AL QARADHAWI : MUFTI MESIR PEMBANTU MUSUH REVOLUSI

Al-Qaradhawi : Mufti Mesir Pembantu Musuh Revolusi

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, telah menyangkal Mufti Republik Mesir, Dr. Ali Jum`ah yang disifatkan sebagai penolong kepada musuh revolusi, dan dia (mufti) telah mencampurkan perkara haq (kebenaran) dengan batil. Al-Qaradhawi telah mengirimkan surat kepada Rijal Al-Azhar untuk menyeru mereka supaya menentukan pendirian mereka untuk mengundi calon (presiden) dalam pusingan kedua, dan tidak berpendapat ‘Kami berkecuali’. Al-Qaradhawi juga mengeluarkan fatwa : Pendirian berkecuali ketika ini adalah haram dari segi syarak.

Al-Qaradhawi berkata : “Suratku kepada rijal Al-Azhar, ulama-ulamanya, serta pemuda-pemudanya yang tidak terikat dengan semua pendirian guru-guru mereka menyebutkan :

“Aku menyeru anak-anak Al-Azhar dari kalangan pemimpin-pemimpin, penceramah, dan guru-gurunya supaya bersama dengan kebenaran, dan tidak bersama guru-guru yang tidak jelas dengan suasana, dan mencampurkan kebenaran dengan kebatilan, dan mereka bersama dengan kebatilan. Janganlah bersama dengan Mufti yang bersatu membantu musuh revolusi, dan mereka itu berkata kepada Al-Azhari ; Jadilah kamu berkecuali!”

Al-Qaradhawi juga meminta pemimpin-pemimpin Al-Azhar di masjid, penceramah-penceramah, dan pemuda-pemudanya supaya menyeru masyarakat di masjid kepada kebenaran, dan mengundi calon revolusi. Beliau juga menegaskan bahawa sifat bekecuali dalam perkara jelas adalah haram dari segi syarak. Dan siapa yang tidak menyumbangkan suaranya dalam Pilihan Raya Presiden adalah serupa dengan orang yang menyembunyikan penyaksian, dan siapa yang mengundi calon kerajaan yang lalu adalah penyaksian yang palsu.

Disamping itu, Dr. Ali Jum`ah – Mufti Republik- berkata :

“Umat islam telah diuji sejak permulaan sejarah dengan ulamak yang tidak boleh mempertikaikan mereka.Tetapi kami mempertikaikan keinginan liar mereka itu pada menjadikan diri mereka itu penuh kesalahan dan menggunakan nilaian kaedah-kaedah syarak, dan meraikan maslahah, serta menjaga sistem masyarakat dan tetap dengannya. Mereka cuba menggunakan pensabitan agama dalam pertelingkahan politik kepartian, sesuatu yang menambahkan perpecahan dan keji mengeji atas nama agama.”

Dr Ali menambah lagi :

“Mereka itu menyangka mereka lah penyelamat Islam dan bukan orang lain. Mereka sahajalah orang Islam, Mereka jugalah Ulama dan bukan orang lain. Dan wajib pula kepada setiap orang islam untuk mengikut pandangan mereka, mendengar serta taat kepada mereka, bukan kepada orang lain. Dan mereka akan memalukan orang lain yang berbeza dengan manhaj mereka atau kaedah pemikiran mereka.”

Ali Jum`ah mengumumkan pendirian berkecualinya pada calon presiden dengan (dalil) agama itu meraikan urusan-urusan umat. Beliau masuk campur dalam urusan politik ketika ini, namun tidak akan selama-lamanya memasuki politik kepartian dan tidak ada kaitan dengan permainan plitik. Kerana perkara ini bertukar dengan bertukarnya masa dan tempat, manakala ikatan agama dengan politik dengan makna parti adalah merosakkan agama, suatu penghinaan, serta zalim kepadanya.

Beliau berkata, pendirian berkecualinya adalah sandaranya sepaya tidak terkesan kepada memilih calon atas nama agama, dan memperincikan makna demokrasi. Ini bertentangan dengan orang yang mengabungkan diri dengan politik yang mengharapkan maslahat individu atas timbangan maslahat negara seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang mengabungkan dirinya dengan Ikhwanul Muslimin kepada membantu mereka sehingga menggunakan pensabitan agama dalam pertelingkahan politik kepartian.

 Beliau juga menyampaikan soalan kepada Syeikh Al-Qaradhawi :

“Kenapa kamu tidak bercakap tentang permasalahan yang lebih penting bagi bersama kebangkitan ummah, dan membinanya sebagai ganti kepada kesan perpecahan antara masyarakat di Mesir, dan kamu menyandarkan fatwa yang tidak berkhidmat melainkan kepada satu parti tertentu sahaja yang memasuki permainan politik?”

Begitu juga, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi meminta kesemua rakyat mesir dari pelbagai kumpulan untuk mengundi calon presiden Dr. Muhammad Mursy dalam pusingan ulangan Pilihan Raya Presiden, beliau menyifatkan perkara itu sebagai membantu revolusi, dan dia (Dr. Mursy) adalah seorang yang benar.

Al-Qaradhawy menegaskan bahawa keluar pada hari esok (sabtu) dan lusa (ahad) untuk mengundi adalah kewajipan dari segi syarak keatas kesemua rakyat Mesir, dan siapa yang tidak melakukannya berdosa.

Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa wajib dari segi syarak bagi rakyat Mesir untuk keluar mengundi, siapa yang tidak keluar adalah dikira menyembunyikan penyaksian. Dan siapa pula yang menyokong Syafiq adalah orang yang memberikan penyaksian palsu.

Beliau juga menuntut supaya Mursy menyempurnakan janji yang telah diikat:

“Kami mahu dari Dr. Mursy supaya menyempurnakan semua yang dijanjikan, dan menjalankan tugas kerajaan dan presiden bukannya selaku (ahli) Ikhwan.”

Tambahnya lagi : “Siapa yang membantu revolusi, kebenaran, keadilan, dan menghendaki kebaikan padanya mestilah menyokong Mursy, dia adalah lelaki yang benar dan akan melakukan apa yang kita kehendaki untuk dia lakukan.”

Al-Qaradhawi telah menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin revolusi, parti-parti , kumpulan politik, dan 2 calon presiden yang lalu : Dr. Abdul Mun`im Abul Futouh dan Hamdin Sobahy supaya bersama kebenaran dalam pusingan ulangan bagi Pilihan Raya Presiden. Dan tidak bersama untuk berkecuali sepertimana yang diumumkan sebahagian orang, dengan menegaskan siapa yang berkecuali adalah menyokong kumpulan Ahmad Syafiq.

Begitu juga, Al-Qaradhawi meminta dengan bersungguh-sungguh kepada sebahagian ulama Tasawwuf dan yang mengumumkan sokongan kepada kumpulan Syafiq dalam pusingan kedua ini, supaya menarik balik apa yang di azamkan mereka itu, dan (menyeru mereka) supaya bersama dengan kebenaran, dan membantu revolusi. Beliau sangat meminta ahli tasawwuf supaya tidak mengikut guru-guru mereka yang membantu kebatilan.

Al-Qaradhawi juga menyeru al-Aqbadh (orang kristien Qibty mesir) supaya tidak bersama dengan calon kerajaan terdahulu. Jangan mengikuti orang yang sesat, dan zalim. Dengan menegaskan, kerajaan yang lalu telah menzalimi mereka, menghina mereka dengan hinaan yang palsu. Beliau juga sangat meminta mereka untuk membantu orang Islam yang membantu mereka. Beliau berkata :

“Masa depan orang Qibty adalah bersama umat Islam, bukannya selain dari mereka. Bersamalah orang Islam yang mulia, negara ini adalah negara kamu, maka bersamalah dengan rakan-rakan kamu dan janganlah bersama dengan musuh-musuh revolusi.”

Al-Qaradhawi juga telah menghantar surat kepada Majlis Tentera supaya menjaga Pilihan Raya, dan mengawal dari sebarang pemalsuan, atau penukaran kehendak rakyat Mesir. Dan menyeru mereka supaya bertaqwa (takut) kepada Allah dalam perihal urusan rakyat Mesir. Begitu juga, beliau menuntut Hakim-hakim supaya menjaga amanah dalam pilihan raya dan menghalang segala cubaan pemalsuan. Beliau berkata:

“Kamu semua bertanggungjawab di hadapan Allah, dan kamulah hakim dan penjaga dalam permasalahan ini.”

___________________________________________________________________________________
Penterjemah : Syihabudin Ahmad

Sila Rujuk kenyataan asal dalam bahasa Arab : (Kesatuan Ulama Islam Sedunia)
 Saturday, June 16, 2012⁠
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.