkan kepada Tauhid tadi adalah langkah pertama dan asas dalam usaha awal membina masyarakat Islam yang terlaksana di dalam penghayatan hidup mereka hukum-hukum Allah s.w.t dan peradaban Islam yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Keperibadian yang bersih daripada percampuran antara Jahiliyyah dengan Islam. Tegasnya bersih daripada pertembungan antara haq dan bathil di dalam masyarakat Islam itu sendiri.Iman Dan Tindakbalas Haraki.

Keimanan yang cuba dibentuk melaui proses Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah bukanlah keimanan yang mandul yang tak membuahkan amal. Tapi keimanan yang cuba dihasilkan ialah keimanan yang tulen dan peka terhadap tuntutan keimanan serta peka dan mudah bertindakbalas dengan suasana-suasana yang cuba meruntuhkan atau menggugat pertumbuhan dan perkembangan Iman tersebut.

Islam bukan Agama Rahbaniyyah (pertapaan) yang mengasingkan para pemeluknya di gereja-gereja dan biara-biara. Akan tetapi dia adalah Agama Haraki, agama yang bertindak dengan tindakbalas yang sanggup menggempur dan digempur, sanggup menyerang dan diserang.

Muhammad Ahmad ar Rashid di dalam bukunya Al Muntalaq menyebut;
"Walau bagaimana dahsyatnya kerosakan, seorang Pendakwah tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan hamba-hamba Allah dari cara hidup Jahiliyyah kepada cara hidup Islam, mengeluarkan mereka dari Kesesatan kepada Hidayah, dari Kebatilan kepada Kebenaran dan dari Kezaliman kepada Ke'adilan.Segala kesangsian dan putus asa dalam proses Islah ini perlu segera dimusnahkan dengan detik-detik kesedaran."

Oleh itu anggota harakah hendaklah menjadi Rahban (Rahib) di malam hari dan Fursan (tentera berjuda) di siang hari. Dengan itu mehnah-mehnah (tribulasi) di dalam hidup Harakah Islamiyyah menjadi dapur pembakar yang membakar logam-logam untuk membersihkan segala karat dan campurannya.

Dengan ini barulah anggota harakah akan menjadi Mukmin Mujahid ataupun Rijalun ‘Aqidah bukan buih-buih. Firman Allah Taala :
"Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."(Ar ra'du :17)

Oleh itu anggota harakah mestilah beriman dengan sebenar-benarnya dan menyelaraskan diri dengan Islam dengan sungguh-sungguh. Mereka itulah yang menjadi lampu-lampu hidayah. Di samping itu, mereka terdedah dengan fitnah-fitnah yang membuta tuli.

Sejarah Islam telah menyaksikan di setiap zamannya yang berbeza-beza, berbagai-bagai contoh teladan yang indah dan cemerlang. Para pemudanya telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur dan ada pula dari mereka yang menuggu dan mereka sedikitpun tidak berubah.

Di atas asas inilah terbentuknya harakah Islamiyyah yang pertama. Harakah yang beriman dengan da'wahnya selaras dengan segala prinsip yang didukung. Ia mengetahui segala bahaya jalan yang dilaluinya dan bersiap sedia memberi pengorbanannya dengan redha dan murah hati.

Renunglah kata-kata As Syahid Hassan Al Banna:
" Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui bahawa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan dan terwujudnya cita-cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang talah mengharu biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mara kami. Betapa kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah kepada kehinaan dan pasrah oleh keputusan. Sungguh kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kalian wahai saudara tercinta, sesaatpun kami tidak akan pernah menjadi musuh kalian."


Penutup

Oleh itu kita perlu merasakan betapa kita berhajat kepada tarbiyyah supaya kita menggunakan masa yang ada sekarang untuk kita menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Masyarakat sekarang sedang menantikan kedatangan Da'ie dan Murabbi untuk merawat penyakit-penyakit ummat dan membimbing mereka kepada hidayah Allah swt. Dan mereka-mereka yang hidup dalam ma'siat dan penuh kemungkaran hari ini jika tidak dirawat dan dibimbing kepada hidayah Allah swt berhak untuk mendakwa kita di Akhirat kelak jika kita bergaul dengan mereka dalam keadaan tidak ada apa-apa usaha untuk membawa mereka kepada jalan Allah swt.

KHUTBAH JUMAAT : KEPIMPINAN DAN AMANAH

Saudaraku kaum muslimin sekalian,

Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan sia-sia. Bahkan manusia diciptakan untuk menjalankan satu amanah daripada Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah. Manusialah satu-satunya makhluk yang menyatakan kesanggupan untuk menjalankan amanah ini.
Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan". Al-Ahzab ayat 72
Saudaraku kaum muslimin sekalian,

Kesemua manusia adalah pemimpin dan di akhirat kelak semua pemimpin ini akan ditanya, disoal, dibicarakan dalam melaksanakan amanah ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya riwayat Bakhari dan Muslim yang bermaksud :
"Setiap kamu adalah pemerintah dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemerintah dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, dan (kesimpulannya) setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang kamu pimpinkan".

Sidang hadirin sekalian,

Seseorang yang dipilih sebagai pemimpin hendaklah sedar bahawa kepimpinan adalah amanah daripada Allah s.w.t. Jika dia berjaya menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan adil terhadap orang bawahannya, maka pemimpin ini, akan mendapat naungan Allah s.w.t diakhirat kelak. Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan keadilan (ketika hidup dimuka bumi) akan dimuliakan disisi Allah s.w.t (di akhirat kelak) dengan ditempatkan diatas minbar-minbar daripada nur (cahaya)....."

Sebaliknya sekiranya seorang pemimpin itu gagal menunaikan amanah ini , dengan melakukan penyelewengan, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan sebagainya, maka takutlah dengan amaran Rasulullah s.a.w:
"Manusia yang paling dasyat seksaannya (di dalam neraka) pada hari kiamat ialah pemimpin yang zalim". Riwayat At-Tabrani

Bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin yang memiliki kuasa di atas muka bumi ini, maka Allah menegaskan supaya mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh, menerusi firmannya yang bermaksud:
"Mereka (umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perbuatan yang munkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".

Tanggungjawab bagi seseorang pemimpin itu hendaklah:

1. Memastikan ibadat solat menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh rakyatnya.
2. Menguruskan urusan zakat dan kewangan dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t.Memastikan sumber pendapatan rakyat dan negara bersih daripada sebarang sumber yang diharamkan oleh Allah.
3. Menitikberatkan soal Amar Makruf dan Nahi Munkar, yakni mendidik rakyatnya supaya sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya.
4. Pemimpin seharusnya mengutamakan al-quran dan sunnat sebagai rujukkannya dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul.

Dalam menghuraikan perkara ini, Syeikh Mustafa Muhammad Attohhan didalam bukunya (Syahsiatul Muslimul Muasiri) menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin, antaranya :
1. Menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah.
2. Menegakkan keadilan dikalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa.
3. Mengambil tahu dan perhatian terhadap permasalahan rakyat.
4. Membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan.
5. Membuka ruang perdagangan,perusahaan dan pertanian.
6. Menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan mereka disisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat dikalangan rakyat jelata.

Kaum muslimin sekalian,

Apabila seseorang itu dilantik atau dipilih sebagai pemimpin, maka itu sebenarnya bukanlah satu berita gembira baginya. Kepimpinan bukan satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan,tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak.

Justeru, apabila seseorang itu dilantik sebagai pemimpin, maka janganlah ia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi dengan menafikan hak orang lain. Manusia sering kali lupa daratan apabila berada dipuncak kejayaan. Mereka lebih suka mempamerkan kekayaan masing-masing melebihi daripada pendapatan yang diperolehi.

Mereka lupa bahawa Saidina Umar bin Al-Khatab, walaupun baginda hanya tinggal dalam rumah yang dibina daripada tanah liat dan hidup dengan penuh kezuhudan (kesederhanaan) , namun namanya tercatat didalam sejarah sebagai seorang pemimpin yang berjaya menggerakkan kuasa dunia ketika itu. Baginda adalah seorang pemimpin yang sangat dikagumi oleh kawan dan digeruni oleh musuh tanpa perlu mempamerkan kemewahan hidup baginda.
Kehebatan seseorang pemimpin itu bukanlah terletak pada kemewahan, sebaliknya kehebatan seseorang pemimpin itu terletak kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan amanah Allah s.w.t.
Kita bimbang budaya hidup mewah ini akan menjadikan seseorang pemimpin itu terlajak dan betindak mengambil hak orang lain demi untuk membina imej mewah mereka. Sesungguhnya mengambil hak orang lain itu adalah merupakan satu kezaliman yang perlu dihindari. Nabi s.a.w mengingatkan kita di dalam sepotong hadisnya yang bermaksud :
" Sesiapa yang pernah menganiaya saudaranya, maka hendaklah dia meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari (kiamat), yang ketika itu ia tidak memiliki satu dinar mahupun satu dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil pahalanya itu mengikut kadar kezalimannya. Dan jika ia memiliki pahala kebaikan , ia perlu mengambil dosa kejahatan sahabat yang dizaliminya itu (sebagai bayaran) lalu ia dicampakkan keneraka".

Allah s.w.t memberi amaran, supaya jangan mempergunakan kedudukan dalam apa jua jawatan sekalipun untuk mengaut keuntungan dan membina kekayaan melalui firmannya dalam surah al-baqarah ayat 188 yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya".

Perlu disedari, perbuatan mengenai orang lain amat berbahaya kepada kita, kerana sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengenai seseorang , lantas orang itu menadah tangan memohon doa kepada Allah, maka dengan cepat Allah akan memakbulkannya. Sesungguhnya tidak ada satu hijab yang menghalang doa seseorang yang dizalimi itu daripada didengar dan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berhati-hatilah daripada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dengan Allah tidak ada tabir penyekat (yakni yang menghalang doanya dimakbulkan)".- Riwayat Ahmad

Sidang jumaat yang berbahagia,

Satu lagi penyakit yang sangat berbahaya dan mudah berjangkit kepada mereka yang bergelar pemimpin ialah penyakit rasuah. Orang yang memegang kuasa seringkali terdedah dengan amalan rasuah. Suatu ketika Abdullah bin Umar r.a pernah berkata :
"Rasulullah s.a.w melaknat pemberi dan menerima rasuah"
Sesungguhnya islam menyuruh umatnya menghindarkan diri daripada penyakit ini dan apa-apa sahaja yang menjurus kearah rasuah. Bahawa baginda Rasullullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang memberi pertolongan dan sokongan kepada saudaranya untuk mendapatkan sesuatu, lalu saudaranya itu memberikannya hidayah kerana pertolongan itu , maka dia telah datang kepada satu pintu yang besar diantara pintu-pintu riba' "- Riwayat Abu Dawood

Apa yang penting disini ialah pemimpin mempunyai tanggungjawabnya terhadap apa yang dipimpinnya seperti memenuhi keperluan rakyat, menjaga keselamatan mereka, membawa kearah kebaikan dari sudut yang dipimpin juga mestilah mematuhi dan menghormati pemimpin dalam apa jua keadaan asalkan bersesuaian dengan agama. Untuk itu, pemimpin itu diibaratkan sebagai pelayan yang mesti melayan kehendak rakyatnya dan rakyat juga mmesti melayan keperluan pemimpin. Walaupun diantara mereka tidak sama dari sudut pangkat, tetapi mesti saling menunaikan tanggungjawab dan merasakan sama-sama saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Senarai Nama Anggota Kabinet Malaysia 2008

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman (menolak jawatan)

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (menolak jawatan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DANMASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Senarai Penuh Barisan Rakyat di Parlimen

PAS

1. datuk seri abdul hadi awang (marang)
2. nasharuddin mat isa (bachok)
3. datuk kamaruddin jaafar (tumpat)
4. salahuddin ayub (kubang kerian)
5. mahfuz omar (pokok sena)
6. dr. mohd hatta Mohd ramli (kuala krai)
7. datuk taib azamudden md taib (baling)
8. datuk ibrahim ali (pasir mas)
9. DR. MUJAHID YUSOF RAWA (PARIT BUNTAR)
10. DR. DZULKEFLY AHMAD (KUALA SELANGOR)
11. SITI MARIAH MAHMUD (KOTA RAJA)
12. DR. LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI (TITIWANGSA)
13. dr. mohd hayati othman (pendang)
14. mohd nasir zakaria (padang terap)
15. KHALID ABDUL SAMAD (SHAH ALAM)
16. datuk wan abdul rahim wan abdullah (kota bharu)
17. datuk abdul halim ab rahman (pengkalan chepa)
18. siti zailah mohd yusof (rantau panjang)
19. muhammad hussin (pasir puteh)
20. mohd firdaus ja’far (jerai)
21. che uda che nik (sik)
22. ROSLAN SHAHARUM (BUKIT GANTANG)
23. CHE ROSLI CHE MAT (HULU LANGAT)

PKR

1. datin seri dr. wan azizah wan ismail (permatang pauh)
2. NURUL IZZAH ANWAR (LEMBAH PANTAI)
3. MOHD AZMIN ALI (GOMBAK)
4. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM (BANDAR TUN RAZAK)
5. saifuddin nasution ismail (machang)
6. ZURAIDA KAMARUDDIN (AMPANG)
7. TIAN CHUA CHANG (BATU)
8. zulkifli nordin (kulim-bandar baharu)
9. R. SIVARASA (SUBANG)
10. n. gobalakrishnan (padang serai)
11. FUZIAH SALLEH (KUANTAN)
12. DATUK DR. ZAINAL ABIDIN AHMAD (HULU SELANGOR)
13. abdul aziz abdul kadir (ketereh)
14. amran abdul ghani (tanah merah)
15. ahmad kasim (kuala kedah)
16. datuk rashid din (merbok)
17. johari abdul (sungai petani)
18. TAN TEE BENG (NIBONG TEBAL)
19. DATUK ZAHRAIN MOHAMMED HASHIM (BAYAN BARU)
20. YUSMADI YUSOFF (BALIK PULAU)
21. MUHSIN FADZLI SAMSURI (BAGAN SERAI)
22. DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ (SUNGAI SIPUT)
23. DR. LEE BOON CHYE (GOPENG)
24. AZAN ISMAIL (INDERA MAHKOTA)
25. WILLIAM LEONG JEE KEEN (SELAYANG)
26. GWO-BURNE LOH (KELANA JAYA)
27. HEE LOY SIAN (PETALING JAYA SELATAN)
28. S. MANIKAVASAGAM (KAPAR)
29. ABDULLAH SANI HAMID (KUALA LANGAT)
30. DATUK KAMARUL BAHARIN ABBAS (TELOK KEMANG)
31. WEE CHONG KIONG (WANGSA MAJU)

DAP

1. LIM KIT SIANG (IPOH TIMUR)
2. lim guan eng (bagan)
3. DR. TAN SENG GIAW (KEPONG)
4. TERESA KOH SUH SIM (SEPUTEH)
5. TAN KOK WAI (CHERAS)
6. LIM LIP ENG (SEGAMBUT)
7. FONG KUI LUN (BUKIT BINTANG)
8. KARPAL SINGH (BUKIT GELUGOR)
9. M. KULASEGARAN (IPOH BARAT)
10. FONG PO KUAN (BATU GAJAH)
11. NGEH KOO HAM (BERUAS)
12. M. MANOGARAN (TELOK INTAN)
13. CHONG ENG (BUKIT MERTAJAM)
14. PROF. DR. P. RAMASAMY (BATU KAWAN)
15. LIEW CHING TONG (BUKIT BENDERA)
16. CHON KON YEOW (TANJONG)
17. OOI CHUAN AUN (JELUTONG)
18. NGA KOR MING (TAIPING)19. TEO NIE CHING (SERDANG)
20. GOBIND SINGH DEO (PUCHONG)
21. TONY PUA KIAM WEE (PETALING JAYA UTARA)
22. CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG)
23. JOHN FERNANDEZ (SEREMBAN)
24. LOKE SIEW FOOK (RASAH)
25. SIM TONG HIM (KOTA MELAKA)
26. ER TECK HWA (BAKRI)
27. HIEW KING CHEU (KOTA KINABALU)
28. CHONG CHIENG JEN (BANDAR KUCHING)

Kenyataan Akhbar GAMIS


“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji.” – Prof. H. A. R. Gibb

Saya mengucapkan terima kasih kepada pelbagai email pengharapan yang diberikan oleh ahli-ahli kepada GAMIS selepas keputusan PRU 12 diumumkan sehingga ada yang mencadangkan Muktamar GAMIS akan datang dibuat di Stadium Shah Alam sempena GAMIS menghampiri usia 20 tahun. Seruan saya, seluruh ahli GAMIS diharapkan menjadikan ‘tsunami’ politik 8 Mac 2008 ini sebagai ‘mega-stimulus’ untuk sama-sama memikirkan apakah backdrop baru gerakan mahasiswa Islam yang mahu dijelmakan 5 tahun dari sekarang. Benchmark mesti diwujudkan untuk membezakan hampir 20 tahun zaman GAMIS di bawah landskap politik BN bermandatkan majoriti 2/3 dengan realiti GAMIS saat ini dan akan datang di bawah landskap politik BN hilang majoriti 2/3 buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia sejak 1959.

Secara externalnya, saya berpandangan kemenangan mengejut B.A di Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Kedah, Pulau Pinang dan Perak hakikatnya telah menghadiahkan ‘penampan’ dan 'suaka politik' yang kukuh kepada gerakan mahasiswa Islam khususnya Zon Tengah dan Zon Utara untuk lebih berani, lebih bertenaga, lebih agresif untuk memartabatkan gerakan dan mahasiswa ke peringkat lebih tinggi selepas percubaan PMN untuk menghantar wakil mahasiswa di Dewan Rakyat melalui PRU 12 tidak kesampaian. Saya optimis sekiranya ‘mood’ perubahan ini berjaya diurus secara konsisten ke peringkat akarumbi massa sehingga Pilihanraya Kampus hujung tahun ini, jangkaan saya 'tsunami' politik kampus akan berlaku ke atas kem Pro-Mahasiswa sama hebat dengan apa berlaku ke atas BA dalam PRU 12, andaikata faktor kepartian diberikan peluang untuk menapak di hati pengundi mahasiswa di samping kekuatan peribadi calon.

Secara internalnya pula, saya kira batch JIK zaman PRU adalah batch yang sangat bertuah kerana keseluruhan ahli tanpa terkecuali telah melalui suatu praktikal ‘attachment’ dengan gerak kerja PRU lebih dari gerak kerja dalaman kampus masing-masing. Ahli-ahli JIK yang biasanya merasakan dirinya ada 'haibah' dan ‘pantang larang’ tersendiri yang perlu dihormati orang luar termasuk Jamaah Induk di luar, akhirnya kesemuanya mula berjinak dan dijinakkan dengan realiti kehidupan di luar kampus. Ahli mula tidak gugup untuk ‘engage’ lebih awal dengan aktivis-aktivis di markas-markas tarbiyah dari pelbagai umur dan latarbelakang. Dari kerja-kerja teknikal menggantung poster, menaikkan bendera, membuat culaan rumah ke rumah sehinggalah kepada menjadi petugas-petugas ‘berani mati’ di hari pembuangan undi dengan sentimen kenegerian yang meninggi, kesemuanya dilakukan dengan ikhlas oleh ahli-ahli JIK. Semoga persepsi ‘futur’, ‘ego’, ‘exhausted’ dan pelbagai label lagi yang banyak menghempap bekas-bekas aktivis kampus selama ini dapat ditangkis atau diminimumkan. Terima kasih PRU 12. Tahniah aktivis-aktivis mahasiswa!

Menyinggung kemenangan luarbiasa Parti Islam dalam PRU 12 kali ini, saya menyeru semua ahli JIK dan Kepimpinan untuk mula menyusunatur siri-siri perkaderan dan pembentukan kualiti ahli dengan lebih serius, bermula dengan perubahan cara berfikir dan “revolusi mental”. Minda ahli JIK pasca 8 Mac 2008 mestilah minda yang perlu digasak dengan kesaratan ilmu pengetahuan am yang bersangkut paut dengan pengurusan negara dan negeri dari 1001 sudut keilmuan. Kalaulah saya menjadi Menteri Pengajian Tinggi, akan saya cadangkan subjek Pengajian Am 1 yang pernah saya ambil semasa mengambil sijil STPM dahulu menjadi subjek teras kepada semua mahasiswa IPTA, mengambilkira subjek tersebutlah antara ilmu-ilmu awal saya didedahkan dengan apa yang dikatakan 'waiting government agenda'.

Kini bukan lagi masa bermain dengan masalah remeh-temeh dalam ‘rumahtangga’ jamaah kampus masing-masing. Ini adalah saat untuk mengasak pemikiran dengan isu-isu lebih kritikal membabitkan soal kenegaraan, kehakiman, perundangan, pendidikan, ekonomi, sosial, bahasa, agama dan ratusan lagi permasalahan-permasalahan nasional yang selama ini gagal ditangani secara berkesan oleh Jamaah dan tidak pula diambilpeduli oleh ahli-ahli JIK melainkan sekiranya ia ada selari dengan bidang pengajian masing-masing. Bersedialah dari sekarang untuk menjadi pentadbir urusan negara dan negeri, bukan sekadar pemimpin parti dan pengurus jamaah ‘sesama kita-kita’ sahaja. Profail Menteri-menteri Besar BA, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS atau PKR atau DAP mesti dijadikan bahan rujukan “self-projection” ahli JIK masing-masing. Setiap analisa keputusan PRU 12 yang muncul setiap saat di ribuan web-web alternatif dan blog-blog ‘mainstream’ mesti dibaca. Setiap forum ilmiah membahaskan Malaysia Pasca 9 Mac dan setiap puluhan thesis PhD selepas ini yang akan menyinggung PRU 12 mestilah dihadhamkan. Inilah siri-siri kurikulum baru untuk anda ‘top-up’ dalam kerangka ‘political education’ JIK yang sedia ada ke arah membina minda siasah dan jiwa besar ahli-ahli JIK. Ahli-ahli Parlimen ‘muda’ yang pernah menjadi aktivis kampus seperti Saifudin Nasution, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Salahudin Ayub perlulah didekati.

Saya bimbang jika cara berfikir ahli JIK masih di takuk yang sama dengan suasana sebelum ‘tsunami’ 8 Mac, maka hampalah Malaysia kerana angkatan bahtera anak-anak muda yang mahu menjadi duta penyelamat negara tak kunjung tiba. BN terus memerintah kerana rakyat tiada pilihan di atas kelemahan kita!

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

Nasihat Ustaz Umar Tilmasani


Sekadar renungan kita bersama, kata wasiat juga pesanan daripada Syeikh Umar Tilmisani (1332-1406H/1904-1986M), murabbi dan zaim ruhi ikhwanul Muslimin yang ketiga. Semoga ianya mempu menjadi panduan dan iktibar buat kita bersama.
Syaikh Umar Tilmisani menceritakan komitmen dirinya, ". Kerana itu, saya tidak bermusuhan dengan siapa pun, kecuali dalam rangka membela kebenaran, atau mengajak menerapkan Kitab Allah Ta 'ala. Kalaupun ada permusuhan, maka itu berasal dari pihak mereka, bukan dariku. Saya menyumpah diriku untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata kasar, meskipun tidak setuju dengan kebijakannya, atau bahkan ia menyakitiku. Kerana itu, tidak pernah terjadi permusuhan antara diriku dengan seseorang kerana masalah peribadi."
Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Saya tidak pernah takut kepada siapa pun selama hidupku, kecuali kepada Allah Ta'ala. Tidak ada yang dapat menghalangiku mengucapkan kebenaran yang saya yakini, meskipun orang lain merasa berat dan saya mendapat kesusahan kerananya. Saya katakan apa yang ku yakini dengan tenang, mantap, dan sopan, agar tidak menyakiti pendengar atau melukai perasaannya. Saya juga berusaha menjauhi kata-kata yang mungkin tidak disukai lawan bicaraku. Dengan cara seperti itu, saya mendapatkan ketenangan jiwa. Andai cara ini tidak dapat merekrut banyak kawan, maka berdiam diri menjagaku dari kejahatan lawan."
Syaikh Umar Tilmisani berwasiat, "Muslim tidak mengenal istilah 'agama milik Allah Ta'ala dan tanah air milik semua orang." Setiap muslim meyakini segala yang ada di alam ini milik Allah Ta'ala semata. Siapa yang berusaha mengubah makna ini merupakan penipu yang ingin merampas sumber kekuatan negara, agar mudah dikhianati.

Hukum Berpilihanraya

Soalan :

Hukum melibatkan diri di dalam pilihan rayaSolan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.

Jawapan Kami:

Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.

Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang.Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang.

Untuk mengetahui hukum syarak mengenai masalah pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi.

Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i. Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN untuk menggubal undang-undang. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri' yakni majlis yang akan membuat undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri' untuk membuat undang-undang. Autoriti majlis ini adalah untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dengan suara majoriti. Inilah tahqiq al-manathnya. Oleh yang demikian (setelah jelas akan realitinya), maka barulah hukum syarak bagi realiti ini digali untuk diselesaikan.

Sehubungan itu, kami akan menjelaskan hukum syarak mengenai penyertaan di dalam pilihan raya dan juga kedudukan mereka yang berdalil dengan suara majoriti dalam sistem demokrasi ini.Pilihan raya hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah). Oleh itu, ia haruslah mematuhi semua syarat-syarat dan rukun akad wakalah agar akad ini menjadi akad yang sah di sisi syarak.

Wakalah melibatkan beberapa aspek yakni
(i) ijab dan kabul
(ii) pihak yang diwakili (muwakkil)
(iii) pihak yang menjadi wakil (wakil)
(iv) perkara yang harus dilakukan oleh wakil dalam urusan perwakilan ini dan
(iv) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.

Majlis perwakilan, berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan di kebanyakan negeri kaum Muslimin (di Malaysia di kenali sebagai Parlimen dan DUN), bertanggungjawab menjalankan beberapa fungsi utama. Antaranya adalah menggubal undang-undang, melantik ketua negara atau membatasi calon-calon ketua negara, memberikan kepercayaan penuh kepada pemerintah (dalam urusan pemerintahan), mengesahkan pelbagai undang-undang, persetujuan dan perjanjian serta mengawasi dan memuhasabah pemerintah negara.Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman:“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..” [TMQ Al-an’aam (6) :57]“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya” [TMQ Al-Nisa’ (4):65]“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya” [TMQ Al-nahl (16) :116]Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda kepada Adi bin Hatim,“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah membacakan ayat di bawah kepadanya.“Mereka menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib (ahli-ahli agama) mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah” [TMQ Al-Taubah (9) :31]

Hakikatnya, Majlis Perwakilan (Parlimen/DUN) ini adalah majlis yang hanya menjadikan demokrasi Barat sebagai ikutannya. Ia menjadikan prinsip ‘kedaulatan di tangan rakyat’ sebagai prinsip utama. Prinsip ini meletakkan rakyat (manusia) sebagai satu-satunya institusi yang boleh menentukan hukum ke atas benda dan perbuatan, sama ada baik atau buruk. Manusia yang diwakilkan itu (wakil rakyat)lah yang berhak menentukannya, dan ia (undang-undang) hanya ditentukan semudah dengan suara majoriti. Apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai buruk, maka buruklah ia dan apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai baik, maka baiklah ia. Prinsip ini dijadikan sebagai autoriti yang tertinggi dalam demokrasi, sistem kufur yang bertentangan seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan persetujuan, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Seorang Muslim juga tidak boleh terlibat dalam mengesahkan apa-apa perjanjian yang dibuat atas dasar kufur kerana ini akan menyebabkan kaum kuffar diberikan jalan-jalan untuk menguasai negeri kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah berfirman:“...dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk (menguasai) orang-orang yang beriman” [TMQ Al-Nisa’ (4) :141]Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini.

Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-

(1) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.

(2) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.

(3) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.

(4) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.

(5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.

(6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]

(7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya.

Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur, membolehkan pihak kuffar untuk menguasai kaum Muslimin.

Mana-mana calon yang dicalonkan sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk membantu mereka, memilih mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang diperintahkan oleh syarak. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya.

Namun begitu, ia hanya dibolehkan sekiranya pencalonan ini berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Fungsi ini adalah fungsi memuhasabah pemerintah dan negara sekiranya ia menjalankan perkara yang menyalahi hukum syarak. Malah, ahli majlis perwakilan wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran.

Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian. Seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa terkilan sekiranya tidak berjaya menjadi ahli Parlimen tersebut kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen sahaja.

Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen, seorang Muslim itu mungkin akan berubah akibat pelbagai godaan, peluang dan kekayaan yang tersedia, lantas mengganggu konsistensi dan keikhlasannya dalam menjalankan dakwah hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan untuk mendapat habuan dunia.Wahai kaum Muslimin!Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan penentangan politik (kifah siyasi) sekiranya hukum yang dijalankan adalah selain dari hukum Allah. Sekiranya ini tidak kita lakukan, maka pastilah situasi kita akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan (kaum Muslimin) sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin.

Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kita sehingga kita berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Janganlah kita membiarkan segala ilusi (bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam.

Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al-Rum (30):5-6]
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.