Dan jika lampu tersorot, pentas
terbuka, dan pemimpin tulen tiba-tiba
tiada, jangan dimarah jika aku
merujuk semula kepada ular dan katak,
kepada badak dan biawak –
suara warga resah dari belantara bahasa.Atau pada perenggan yang lainnya, suara seni itu menjadi juga marah mendadak:
Dari renyai abjad
ke gerimis kata – suara itu silap mata:
kita tanam tunggul
mercup keris, berubah menjadi ular,
berkisar menjadi istana, beransur
menjadi buaya, bergegas menjadi
biawak, terjelir menjadi lidah,
dan sedetik menjadi wira. Sedetik saja.
Puisi Suara dari Dinding Madrasah pula mengungkapkan rasa hati seorang penyajak yang bergelar SN terhadap fenomena penghakisan Sekolah Agama Rakyat (SAR) satu ketika dahulu.
Puisi Suara dari Dinding Madrasahpernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
berfikir dan berazam selari meluhuri suci akidah.
apa yang kupinta demi lestarinya sanubari Islami,
memelihara madrasah dan jawi yang mulai dilupai –
tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?
Ikutilah pula keprihatinan SN ini mengenai isu yang melanda tanahair melalui puisi Jerita Senja September....
puisi Jeritan Senja September:Tapi, sekerlip berubah gelombang tabii;
ribuan remaja di depanku, generasi berani,
mungkin lambat mengenal inti demokrasi,
tapi cepat menyedari erti maruah diri.
Kerana menghadapi pencabar yang berang,
tangan yang kukuh, taring yang garang,
semenjak itu makin yakin mereka berdiri
dalam ribut, celah petir, sisi puisi;
nyaring menjeritkan: ‘Hidup Reformasi!’
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan