Marilah kita perhatikan sejenak doa orang-orang yang mempunyai hati. Firman Allah:
“Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", Maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. (Ali-Imran: 193)
Takfir az-zunub: ialah penghapusan dosa secara keseluruhan atau penghapusan sebahagiannya kerana tiada lagi yang tinggal sebagai satu kurniaan atau kemuliaan dari Allah.
Manakala maghfirah az-zunub: Pencegahan dan perlindungan keburukan dosa dengan menutupinya atau melindunginya sebagai keampunan atau rahmat dari Allah. Namun ianya tertulis di dalam buku catatan seorang hamba..ianya disebut oleh Allah tanpa hisab ke atasnya.
- Istighfar ialah doa untuk memohon keampunan, sama seperti semua doa bergantung dengan kehendak Allah sama ada diterima atau tidak diterima Allah.
- Istighfar adalah perkataan yang mutlak yang dikaitkan di dalam ayat 135 Surah Ali-Imran:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui”. (Ali-Imran: 135)
- Istighfar dituntut dilakukan setiap masa kerana mudah-mudahan ianya bertepatan dengan waktu-waktu yang mustajab.
- Perhatikanlah ucapan A’isyah r.a: “Beruntunglah orang pada dirinya sering beristighfar”.
- Kemudian saya sampai khabar gembira dari kenyataan nabi saw, daripada Abdullah bin Abbas r.a berkata, bahawa nabi saw telah bersabda:
“Orang yang sering beristghfar, Allah akan menjadikan untuknya setiap kedukaan akan ada penyelesaian, setiap kesempitan akan ada jalan keluar. Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka”.
Lapan perkara atau sebab yang dapat menghapuskan dosa:
1. Doa yang diserta penuh pengharapan
2. Istighfar
3. Tauhid
4. Sesuatu kejahatan disusuli dengan kebaikan
5. Sesuatu musibah dapat menghapuskan dosa
6. Menjauhi dosa-dosa besar
7. Syafaat nabi di hari akhirat ke atas umatnya yang melakukan dosa besar
8. Neraka Jahannam kepada orang yang membersihkan dirinya daripada tujuh dosa besar.
Tiga sebab yang pertama telah dihimpunkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Menurutnya ia hadith Hassan. Daripada Anas r.a berkata: saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah swt telah berfirman: “Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa dan memohon kepadaKu, nescaya Aku ampuni dosa yang engkau ada. Wahai anak Adam, sekiranya dosa engkau sampai memenuhi ufuk langit kemudian memohon ampun padaKu, nescaya tetap Aku ampuni dosa engkau. Wahai anak Adam, sekiranya engkau dating kepadaKu dengan kesalahan yang hampir sebesar bumi kemudian engkau tidak pernah menyekutukanKu dengan sesuatu, nescata Aku tetap memberi keampunan kepada engkau”.
Sebab yang keempat terdapat di dalam sebuah hadith Rasulullah saw dari riwayat Abu Zar melalui Imam Tirmizi. Menurutnya hadith Hassan:
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada, susulilah sesuatu kejahatan dengan perkara kebaikan kerana ia akan menghapuskan dosanya dan bergaullah dengan akhlak yang mulia”.
Bermaksud: Jikalau engkau melakukan sesuatu kejahatan atau keburukan, maka susulilah dengan melakukan sesuatu kebaikan atau amal soleh, kerana ianya akan menghapuskan dosa kejahatan itu. Para ulamak berbeza pendapat, adakah maksud kebaikan yang menyusuli sesuatu kejahatan itu ialah taubat, seolah-olah ia berkata: Jikalau berbuat suatu kejahatan segeralah bertaubat, atau melakukan kebaikan yang lain?
Pendapat yang tepat ialah yang kedua, iaitu perbuatan baik boleh menghapuskan kejahatan sekalipun tidak bertaubat berdasarkan dalil di dalam firman Allah:
“Dan Dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”. (Hud: 114)
Seorang lelaki bertanya Nabi saw di mana dia telah mendapat satu kucupan daripada seorang wanita yang dikira sebagai zina (kecil). Beliau telah menunaikan solat subuh bersama mereka. Lalu baginda telah bertanya: Adakah engkau telah menunaikan solat subuh bersama kami?. Lelaki itu menjawab: Ya. Lalu baginda membacakan ayat ini: “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk” yang menjadi dalil bahawa sesuatu kebaikan menghapuskan dosa kejahatan sekalipun tidak bertaubat.
Oleh itu, ayuhlah wahai orang-orang yang melakukan kejahatan segeralah melakukan kebaikan, janganlah menangguh-nangguhkannya..
Sebab kelima dijelaskan oleh nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a:
“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih)
Hanya dengan kesabaran menanggung musibah tersebut Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu.
Sebab keenam: Jelas seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah:
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’: 31)
Hanya dengan niat kamu ingin menjauhi dosa-dosa besar nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil. Dosa-dosa besar kekal tidak diampuni selagi belum bertaubat nasuha.
Sebab ketujuh: Syafaat nabi saw kepada umatnya yang melakukan maksiat. Daripada Anas bin Malik dari nabi saw yang bersabda:
“Syafaatku (di hari Kiamat) kepada umatku yang melakukan dosa-dosa besar”. (sahih)
Ini adalah satu kemuliaan dari nabi saw. Justeru kita memohon agar Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang mendapat syafaatnya iaitu yang memiliki kedudukan yang mulia di sisi Tuhan. Allah swt sekali-kali tidak akan membiarkan kekasihnya pada hari Kiamat nanti.
Saudaraku yang dikasihi..Seandainya kamu tidak memperolehi tujuh perkara di atas, maka tiada yang lagi peluang melainkan yang kelapan..iaitu neraka Jahannam (na’uzubillah min zalik) yang akan membersihkan dosa-dosanya sehingga apabila telah disuci dan dibersihkan barulah dapat memasuki syurga dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa. Sudah tentu bagi orang yang berakal tidak akan berasa gembira di atas kelewatannya memasuki syurga kerana ai dunia hanya satu bahagian daripada 70 bahagian dari api jahannam..neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga menjadi kemerahan..kemudian dinyalakan selama seribu tahun sehingga menjadi keputihan, kemudian dinyalakan sehingga menjadi kehitaman. Justeru neraka Jahannam sekarang tentulah dalam keadaan gelap pekat.
Artikel asal di :http://zadud-duat.blogspot.com/2010/12/penghapusan-dosa.html