Beberapa hari yang lepas, Murshid Am ke 7 ustaz Mahdi Akif mengisytiharkan perlantikan Murshid Am yg baru iaitu Dr. Muhammad Badi' Abdul Majid Sami, salah seorang anggota Maktab Irshad. Beliau yang dilahirkan pada 1943, profesionnya ialah doktor veterinar, telah memperolehi phd pd 1979 dan menjadi tenaga pengajar di universiti Bani Suwaif di Mesir. Pernah dipenjarakan 4 kali, kali pertama pada 1965 (bersama Sayyid Qutb) selama 9 tahun, kali kedua 75 hari dan kali ketiga 3 tahun 8 bulan, dan kali terakhir pada 2008 selama sebulan.
Butiran lanjut beliau seperti tertera di bawah
الاسم: محمد بديع عبد المجيد سامي.
تاريخ ومحل الميلاد: 7/8/1943م- المحلة الكبرى.
الحالة الاجتماعية: زوج السيدة سمية الشناوي مديرة سابقة لمدرسة الدعوة الإسلامية ببني سويف- كريمة الحاج محمد علي الشناوي (ضابط طيار) من الرعيل الأول لجماعة الإخوان المسلمين والذي حُكم عليه بالإعدام عام 1954م وخُفِّف للمؤبد.
- ماجستير طب بيطري ومدرس مساعد 1977م من جامعة الزقازيق.
- دكتوراه طب بيطري ومدرس سنة 1979م من جامعة الزقازيق.
- أستاذ مساعد طب بيطري 1983م- جامعة الزقازيق.
- خبير بالمعهد البيطري بصنعاء82- 86م.
- أستاذ طب بيطري 1987م جامعة القاهرة- فرع بني سويف.
- رئيس قسم الباثولوجيا بكلية طب بيطري بني سويف سنة 1990م لدورتين.
- وكيل كلية الطب البيطري بني سويف لشئون الدراسات العليا سنة 1993م لدورة واحدة.
- أشرف على 15 رسالة ماجستير و12 رسالة دكتوراه، وعشرات الأبحاث العلمية في مجال تخصصه.
العمل الحالي :
- أستاذ متفرغ بقسم الباثولوجيا بكلية الطب البيطري- جامعة بني سويف.
النشاط النقابي:
- أمين عام النقابة العامة للأطباء البيطريين لدورتين.
- أمين صندوق اتحاد نقابات المهن الطبية لدورة واحدة.
النشاط الاجتماعي والعلمي:
- عضو مجلس إدارة جمعية الرعاية الإسلامية بالمحلة الكبرى.
- عضو مجلس إدارة نادي أعضاء هيئة التدريس جامعة القاهرة 10 سنوات، ومشرفًا على فرع النادى ببني سويف.
- نائب ثم رئيس مجلس إدارة جمعية الدعوة الإسلامية ببني سويف 1996م.
- رئيس مجلس إدارة جمعية إسكان أعضاء هيئة التدريس ومعاونيهم بجامعة بني سويف.
- رئيس مجلس إدارة جمعية الباثولوجيا والباثولوجيا الإكلينيكية على مستوى الجمهورية.
- رئيس هيئة مجلة البحوث الطبية البيطرية لكلية طب بيطري- بني سويف لمدة 9 سنوات.
- رئيس مجلس إدارة مركز خدمة البيئة بكلية طب بيطري- بني سويف.
- القيام بإنشاء المعهد البيطري العالي بالجمهورية العربية اليمنية صنعاء لمدة 4 سنوات خلال الإعارة من 1982- 1986م، وإنشاء المزرعة الداجنة والحيوانية الخاصة به، وكذلك ترجمة المناهج الدراسية للغة العربية، وإنشاء متحف علمي وأقسام علمية بالمعهد البيطري
المسئوليات الدعوية:
- عضو مكتب إداري المحلة 75م.
- مسئول مكتب إداري المحلة 77م.
- مسئول تربية بالرابطة باليمن 82- 86م.
- عضو مكتب إداري بني سويف 86م.
- مسئول مكتب إداري بني سويف1990م.
- مسئول قسم التربية 94م.
(عضو مكتب إرشاد منذ عام 1996م (شمال وجنوب ثم شمال الصعيد ومشرف التربية والأشبال.
- عضو مكتب إرشاد عالمي ومشرف جهاز التربية 2007م.
الموقع في الجماعة:
- عضو مكتب الإرشاد منذ 1996م.
- عضو مكتب إرشاد عالمي منذ 2007م.
القضايا:
- القضية الأولى (عسكرية): سنة 1965م مع الأستاذ سيد قطب والإخوان، وحُكم عليه بـ15 عامًا، قَضى منها 9 سنوات، وخرج في 4/4/1974م، وعاد لعمله بجامعة أسيوط، ثم نُقل إلى جامعة الزقازيق، وسافر بعدها إلى اليمن، وعاد من هناك إلى جامعة بني سويف.
- القضية الثانية: السجن لمدة 75 يومًا في قضية جمعية الدعوة الإسلامية ببني سويف عام 1998م؛ حيث كان يشغل منصب رئيس مجلس إدارة جمعية الدعوة ببني سويف بعد اعتقال الحاج حسن جودة رحمه الله.
- القضية الثالثة (عسكرية): قضية النقابيين سنة 1999م؛ حيث حكمت عليه المحكمة العسكرية بالسجن خمس سنوات، قضى منها 3 سنوات وثلاثة أرباع السنة، وخرج بأول حكم بثلاثة أرباع المدة سنة 2003م.
- القضية الرابعة: أثناء انتخابات المحليات أبريل 2008م لمدة شهر.
الإنتاج الدعوي:
- مقالات وأحاديث على (إخوان أون لاين) وغيرها.
(وكتاب خواطر قرآنية يُنشر على حلقات في مجلة (المجتمع.
- مراجعة وتقديم كتاب مفهوم الدعوة.
وتمَّ إدراج اسم الدكتور محمد بديع ضمن أعظم 100 عالم عربي في الموسوعة العلمية العربية التي أصدرتها هيئة الاستعلامات المصرية 1999م.
"PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam."
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Muqaddimah
Pada 31 Disember 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan akhbar The Herald Tribune untuk menggunakan nama Allah dalam akhbarnya. Akhbar tersebut merupakan satu akhbar mingguan Kristian Katolik. Mereka menterjemahkan ke dalam bahasa melayu, kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka. Pengharaman KDN ini adalah sama dengan keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 yang telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Keputusan ini disambut baik oleh masyarakat Islam di Malaysia. Namun, terdapat sebahagian umat Islam, termasuk ahli agama sendiri tidak bersetuju dengan peraturan ini[1]. Artikel ini ditulis untuk menyatakan pendirian penulis dalam masalah ini.
Mencari Di Manakah Sebenarnya Punca Permasalahan
Mencari di manakah sebenarnya berlaku khilaf ( تحرير محل النزاع ) merupakan satu perkara yang sangat penting bila berlakunya sesuatu perbezaan pendapat. Boleh jadi, pendapat yang dianggap berbeza sebenarnya adalah sama. Ini kerana pendapat-pendapat yang berbeza itu dilihat dari sudut yang berlainan. Dalam masalah ini, saya dapati kita perlu menjawab persoalan-persoalan di bawah:
1- Adakah benar hanya orang Islam yang mendakwa tuhan mereka ialah Allah?
2- Adakah Islam menghalang orang bukan Islam untuk mendakwa tuhan mereka ialah Allah? Sedangkan mereka bukan menerima Islam.
3- Adakah kalimah “Allah” bagi masyarakat Islam Malaysia mempunyai makna yang sama dengan kalimah “Allah” yang disebut oleh penganut agama lain, terutamanya Kristian?
4- Adakah kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu hanya bererti tuhan atau ia adalah kata nama khas untuk Tuhan Yang Maha Esa?
5- Adakah boleh kerajaan meminda satu undang-undang bagi menjaga aqidah umat Islam daripada terpesong? Antaranya ialah pemesongan pemahaman kalimah “Allah”.
Menjawab Permasalahan-Permasalahan Tadi
Untuk memudahkan kefahaman, saya akan membincangkan permasalahan-permasalahan tadi secara berasingan, satu persatu.
Masalah Pertama: Adakah Benar Hanya Orang Islam Yang Mendakwa Tuhan Mereka Ialah Allah?
Bagi masalah yang pertama, rasanya semua bersepakat bahawa bukan orang Islam sahaja yang mendakwa tuhan mereka ialah Allah. Ini kerana nas dengan jelas menyatakan demikian. Antaranya ialah:
Ertinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”. Surah al-Ankabut: 61.
Ertinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Allah yang sebenar)”. Surah Luqman: 25.
Rtinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", nescaya mereka akan menjawab: "Semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah az-Zukhruf: 9-10.
Masalah Kedua:Adakah Islam Menghalang Orang Bukan Islam Untuk Mendakwa Tuhan Mereka Ialah Allah?
Bagi masalah yang kedua, rasanya semua bersepakat bahawa Islam tidaklah menghalang umat lain mendakwa demikian. Apatah lagi mereka bukannya menerima aqidah Islam. Namun Islam memperbetulkan tanggapan silap mereka terhadap Allah SWT, dan menegaskan bahawa Allah SWT adalah Esa dan tiada sebarang kekurangan, berbeza dengan apa yang dikatakan mereka. Antara ayat suci yang menunjukkan demikian ialah:
Ertinya: “Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih itu putera Allah". Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah melaknati mereka. Bagaimana mereka boleh berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 30-31.
Ayat ini menunjukkan betapa Allah SWT memperbetulkan aqidah Yahudi dan Kristian. Bahkan Allah SWT dalam ayat ini menyatakan terdapat perbezaan yang begitu jelas antara “Allah” pada pandangan bukan Islam dan juga “Allah” pada pandangan orang Islam.
Ertinya: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah Rasul (utusan) Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (dari ucapan itu). (Berhenti daripada mengatakan demikian itu adalah) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa. Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara”. Surah an-Nisa’: 171.
Ayat ini memperbetulkan persepsi salah orang Kristian tentang “Allah”. Bahkan ayat ini melarang orang Kristian daripada menyatakan aqidah yang salah itu. Iaitu aqidah yang menganggap Allah adalah salah satu daripada unsur tuhan yang tiga (trinity). Namun, Kristian yang ada pada hari ini, masih berdegil dan kekal menyatakan demikian. Tetapi ayat ini tidaklah melarang golongan Kristian untuk mendakwa bahawa Allah merupakan tuhan mereka.
Masalah Ketiga:Adakah Kalimah “Allah” Bagi Masyarakat Islam Malaysia Mempunyai Makna Yang Sama Dengan Kalimah “Allah” Yang Disebut Oleh Penganut Agama Lain, Terutamanya Kristian?
Bagi masalah ketiga, rasanya semua boleh sepakat bahawa pemahaman kalimah Allah bagi masyarakat Islam di Malaysia dan juga di mana-mana sekalipun adalah berbeza dengan kalimah “Allah” yang disebutkan oleh orang-orang Kristian. Dan nas al-Qur’an sendiri yang menunjukkan demikian. Antaranya ialah ayat 30 dan 31 surah at-Taubah, yang sudah disebutkan tadi. Dan antaranya juga ialah:
Ertinya: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih (sendiri) berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun” . Surah al-Maidah: 72.
Ertinya: “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahawasanya Allah salah satu daripada yang tiga". Sedangkan sekali-kali tidak ada tuhan selain dari (Allah) Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di kalangan mereka akan ditimpa seksaan yang pedih”. Surah al-Maidah: 73.
Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang ketara tentang kefahaman terhadap kalimah “Allah”, antara golongan Kristian dan ajaran Islam yang dibawa oleh keseluruhan para Nabi, termasuk Nabi Isa a.s.
Ertinya: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah Rasul (utusan) Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (dari ucapan itu). (Berhenti daripada mengatakan demikian itu adalah) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa. Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara”. Surah an-Nisa’: 171.
Dan bagi saya, ini adalah antara punca perselisihan, sekalipun semua bersepakat dengan perkara tadi. Ini kerana sebahagian daripada kita, bila membincangkan perkara ini telah terlupa bahawa sekalipun kalimah Allah disebutkan juga disebutkan oleh penganut agama Kristian, namun pemahaman tentang kalimah itu adalah berbeza. Ini kerana “Allah” bagi masyarakat Islam adalah satu “Zat” yang Esa dan mempunyai seluruh kesempurnaan. Inilah aqidah kaum muslimin. Dan keseluruhan nas al-Qur’an dan al-Hadis menunjukkan demikian. Antaranya ialah:
Ertinya: “Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya." Surah al-Ikhlas: 1-4. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang sebenar ialah Yang Esa dan semua makhluk bergantung kepada kekuasaanNya.
Ertinya: “Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Dialah Raja, Yang Maha suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang mempunyai Asma’ul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Surah al-Hasyr: 22-24.
Ayat ini menunukkan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik yang menunukkan bahawa tiada sebarang kekurangan kepada Allah SWT. Ia jelas berbeza dengan pandangan penganut agama lain kepada Allah SWT. Ini kerana penganut agama lain masih meletakkan sifat kekurangan kepada Allah SWT, sekalipun menganggap bahawa Allah SWT itu adalah tuhan mereka. Contohnya, Yahudi dan Kristian menganggap tuhan mempunyai anak. (Rujuk surah at-Taubah: 30-31). Kaum musyrikin Jahiliyyah juga menganggap bahawa ِAllah SWT mempunyai anak-anak perempuan. Firman Allah SWT:
Ertinya: “Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (iaitu anak-anak lelaki)”. Surah an-Nahli: 57.
Masalah Keempat:Adakah Kalimah “Allah” Dalam Bahasa Melayu Hanya Bererti Tuhan Atau Ia Adalah Kata Nama Khas Untuk Tuhan Yang Maha Esa?
Bagi masalah keempat, saya berpendapat ini adalah antara punca permasalahan. Ini kerana masalah penterjemahan adalah masalah bahasa. Boleh jadi seseorang itu mahir dalam bidang agama, namun lemah dalam bidang bahasa, termasuk bahasa ibundanya sendiri.
Penterjemahan Kalimah Allah Dalam Bahasa Melayu Dan Inggeris
Dalam bahasa Melayu, kalimah Allah hanyalah merujuk kepada tuhan Yang Maha Esa sahaja, dan tidak merujuk kepada makna tuhan semata-mata. Kerana inilah bila kita terjemahkan syahadah, kita menyatakan:
“Saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah”.
Ini bererti bahawa kalimah tuhan boleh digunakan untuk tuhan yang sebenar yang perlu dan berhak disembah, dan juga tuhan yang batil. Dan kalimah tuhan dalam bahasa Melayu bukan bererti Allah. Sebagai contoh, kita tidak terjemahkan syahadah dengan:
“Saya bersaksi bahawa tiada Allah melainkan Allah”.
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka juga menghuraikan kalimah “Allah” sebagai “Tuhan Yang Esa”.
(Rujuk: Kamus Dewan, Edisi Baru, Ketua Editor: Sheikh Othman bin Sheikh Salim, cet. 4, 1993, Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, hal. 28).
Begitu juga Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Dalam menterjemahkan kalimah “Allah”, daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, ia menyebut: Allah n. Allah, tuhan orang Muslim. Huruf “n” kecil di situ adalah ringkasan noun, iaitu kata nama.
(Rujuk: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, oleh Joyce M. Hawkins, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Cet. 3, 2005, hal. 10)
Ini bererti dalam bahasa Inggeris juga menganggap bahawa “Allah” hanyalah khusus untuk tuhan orang Islam. Kamus Little Oxford Dictionary, iaitu kamus Inggeris - Inggeris menyebut: Allah : Muslims name of God (ertinya nama tuhan orang Islam).
(Rujuk: Little Oxford Dictionary, first edited by George Ostler, revised seventh edition, dited by Maurice Waite, printed in Great Britain, Clarendon Press, Oxford, 1998, pg 16.)
Kesimpulannya, saya rasakan kita semua menerima, bahawa kalimah Allah dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan bukannya merujuk kepada tuhan semata-mata (samada yang berhak disembah atau tidak). Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas dan juga uruf penggunaan kalimah tersebut dalam masyarakat Melayu. Kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu berbeza dengan kalimah “God” atau “Lord” .
Tambahan
Sepanjang pembacaan saya, kalimah yang ingin digunakan oleh akhbar Herald untuk diterjemahkan dalam edisi bahasa Melayu sebagai Allah ialah kalimah God. Kalimah God bukan bererti Allah dalam bahasa Melayu, bahkan bererti tuhan. Jadi menterjemahkan God kepada Allah merupakan satu kesilapan dari sudut bahasa Melayu. Kesilapan ini membawa kepada kesilapan pemahaman kepada orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kepada betapa pentingnya memahami bahasa Melayu untuk terjemahan.
Bidang penterjemahan memerlukan kepada penelitian. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang menggunakan kalimah “Allah” dalam bahasa arab, dan digunakan oleh orang arab kini, samada yang beragama Islam dan tidak, tetapi ia tidak membawa maksud “Allah”. Antara contohnya ialah:
1- “يالله”. Ia hanya membawa erti : cepat dan sebagainya.
2- “والله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai: Ya, memang.
3- “لا والله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai: memang tidak.
4- “بالله”. Ia biasanya digunakan untuk menguatkan kebenaran apa yang disebutkan. Sama juga: “بالله عليك” atau “والله” digunakan juga untuk menunjukkan kehairanan tentang sesuatu.
5- “ إن شاء الله”. Perkataan ini biasanya digunakan untuk maksud OK sahaja. Ini kerana ia juga digunakan oleh orang bukan Islam dan juga yang tidak beragama. Mungkin sangat sedikit orang arab yang menggunakan kalimah ini, dengan mengingati jika diizinkan “Allah”.
6- Kalimah : “الله، الله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai penguat kata sahaja.
Terdapat juga ayat-ayat yang menggunakan nama Allah, namun penggunaannya sekarang di kalangan orang arab hanyalah sebagai “pemanis kata” sahaja. Antaranya ialah kalimah-kalimah berikut: “الله يبارك فيك” , ““ الله يخليك” , “ الله يستر” , “ الله يهديه” , dan sebagainya.
Begitu juga dalam bahasa melayu, penterjemahan kalimah “ قال ” adalah berbeza. Untuk Allah, kita terjemahkan dengan berfirman. Untuk Nabi, kita terjemahkan sebagai bersabda. Untuk raja, kita terjemahkan sebagai bertitah. Untuk orang biasa kita terjemahkan sebagai berkata. Dalam bahasa Melayu bila kita terjemahkan Allah bersabda, Nabi berfirman, Raja berkata, terjemahan itu adalah salah, dan ia boleh membawa kepada kurang adab terhadap Allah dan juga Nabi. Kita tidak boleh menjadikan alasan dengan berkata: “sama sahaja, kerana dalam bahasa arab, semuanya menggunakan kalimah “ قال ”. Ia adalah satu kesilapan.
Masalah Kelima:Adakah Boleh Kerajaan Meminda Satu Undang-Undang Bagi Menjaga Aqidah Umat Islam Daripada Terpesong? Antaranya Ialah Pemesongan Pemahaman Kalimah “Allah”.
Bagi saya, di sinilah sebenarnya permasalahan yang perlu dibincang. Ini kerana saya rasakan semua boleh bersepakat menerima empat permasalahan yang lepas. Jadi di sinilah sebenarnya tempat perselisihan. Dalam masalah ini, saya menyatakan untuk bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengharamkan akhbar Herald Chatolic daripada menterjemahkan “God” kepada “Allah” untuk edisi terbitan dalam bahasa Melayu. Pendapat ini adalah berasaskan kepada hujah-hujah berikut:
Hujah Pertama:Qaedah Fiqh yang menyatakan bahawa “Pemerintah Hendaklah Melakukan Sesuatu Demi Kepentingan Rakyat” ( تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة ). Dan maslahah di sini ialah menjaga aqidah umat Islam Malaysia. Dan ini termasuk dalam perkara menjaga agama ( حفظ الدين ) yang menjadi maqasid asas kepada agama Islam. Ini kerana penterjemahan kalimah God kepada Allah jelas menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami bahasa Melayu (sebagaimana yang telah dibincangkan tadi). Ia juga untuk menjaga kesucian Nama Allah SWT. Firman Allah SWT:
Ertinya: “Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Surah at-Taubah: 40.
FirmanNya lagi:
﴿ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ﴾
Ertinya: “Dan mengingati ( serta menyebut) “Allah” itu adalah lebih besar”. Surah al-Ankabut: 45.
Hujah kedua:Konsep “Menyekat Pintu Keburukan” ( سد الذرائع ). Melarang orang bukan Islam menterjemahkan God kepada Allah juga adalah jalan untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada mafsadah (keburukan). Dan mafsadah di sini, bukan lagi satu perkara yang “wahmiyyah”, iaitu samar, tetapi mafsadah yang “mutahaqqiqah” (sebenar). Antara mafsadah tersebut ialah:
1- Mengelirukan masyarakat Melayu tentang perbezaan tuhan yang sebenar dengan tuhan yang batil yang dianggap tuhan. Ini kerana semuanya diterjemahkan sebagai “Allah”.
2- Orang Kristian yang sedang beribadat kepada tuhan mereka di gereja boleh dikatakan sedang beribadat kepada Allah. Ini kerana tuhan diterjemahkan sebagai Allah. Begitu juga orang Budha dan Hindu yang sedang menyembah berhala mereka, boleh dikatakan menyembah “Allah”, kerana patung tersebut adalah tuhan mereka.
3-Kesucian nama “Allah” akan tercemar, apatah lagi ia digunakan untuk merujuk kepada tuhan yang berbilang dan mempunyai kekurangan.
4- Membuka ruang kepada pluralisme agama. Ini kerana orang yang berfahaman pluralism agama, akan membuang sebanyak mungkin perbezaan yang wujud antara agama. Sedangkan agama Islam itu adalah berbeza dengan agama yang lain, kerana ia lebih tinggi, dan hanya satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT.
5- Boleh mengelirukan orang-orang bukan Islam tentang Islam itu sendiri. Ini kerana mereka mungkin menganggap, apa guna untuk memeluk Islam, sedangkan Islam juga menyembah Allah, yang sama disembah oleh kaum Kristian. Dan ini boleh membantut kelancaran dakwah Islamiyyah.
Maka, menggunakan konsep “Saddu az-Zaraie” di sini bukan lagi pada perkara yang “wahmiyyah”, tetapi “haqiqiyyah”. Apatah lagi dalam masalah aqidah.
Hujah ketiga:Islamisasi kalimah dan Penggunaan Kalimah Pada Masa Sekarang
( العرف الاستعمالي للكلمة )
Penggunaan kalimah “Allah” pada masa sekarang ini dalam bahasa Melayu adalah tepat kerana ia dimaksudkan dengan tuhan Yang Maha Esa, yang menjadi tuhan semesta alam. Maka menggunakan “Allah” dengan makna tuhan yang sebenar dan tuhan yang batil adalah satu perkara, yang bukan sahaja bercanggah dengan uruf bahasa Melayu, bahkan juga dengan kesucian aqidah Islam.
Lagipun, kita hendaklah menyedari dan memahami, bahawa sebahagian kalimah telah diislamisasikan. Sebagai contoh, kalimah “ الصلاة” pada asalnya bererti doa. Namun pada masa ini, ia bererti kepada solat yang dilakukan oleh kaum muslimin. Begitu juga “الصوم” pada asalnya bererti menahan diri. Namun setelah kedatangan Islam, kaum muslimin menggunakan kkalimah ini untuk maksud ibadat puasa. Begitu juga “الزكاة” , pada asalnya bererti menyucikan atau subur. Namun, setelah kedatangan Islam, ia difahami sebagai harta yang wajib dikeluarkan oleh si kaya kepada golongan tertentu yang layak menerimanya.
Samalah halnya dengan kalimah “Allah”. Sebelum kedatangan Islam, ia digunakan untuk tuhan, samada Yang Maha Esa atau pun tidak. Namun, setelah kedatangan Islam, bagi kaum muslimin, ia hanya merujuk kepada tuhan Yang Maha Esa. Kalaulah perkara ini tidak disedari, maka gereja juga boleh dipanggil masjid, kerana ia merupakan tempat untuk beribadah kepada “Allah”.
Hujah keempat:Mengekalkan identiti aqidah kaum muslimin dan menolak sebarang kesamaran yang mungkin timbul. Ini kerana hanya Islam sahaja yang menganggap “Allah” itu tuhan yang Maha Esa. Dan masalah mengekalkan identiti aqidah ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Bahkan perutusan seluruh para Nabi dan Rasul adalah untuk tujuan ini. Firman Allah SWT:
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu". Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”. Surah an-Nahli: 36.
Kerana inilah Islam melarang segala apa yang boleh merosakkan identiti aqidah Islam, walaupun sedikit. Sebagai contoh:
1- Larangan berkata: “Apa yang dikehendaki Allah dan si polan”.
Huzaifah bin al-Yaman r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan kamu berkata: “Apa yang diingini Allah dan diingini si fulan”. Tetapi katakanlah: “Apa yang diingini Allah dan kemudiannya diingini si fulan”. Hadis riwayat Abu Daud dengan isnad yang sohih.
Larangan ini dibuat kerana ia boleh menimbulkan kesamaran antara sifat Allah dan sifat makhluk, sekalipun semua muslimin memahami perbezaan “masyiah” Allah dan “masyiah” manusia adalah berbeza. Namun, ia dilarang kerana boleh menimbulkan kesamaran.
2- Larangan menyebut “Malikul Amlak”, iaitu raja segala raja. Ini kerana raja segala raja hanyalah “Allah” SWT.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.aw. bersabda: “Sesungguhnya nama yang paling hina di sisi Allah ialah seorang lelaki yang dipanggil Raja sekelian raja”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Larangan ini dibuat bagi mengelakkan kesamaran antara “Allah” SWT dengan raja di kalangan manusia. Kalaulah gelaran raja segala raja digunakan untuk seorang raja, semua kaum muslimin menyedari bahawa dia bukanlah tuhan, namun ia tetap dilarang kerana menimbulkan kesamaran. Maka samalah halnya dengan masalah penggunaan nama “Allah” yang sedang kita bincangkan ini.
Dan kita juga ingin bertanya, kalaulah kita semua bersetuju melarang orang awam memakai pakaian seragam polis dan tentera kerana ia boleh menimbulkan kesamaran, maka kenapa dalam masalah ini kita tidak nampak kesamaran tersebut? Tidakkah perkara ini lebih besar, kerana ia berkaitan dengan kesucian aqidah Islam?
Hujah kelima:Menjaga keamanan umum. Ini kerana, sebahagian besar orang Islam di Malaysia merasakan mereka tercabar dan kesucian agama mereka diperlekehkan dengan keizinan kepada penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah. Dan perkara ini memang jelas kepada kita semua. Antara yang menunjukkan demikian ialah:
1- Kata-kata amaran daripada Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan akhbarnya, di Kuala Lumpur, pada 10 Mei 2008. Berikut adalah sedutannya:
"Nama Allah eksklusif kepada umat Islam. Tiada dalam sejarah agama Kristian mahupun agama lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka," kata beliau. Menurut beliau, pihaknya memberi amaran kepada Herald The Catholic Weekly supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung penggunaan nama Allah. "Adakah penggunaan nama Allah ini bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang? Istilah bagi merujuk orang alim atau agamawan juga telah ada seperti 'ulama' bagi orang Islam, 'Rahib' dan 'paderi' bagi agama Kristian, 'sami' bagi Hindu dan lain-lain lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya akhbar itu mencari nama lain bagi Tuhan mereka.
"Tindakan akhbar itu sebenarnya membuka kotak 'paradox' yang sebelum ini sudah harmoni dan aman. Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan akhbar ini atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya. "PKPIM beri amaran agar Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian. Herald The Catholic Weekly harus beradab dalam meletakkan nama Allah di tempat yang sebenarnya," tambah beliau.
2- Kata-kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Dr. Maamor Osman: “Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan Negeri (ISA)”.
3- Kata-kata Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar: “Haramkan sahaja penerbitan mereka (Herald Catholic) atau menarik permit mereka jika sengaja menggunakan nama Allah. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan ketegangan agama. Kita tidak mahu kemanan Negara ini dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dan kami sedia bertindak atas nama Islam”.
4- Kata-kata Prof Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di UIAM: “Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitive. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini. Kita sanggup bangkitr mempertahankan hak ini kerana Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh sensitivity jihad kami”. Dan beginilah juga nada Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara.
Suara-suara kemarahan daripada masyarakat Melayu Islam boleh dilihat di sana sini, termasuk dalam blog-blog internet dan juga perbualan kedai kopi. Bahkan sebahagian daripada masyarakat Islam mempersoalkan motif dan niat sebenar keinginan mereka untuk menggunakan kalimah “Allah” untuk edisi bahasa Melayu, tetapi tidak untuk edisi bahasa Inggeris. Maka, demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, maka wajarlah kalimah “Allah” diharamkan penggunaannya untuk penganut agama bukan Islam, disamping alasan-alasan yang lepas.
Tambahan lagi, penggunaan kalimah ini oleh golongan bukan Islam untuk merujuk kepada tuhan mereka adalah bertentangan dengan perundangan. Ini kerana keputusan kabinet pada Mei 1986 telah memutuskan bahawa terdapat empat kalimah yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam, iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat. Malah penggunaan keempat-empat kalimah ini telah diwartakan hanya eksklusif buat umat islam sahaja di bawah Warta PU (A) 115/82 dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut, sebagaimana yang diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Kesimpulan
Pengharaman penggunaan kalimah “Allah” oleh golongan Kristian bagi merujuk kepada tuhan mereka yang dilaksanakan kerajaan Malaysia adalah wajar dan bertepatan dengan roh dan Maqasid Syariah Islam (tujuan pensyariatan Islam). Maka ia wajar dan perlu disokong oleh umat Islam yang menyanyangi agama dan aqidahnya. Ini kerana orang yang beriman sahajalah yang meletakkan kecintaan mereka kepada Allah SWT melebihi segala-galanya. Bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kesucian Nama Allah bagi membuktikan cinta mereka kepada Allah dan demi menjaga nama “Allah” daripada diperlekeh dan dipersendakan. Firman Allah SWT:
﴿ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ﴾
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.
Disediakan oleh: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Pensyarah Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan. Sabtu 3 Rabiul Awal 1430 / 28 Februari 2008
Saya dilahirkan di Kg. Losong, Kuala Terengganu pada 2 April 1965. Mendapat pendidikan di SK Losong, SMK Sultan Ahmad dan SM Ibrahim Fikri. Sewaktu berada di tingkatan enam atas, mendapat tawaran ke Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang. Sewaktu di maktab (1984-1986), bakat pidato mula diasuh. Awal tahun 1987, ditawar sebagai guru di SK (LKTP) Bukit Kuantan. Di sinilah mula mendapat pendedahan mengajar, berkhutbah dan menyampaikan kuliah di masjid dan surau. 1 Jul 1999, ditawarkan Tauliah Takmir Masjid dan Surau Pahang oleh pihak JAKIM hingga sekarang. Pada 2001 memperolehi Bac. Pendidikan (PBMP) dari UPM. Awal 2002, mula mengajar di SMK Bukit Goh hingga sekarang.Memberi khidmat masyarakat dalam bidang kuliah ilmu dan motivasi di masjid, surau, sekolah, kilang dan pejabat-pejabat sekitar Kuantan, Temerloh,Pekan dan Terengganu.
Tel : 019 9349961
Emel : youngsmkbg@gmail.com
Hari : Isnin Minggu Pertama (Bulanan). Masa : Selepas Maghrib. Tempat : Surau Taman Sg Isap Fasa 3, Kuantan. Kitab: Tahzib Attraf Al Hadith.
Hari : Isnin Minggu Dua, Tiga dan Empat Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Al Hidayah, Paya Besar Kitab : Hidayah Al Salikin
Hari : Selasa Minggu Kedua (Bulanan) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Balok Pantai Kitab : Mukhtasar Minhaj Al Qasidin
Hari : Selasa Minggu Pertama dan Tiga Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Felda Bukit Kuantan Kitab : Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Hari : Selasa Minggu Empat Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Balok Jaya Kitab : Di antara Kelesuan Ulamak dan Kejahilan Umat
Hari: Rabu Minggu Pertama dan Tiga (dwimingguan) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Balok Makmur, Kuantan Kitab : Minhajul Abidin
Hari: Rabu Minggu Dua dan Empat (dwimingguan) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Kg Balok Kitab : Peranan Kesufian Dalam Gerakan Islam
Hari: Khamis (minggu kedua) Masa : Selepas maghrib Tempat : Surau Rumah Murah Permatang Badak, Kuantan Kitab : Iman dan Kehidupan
Hari : Khamis (Minggu Tiga ) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau As Salikin, Beserah Kitab : Riadhus Salihin
Hari: Jumaat (Minggu Pertama) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Pekan Sungai Lembing Kitab : Isu Islam Semasa (Tayangan LCD)
Hari : Jumaat (Minggu Dua dan Empat) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Simpang 3, Bukit Kuantan Kitab : Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Hari :Jumaat ( Minggu Tiga ) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Kg Panching, Kuantan Kitab : Al Azkar Imam Nawawi
Hari : Sabtu Minggu Pertama Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Al Khairiah, Batu 8, Kuantan Kitab : Akhlak Muslim
Hari : Sabtu minggu kedua Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Balok Permai Kitab : Hadith 40
Hari: Sabtu minggu ketiga Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Peringkat 1, Felda Bukit Goh Kitab : Penawar Bagi Hati
Hari: Sabtu minggu keempat Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Jalan Tengah, Sg. Karang Darat, Kuantan Kitab : Iman, Rukun dan Perkara Membatalkannya
Hari : Ahad (Minggu Pertama) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Putih, Cenderawasih Kitab : Sakratul Maut, Ambang Menuju Kematian
Hari : Ahad (Minggu Dua) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Felda Cini Timur 1 Kitab : Iman, Rukun dan Perkara Membatalkannya
Hari: Ahad (Minggu Tiga dan Empat) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Al Falah, Taman Sg. Isap, Kuantan Kitab : Mustika Hadith
KULIAH-KULIAH SUBUH
Hari: Sabtu Masa : Kuliah Subuh (Minggu Pertama dan Ketiga) Tempat : Masjid Kem PGA Galing,Kuantan Kitab : Bimbingan Mukminin
Hari: Sabtu Masa : Kuliah Subuh (Minggu Keempat) Tempat : Masjid Bukit Rangin, Kuantan Kitab : Penyakit Umat Islam
Hari: Ahad Masa : Kuliah Subuh (minggu pertama) Tempat : Balai Purnama,Kg Cendering Kitab : Mutiara Hadith Hari: Ahad Masa : Kuliah Subuh (minggu kedua) Tempat : Masjid Jaya Gading Kitab : Taubat Kepada Allah
Hari: Ahad Masa : Kuliah Subuh (minggu ketiga) Tempat : Surau Taman Sg Isap Murni,Kuantan Kitab : Tazkirah Untuk Orang Mengaji Hari: Ahad Masa : Kuliah Subuh (minggu keempat) Tempat : Masjid Taman Cenderawasih,Kuantan Kitab : Dosa-Dosa Besar
JEMPUTAN...
MAC / APRIL 2012 9/3 : Khutbah Jumaat (Masjid Balok )
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.