ANTARA DOA DAN POLITIK - DR. MAZA


Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.
Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.
Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.
Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.
Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.
Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu).(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.
Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.
Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!
Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya;“jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.
Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!
Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?
Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!
Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.
Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti adar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa. Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.
Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.
Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.
Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.
Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.
Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.

BINGKISAN PERJALANAN BUAT YANG DEMAM 'KUASA' - DR. MAZA


Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan mendemamkan sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.


Akur kesilapan



Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya )“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).  Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar!



Pohon maaf dan betulkan kesilapan



Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya: “Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”.



Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan”  (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.



Maksud ‘Rakyat Didahulukan’



Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).



Awasi pengampu



Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimpa kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).



Menyedari bebanan amanah



Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).



Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.” Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.



Menyedari kemampuan diri



Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).



Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

THE OPEN CEREMONY DUA’S



In the Name of Allah , the Most Gracious , Most Merciful. All Praise is due to Almighty Allah , The Cherisher and Sustainer of the world. May the peace and Mercy of Allah be upon His Prophet Muhammad , his families , companions and followers..

We seek refuge in Allah Almighty from the evil of our souls and our sinful deeds. Ya Allah (O Allah)You have already given us of the kingdom. Originator of the heavens and the earth! You are our Protector in this world and the Hereafter..

O Allah! Forgive us what we have done in the past, and what we will do in the future, and what we have concealed, and what we have done openly, and what we have exceeded in every single parts of our undertakings. You are the Bringer-Forward, and You are the Delayer, there is no true god except You.

Allahumma Ya Zal Manni Wala Yamunnu Alaina

Ya Allah, all sublimity is for You at every incline and all praise is for You at all times under all conditions. Ya Allah , we seek Your assistance and humbly ask Your guidance , and we beseech Your forgiveness and return to You in repentance . We cherish faith in You and place our trust in You . We attribute all goodness to You , we are grateful to You and refuse to be ungrateful to You .

Allahumma Ya Hannan Ya Mannan ..

Let our efforts succeed well and secure success , make us fulfill our determination , give answer to our prayers , listen to our request , cause us to obtain the good of this world and the hereafter , gives much and more than our expectations .
Ya Allah , cleanse our hearts , unburden our emotions from hate and anger , show us the right path.

Ya Allah , Of Grace We ask You its perfection , and of mercy its completion , and of health its attainment of livelihood. We ask its comfort , and of life its happiness, and of virtue its completion , and of blessings its totality , and of graciousness its sweetness , and of benevolence the nearest.

Ya Allah , shower on us with happiness as our final end and fulfill for us our hopes beyond expectations. Join with well-being and good health our early mornings and dusky evenings , set Your Mercy as our final end and outcome. Give us piety as a provision and place our efforts in the strengthening of Your Religion. In You is ourtrust and upon You our dependence.

Ya Allah The first of the First and the last of the Last. The possessor of unshakeable power Raise our faith to reach the most perfect faith, and make our conviction to be the most excellent of convictions. Make our intention to be the best of intentions, and our actions to be the best of actions. Make us enjoy a righteous guidance which we do not seek to change , a path of truth from which we do not deviate , a well-guided intention which we do not doubt , Let us live so long as our life span in Your obedience.

Adorn us with the adornment of the righteous, and clothed us with the ornament of the pious, inspreading good behaviour, lowering the wing of humility, beauty of conduct, pleasantness in relationships , advancing towards excellence, preferring graciousness , avoiding condemnation, being gracious to the undeserving ,speaking the truth though difficult.

Ya Allah, You are the One Exalted in Power, the One Full of Knowledge between the good and evil; between the obvious and the unseen. Protect us from calamity and danger  from disturbances and strife; grant us our prayers; guide us to righteousness and to the path that You bless, provide us with people that are sincere, trustworthy, noble and honest; responsible in building a developed nation building a united people  we forever seek Your blessings, “Towards Excellence, Glory and Distinction” .

Ya Allah , make us speak with guidance , inspire us with piety , give us success for that which is most pleasure and employ us in what is most pleasing to You.

Ya Rahman Ya Rahim , make us enjoy moderation , place us among the people of right behaviour , guides to right conduct and the righteous servants .

Ya Allah , we come to seek Your forgiveness , we aim for Your pardon , we yearn for Your forebearance and we have confidence in Your kindness though we have nothing with us to entitle usto Your forgiveness nor is there anything in our actions which would make us deserve Your pardon .

Ya Allah, make our gathering here a blessed one , and our dispersion thereafter a guided and protected one. And make not any among of us a wretched or deprived one.

Ya Allah , make easy for us every difficult thing , with Your special favour and kindness , for it is easy for You to make every difficult thing easy .

HUKUM MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN


Soalan; Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Apabila saya katakan  tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan kepada saya, menurut ustaz beliau, politik adalah hak bersama. Semua orang perlu tahu, tidak kisahlah sama ada betul atau tidak. Tapi bukankah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah? Harap ustaz dapat berikan saya penerangan.

Jawapan
1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya - tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya. 

Dalam Soheh Muslim, terdapat hadis daripada Abu Hurairah yang menceritakan; Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah (umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan Rasul-Nya lah yang paling tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi; "Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya (dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan terhadapnya" (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah). 

2. Bagi masalah ghibah (iaitu menceritakan/mendedah keburukan orang lain atau menyebut orang lain dengan suatu nama yang buruk) dikecualikan bagi enam situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulama (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim dan Riyadhus-Salihin);

a) Apabila diri dizalimi; Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, kadi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

b) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

c) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandagan agama); Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

d) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

e) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

f) Untuk memperkenalkan seseorang; Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.

Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita memperkatakan/mendedahkan keburukan orang lain kerana mempunyai tujuan yang diharuskan syariat untuk maslahah yang lebih besar daripada maslahah individu yang diperkatakan keburukannya. 

3. Oleh sebab hukum mengumpat adalah haram pada hukum asalnya dan dosanya adalah besar, maka orang yang terpaksa menggunakan pengecualian di atas ia hendaklah memerhatikan perkara berikut;

a) Memerhati niat dalam hatinya; apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir daripada keinginan nafsunya sahaja. Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

b) Hendaklah mengukur natijah darinya; adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

c) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

d) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain, yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.


Ustaz Adnan Fadhil
http://ilmudanulamak.blogspot.com

BAJET 2013 : ADAKAH SELARI DENGAN SYARIAH SERTA ADIL KEPADA GENERAS Adil Kepada Generasi Akan Datang?


Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut.

Bagi kita orang Islam, apa yang menjadi perkiraan utama dalam menilai bajet tersebut sepatutnya bukanlah manfaat keduniaan kepada diri sendiri semata-mata. Yang lebih penting ialah adakah bajet tersebut sehaluan dengan prinsip dan ajaran Islam atau tidak. Ini kerana sebagai orang Islam, kita semua telah dididik dengan ajaran Al-Quraan bahawa sumber kesejahteraan negara dan masyarakat adalah di tangan Allah SWT. Negara tidak akan aman damai dan sejahtera tanpa keizinan Allah yang Maha Berkuasa. Apa pun perkara yang kita lakukan, termasuk dalam merangka bajet negara mestilah dilakukan dengan pertimbangan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Oleh itu, isu utama yang perlu dikaji ialah sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam.

Jawapan kepada persoalan sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam adalah agak jelas. Ini kerana ciri utama kepada bajet tersebut ialah ia memerlukan kerajaan menambahkan hutangnya lagi untuk tahun yang ke-16 berturut-turut semenjak dari tahun 1997.  Akibat dari belanjawan yang sentiasa berbentuk defisit dalam tempoh yang lama itu, hutang terkumpul kerajaan sekarang sudah mencapai RM503 billion. Jumlah berkenaan adalah satu jumlah yang sangat besar terutama sekali jika kita mengambil maklum bahawa hutang kerajaan hanya berjumlah tidak sampai RM5 billion pada tahun 1970.  

Dari perspektif Islam, adalah tidak salah untuk kerajaan berhutang untuk memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi langkah berhutang tersebut mesti memenuhi dua syarat utama iaitu hutang tersebut bebas dari unsur Riba serta hutang tersebut boleh dibayar balik oleh kerajaan. Malangnya kedua-dua syarat utama tersebut jelas tidak dapat dipenuhi. Sumber utama kepada hutang negara adalah dengan menggunakan instrumen `Sekuriti Kerajaan Malaysia’ (Malaysian Government Securities atau MGS) yang menggunakan kaedah Riba yang jelas haram dari perspektif Syariah. Tambahan pula, hutang kerajaan yang terkumpul sekarang telah meningkat ke angka lebih dari separuh trillion Ringgit dengan penjelasan hutang tahunan (Debt Service) yang meningkat setiap tahun. Untuk makluman, pada tahun 1998 penjelasan hutang tahunan oleh kerajaan hanya berjumlah RM7 billion, namun sekarang ini ianya akan melebihi RM20 billion setahun pada tahun 2013. Tren ini jelas membuktikan bahawa kerajaan sekarang ini bukan sahaja tidak berupaya mengambil langkah mengurangkan jumlah hutangnya, bahkan juga tidak berupaya atau tidak bercadang untuk mengambil langkah untuk mengelak dari menambahkan beban hutangnya.  

Sebenarnya kaedah pembiayaan kewangan negara sudah jauh tersimpang dari pendekatan Islam. Di dalam Islam sepatutnya kerajaan hanya berbelanja untuk rakyat berdasarkan pendapatan yang diperolehi sahaja. Di samping itu, pendapatan utama kerajaan sepatutnya adalah dari sumber yang terhad sahaja seperti hasil galian seperti minyak atau bijih, atau sewaan harta kerajaan (Kharaj) atau zakat di mana zakat hanya boleh dibelanjakan menurut syarat yang ketat sahaja. Ramai ulamak berpendapat bahawa kerajaan mesti mengelak dari memperolehi pendapatan melalui percukaian yang dikenakan ke atas rakyat atau melalui sumber hutang. Menurut mereka, percukaian sebagai sumber pendapatan atau melalui hutang sepatutnya hanya dilakukan sebagai langkah terakhir dan untuk keperluan mendesak sahaja seperti untuk membantu memberi makan kepada golongan miskin dan melarat atau untuk tujuan pertahanan negara. Jika kerajaan mempunyai sumber pendapatan dari sumber galian atau dari pemilikan harta seperti tanah dan sebagainya, maka sepatutnya kerajaan tidak lagi perlu untuk mengenakan cukai kepada rakyat atau berhutang.

Sebaliknya sekarang kita menghadapi senario di mana kerajaan bukan sahaja mengenakan cukai kepada rakyat dalam berbagai bentuk termasuk cukai impot kereta dan sebagainya bahkan kerajaan juga sedang menambahkan jumlah hutang terkumpul ke tahap lebih dari lima ratus billion Ringgit.  Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan bukannya sebuah negara yang kering kontang. Di samping itu rakyatnya juga adalah berpendidikan, mahir serta rajin. Ramai yang sanggup kerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Oleh itu, jika pengurusan kewangan kerajaan dilakukan dengan baik dari dulu lagi dan jika langkah yang serius diambil untuk mengelak dari berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, maka sebenarnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus berhutang untuk membiayai perbelanjaannya.

Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu kita. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan  perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa dilaksanakan:
1)         Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain
2)         Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain
3)         Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain
4)         Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong
5)         Pencen juga akan terpaksa dipotong
6)         Usia persaraan akan dilanjutkan
7)         Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa
8)         Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan
Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol. Ini adalah kerana di tahun-tahun sebelumnya, semua kerajaan-kerajaan di negara-negara tersebut,  seperti juga di negara kita,  telah melaksanakan bajet yang defisit setiap tahun serta menambahkan hutang terkumpul kerajaan. Faktor utama adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut sentiasa bersaing untuk menjadi popular di mata rakyat dan oleh itu telah berbelanja dengan tidak berhemah untuk memberikan kesenangan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka setiap kali pilihanraya umum dijalankan. Akibatnya jumlah hutang terkumpul kerajaan telah menjadi terlampau tinggi. Oleh itu, sekarang ini mereka tidak dapat lagi mengelak dari mengambil langkah berjimat cermat yang drastik dengan cara memotong pelbagai jenis perbelanjaan dan menarik balik pelbagai bentuk subsidi untuk memastikan saluran hutang dari pihak-pihak pemiutang masih terbuka.

Sudah tentu langkah berjimat cermat ini tidak dipersetujui oleh rakyat. Mereka merasakan bahawa keadaan adalah tidak adil kerana mereka yang tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan akibat dari kesilapan pemimpin politik dalam menguruskan kewangan negara. Akibatnya telah berlaku protes dan tunjuk perasaan yang bersiri oleh rakyat yang sudah tidak tahan dengan penderitaan akibat dari langkah penjimatan tersebut. Seringkali protes menjadi ganas yang mengakibatkan ramai tercedera dan banyak harta benda rosak atau musnah. Bahkan ramai dari  warga negara mereka yang telah membunuh diri akibat tekanan kehidupan yang tidak dapat ditanggung serta perasaan kecewa dan putus harapan dengan masa depan yang dilihat semakin sempit, gelap dan menakutkan.

Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi, huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara.

Akhir sekali, isu yang perlu difikirkan ialah tentang isu keadilan kepada generasi akan datang. Sekarang ini kerajaan jelas sedang mengejar populariti di mata rakyat dan telah memberikan rakyat banyak manfaat menerusi Bajet 2013 supaya semua merasa senang dan berpuas hati. Persoalannya, adakah kerajaan juga telah berlaku adil kepada generasi akan datang yang akan menderita di hari muka akibat dari terpaksa menghadapi berbagai masalah hasil dari langkah yang terpaksa diambil untuk membayar balik semua hutang yang kelak nanti sudah sampai ke tahap yang tidak dapat ditanggung lagi?

KONSEP ULAMA DAN KEPIMPINAN


“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

Keluasan Takrif

Mungkin pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: ayat 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru, kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah SWT.

Kriteria Nabi

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah SWT membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf.

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

“Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Qawiyy, lagi Ameen” [al-Qasas 28: ayat 26]


Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah SWT kehendaki daripada seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

Qawiyy itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai Kompetensi.

Ameen pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlak seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai Integriti.

Sudah tentulah dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa, Qawiyy (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat Ameen (integriti).

Akan tetapi, bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata: 

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (Hafeez), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (Aleem)” [Yusuf 12: ayat 55]

Hafeez itu adalah soal integriti manakala Aleem pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.

Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang Ulama berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah SWT mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah SWT menjelaskan terlebih dahulu senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

“Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasul-Nya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.”

“Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaan-Ku.”

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam.”

“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Faathir 35: ayat 25-28]

Ya…

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan Allah SWT. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyuk, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?

Dia Syariatik.

Tetapi dia tidak Saintifik.

Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.

Kesarjanaan Era Othmaniyyah

Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama pada era Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet (1495 – 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:

a.The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
b.The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography, etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history and other literary sciences.
c.The intellectual sciences: logic and dialectics.
d.The Spiritual sciences:
e.The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences, mathematics.
f.The practical rational sciences: ethics, political sciences.
g.The theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and jurisprudence.
h.The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and all subjects relating to Muslim life and worship.

The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.

Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.

Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.

Dewan Ulama Dan Intelektual Islam

Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa dalam kenangan. Kembali ke Rahmatullah pada April 2000

Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato’ Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.

Katanya:
"Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam.

Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam dalam kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu.

Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud dalam kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing-masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!"

-[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]

Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para Mullah sebagaimana yang dirisaukan oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah. Sebaliknya gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.

Yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.

Tetapi, yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik. Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku. Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.

Pergeseran di antara golongan Ulama dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita Almarhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh daripada realiti yang ada. Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah, Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?

Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan respon yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh Almarhum Ustaz Yusuf Rawa.

Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ulama yang hakiki.

Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.

Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!

http://saifulislam.com/
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.