KEMELUT ISTANA KELANTAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA ?

Imbasan Kembali Peristiwa

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Mungkin masih segar diingatan anda suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak.

Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.






Gambar: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Disini Budak Kampung Online mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM TengKu Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.

Gambar: TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian hari ini.

Daulat Tuanku...

Dipetik dari : http://wargamarhaen.blogspot.com/

PANDUAN SEMBAHYANG HARI RAYA


CARA :

-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan takbiratul ihram diikuti dengan doa iftitah.

-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram

-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya

" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.

-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;

Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.


PENGERTIAN HARI RAYA

Perkataan 'id berasal daripada 'aud bererti ulangan. Ini kerana sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya atau banyak nikmat Allah dikurniakan kepad hamba-Nya pada hari raya tersebut.

PENSYARIATAN SOLAT HARI RAYA DAN DALILNYA

Solat 'Idil Fitri dan 'Idil Adha telah disyariatkan pada tahun Hijrah yang kedua. Solat hari raya pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah solat 'Idil Firi pada tahun yang kedua Hijrah tersebut.

Sementara dalil pensyariatannya pula ialah firman Allah yang ditujukan kepada Nabi S.A.W

Yang bermaksud ;

"Oleh itu kerjakanlah sembahyang kepada Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"

'Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah solat 'Idil Adhha. Hal ini berdasarkan hadith,

Yang bermaksud ;

"daripada Abu Sa'id al-Khudri R.A katanya, "Rasulullah S.A.W pergi ke musolla pada hari 'Idil Fitri dan 'Idil Adha. Perkara pertama yang Baginda lekukan ialah solat. Kemudian Baginda berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu Baginda pun bersurai.

HUKUM SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya ialah sunnat muakkad. Ini kerana Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

Berdasarkan hadith daripada Abu Sa'id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyari'atkan secara berjamaah namun sah dilakukan secara bersendirian.

Begitu juga ia disyari'atkan berjamaah ke[ada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, kecuali perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
Solat hari raya tidak wajib berdasarkan hadith,

Yang bermaksud, sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang yang bertanya tentang solat yang difardhukan, "Lima solat sehari semalam. Baginda ditanya lagi, adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab, tidak kecuali engkau ingin mengerjakan solat sunat".

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Waktu solat hari raya bermula dari matahari terbit hingga gelincir.

Bermulanya hari adalah apabila fajar terbit. Pada waktu itu dilakukan solat Subuh sebelum matahari terbit dan solat Zuhur selepas mataharigelincir. Namun waktu solat hari raya yang afdhal adalah ketika matahari naik tinggi segalah. Ini kerana Nabi S.A.W sentiasa melakukannya pada waktu tersebut.

-KHUTBAH HARI RAYA-

Selepas selesai solat hari raya sunat melakukan dua khutbah. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1) Khutbah hendaklah selepas solat hari raya. Ia berlainan dengan khutbah Jumaat
2) Semua rukun dan sunat khutbah Jumaat adalah sama digunakan pada khutbah hari raya
3) Khutbah yang pertama sunat dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali dan khutbah yang kedua dengan takbir sebanyak 7 kali


Sumber : Manhaj Fiqh I (m/s 511-521)



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.