KENALI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GOH


Bukit Goh merupakan sebuah rancangan penempatan peneroka yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Ia mula diduduki oleh para peneroka dari segenap pelosok tanahair pada tahun 1969. Hampir seratus peratus peneroka di sini terdiri dari kaum Melayu dan ianya terletak lebih kurang 22 kilometer dari bandar Kuantan.


Dengan adanya tanah rancangan ini maka bermulalah juga institusi pendidikan di sini dengan pembukaan sekolah rendah. Pada tahun 1974 bermula pula pendidikan peringkat menengah dengan penubuhan Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Goh. Sekolah ini menerima pentadbirannya yang pertama iaitu Encik Ibrahim bin Othman. Buat permulaannya murid-murid seramai 36 orang dan guru seramai 2 orang terpaksa menumpang di sekolah kebangsaan kerana bangunan belum siap sepenuhnya.


Pada 13 Oktober 1975 bermula era baru apabila bangunan Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Goh siap sepenuhnya dan murid-murid mula berpindah ke sekolah baru pada tarikh tersebut. Tenaga pengajar yang ada pada ketika itu ialah 5 orang dan bilangan kelasnya hanya 3 buah.


Mulai tahun 1976, bilangan kelas bertambah menjadi 7 dan tenaga pengajarnya ialah seramai 11 orang. Dalam tahun itu juga, kumpulan pelajar Tingkatan 3 sekolah ini telah menduduki Sijil Rendah Pelajaran dengan pencapaian keputusan 65.1 peratus.


Pada tahun 1977 pula bilangan kelas bertambah menjadi 10 kesemuanya dengan 15 tenaga pengajar. Tahun ini juga merupakan tahun yang penting dalam sejarah sekolah kerana pada tanggal 18 Julai 1977, sekolah ini dibuka dengan rasminya. Perasmian telah dilakukan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Chan Siang Sun.


Pada tahun 1980, sekolah ini menerima perubahan pucuk pimpinan pentadbiran apabila Pengetua yang baru dilantik mengambil alih jawatan dari Pengetua yang pertama. Beliau ialah Encik Wan Othman bin Wan Abdullah yang didatangkan dari Sekolah Menengah Chemomoi, Temerloh.


Pada tahun 1982 pula sekolah sekali lagi menerima perubahan pucuk pimpinan apabila Encik Wan Othman ditukarkan ke Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Sri Pelangai, Bentong. Tempat beliau telah diambil alih oleh Encik Abdul Jabar bin Imam Dali. Pada tahun ini, bilangan pelajar terus bertambah menjadi 735 orang. Bilangan tenaga pengajarnya juga bertambah menjadi 36 orang.


Pada tahun-tahun berikutnya, sesuai dengan perubahan masa dan persekitaran, sekolah ini turut sama mengalami berbagai-bagai perubahan dan perkembangan. Bilangan muridnya bertambah dari masa ke semasa. Begitu juga bilangan tenaga pengajarnya. Pada tahun 1984, sekolah ini telah menerima sebuah bangunan baru dengan 8 bilik darjah. Dengan siapnya pembinaan bangunan baru ini pada tahun 1985, maka kesemua pelajar sekolah ini dapat mengikuti pelajaran melalui satu sidang sahaja iaitu sidang pagi.


Pada tahun 1986, sekali lagi sekolah ini menerima perubahan pucuk pimpinan apabila Encik Mat Husin bin Yunus mengambil tempat sebagai pengetua sekolah pada 16 Mei 1986. Di bawah pucuk pimpinannya, sekolah ini terus berkembang dalam kurikulum, maupun kokurikulum. Suasana pembelajaran selesa dititikberatkan. Dengan itu, kegiatan-kegiatan menanam pokok-pokok teduh dan hiasan dijalankan dengan giatnya untuk mencantikkan kawasan sekolah. Pada tahun ini, bilangan pelajar sekolah ini meningkat kepada 870 orang dan bilangan pendidiknya ialah 38 orang,


Pada hujung tahun 1987, Sekolah Menengah Bukit Goh diketuai pula oleh Encik Abdul Razak bin Mohamed. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah ini telah masuk ke era baru pada tahun 1988. Pada tahun ini penubuhan kelas Tingkatan Empat Sains dan Sastera buat kali pertamanya dijalankan di sekolah ini. Satu kelas aliran sains dan empat kelas aliran sastera telah dibuka untuk menampung 172 lepasan SRP yang layak. Langkah yang bersejarah ini bukan sahaja dapat menyediakan kemudahan serta peluang kepada pelajar-pelajar sekolah ini melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat bahkan telah menolong mengatasi masalah kesesakan tempat di sekolah-sekolah di sekitar Kuantan bagi pelajar ke tingkatan empat yang semakin bertambah.


Pembukaan tingkatan empat ini telah memberi semangat kepada pentadbir untuk memperbaiki keadaan fizikal dan tenaga pengajar di sekolah ini. Pengubahsuaian makmal telah dijalankan dengan kemas. Pusat sumber pula telah dilengkapi dengan gambar-gambar dan info yang memberi meklumat kepada pelajar. Bagi mengatasi masalah kekurangan kelas, sekolah ini kembali semula kepada dua sidang iaitu pagi dan petang. Tingkatan 1 dan 2 berada di sidang petang manakala selebihnya di sidang pagi. Masalah kekurangan bilik darjah ini dapat diatasi dengan pembinaan bangunan yang menampung empat kelas lagi. Pembinaan ini dijalankan secara gotong royong. Dengan daya usaha pengetua dan guru-guru, Kelab Komputer sekolah telah ditubuhkan pada 1 Jun 1988 yang mempunyai empat unit komputer dan 80 orang ahli.


Dengan adanya perancangan yang berterusan, kemas, cekap dan teliti, Sekolah Menengah Bukit Goh kini sedang melangkah maju samada dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sepanjang sejarah sekolah ini sehingga usianya mencecah 15 tahun, ianya telah ditadbir oleh 5 orang pengetua. Tenaga pengajar pula bertambah dari 2 orang (1974) kepada 58 orang (1989). Bilangan pelajarnya pula turut bertambah dari 36 orang (1974) kepada 1209 orang (1989). Selain menampung pelajar-pelajar yang datang dari Bukit Goh, sekolah juga merupakan tempat bagi pelajar-pelajar Bukit Kuantan dan Bukit Sagu melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menengah.


Rasanya tidak sempurna jika tidak disertakan Lagu Sekolah "Berilmu Bahagia" untuk dihayati oleh kita bersama...

- Bangunlah dan bersatu
- Mendukung cita mulia
- Disiplin teras utama
- Bina Insan sempurna
- Demi harumkan nama
- Tingkatkan usaha kita
- Kejayaan pasti nyata
- Pada Allah kita serahkan

C/O

- Hanya satu di hati kami
- Untuk Allah juga sekolah
- Berdiri megah di bawah bendera
- Berjuang demi nusa bangsa
- GERAKLAH.... GERAKLAH
- Masa tidak menanti kita


Demikianlah sejarah ringkas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh, untuk tatapan semua.

PENGORBANAN DAN PENDERITAAN SEORANG SAHABAT


KISAH PENDERITAAN KHABBAB BIN AL-ARAT R.A


Khabbab bin Al- Arat r.a. adalah seorang sahabat yang tubuhnya dipenuhi keberkahan, kerana berbagai ujian dan penderitaan di jalan Allah swt yang telah dialaminya. Pada masa awal Islam, dia masuk Islam ketika baru ada lima hingga enam orang yang menerima Islam, sehingga cukup lama ia bergelut dengan penderitaan. Ia pernah dipakaikan baju besil lalu dibaringkan di bawah terik matahari yang sangat panas. Keringat bercucuran ditubuhnya. Begitu lama dia disiksa di bawah terik matahari, sehingga daging punggungnya mengelupas kerana panas. Ia adalah hamba sahaya milik seorang wanita. Ketika tuannya mengetahui bahwa ia sering menjumpai Rasulullah saw, maka tuannya menghukumnya dengan menusukkan batang besi ke kepala Khabab r.a.


Pada masa Khalifah Umar Bin khathtab r.a., Umar r.a. meminta khabbab r.a. menceritakan kembali penderitaannya dahulu pada awal Islam. Khabbab r.a. berkata, lihatlah punggung ku ini, begitu Umar r.a melihat punggungnya, ia bersuru, Belum pernah ku lihat punggung seperti ini, Khabbab r.a berkata, ” Aku diseret di atas timbunan bara api yang menyala sehingga lemak dara yang mengalir dari punggungku memadamkan apinya.”


Setelah Islam berjaya dan pintu- pintu kemenangan telah banyak diraih, Khabbab r.a. menangis, ”Jangan-jangan Allah telah membalas penderitaan kita. Aku khuatir balasan ini hanya di dunia. : Khabbab r.a. meriwayatkan ” Suatu ketika, Nabi saw, solat lama sekali, tidak seperti biasanya. Lalu ada seorang sahabat yang bertanya tentang solatnya itu. Jawab Nabi saw, ini adalah solat yang penuh harap dan takut. Aku mengajukan tiga permintaan kepada Allah swt, dua telah dikabulkan, dan satunya ditolak. Aku bermohon agar umatku tidak dimusnahkan kerana kelaparan, doa ini dikabulkan. Kedua, aku meminta agar umatku tidak dikuasai oleh musuh yang akan menghancurkannya sama sekali dan doa inipun dikabulkan- Nya. Yang ketiga aku meminta, agar tidak ada pertingkaian diantara umatku, tetapi doa ini tidak dikabulkan-Nya.


Khabbab r.a. wafat pada usia 37 tahun. Dia adalah sahabat yang pertama kali dikuburkan di Kufah. Setelah wafatnya, Ali. R.a. pernah melewati kuburanya dan berkata, ” Semoga Allah swt merahmati khabbab, dengan semangatnya ia telah memeluk Islam, dan ia rela menghabiskan waktunya untuk hijrah, jihad dan menerima segala penderitaan serta musibah. Penuh berkahlah orang yang selalu mengingat hari kiamat dan selalu bersiap- siap menerima kitab amalnya pada hari hisab. Dan ia menjalani kehidupan ini dengan menerima apa adanya, dan ia membuat Ridha Tuhannya.


PENGAJARAN :


Sebenarnya Ridha Allah swt, sajalah yang menjadi tujuan utama para sahabat. Semuanya yang mereka lakukan semata- mata untuk mendapatka ridha- Nya. Apakah syurga yang kita cari adalah syurga yang lain daripada yang dikehendaki oleh Khabbab? Kalau sama, apakah pengorbanan dan jihad kita setanding dengan mereka?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.