TASAWWUR MASLAHAH

Bagi seorang muslim, kita mestilah mempelajari dan mengkaji kesyumulan dan kesempurnaan Islam yang kita cintai. Memahami maslahah Islam merupakan satu keperluan penting bagi umat Islam kerana kita akan dapat melihat betapa cantiknya Islam menyusun demi untuk maslahah (kepentingan/ keperluan) ummah manusia seluruhnya.

PARADIGMA AMAN: TASAWWUR MASLAHAH ISLAM

Pemfokusan penulisan ini adalah berasaskan kepada pemahaman (al-Fiqh) berkenaan tasawwur usul fiqh. Pada kali ini, penulis ingin membincangkan beberapa perkara penting berkenaan maslahah. Secara umumnya maslahah membawa dari segi bahasa berasal dari rootword " salaha yashulu wa suluhan" yang memberi makna " segala perbuatan yang membawa kebaikan kepada manusia".Atau secara umumnya perkara yang memberi manafaat dan mencegah kemudaratan. Kondisi semasa umat Islam menuntut kepada pemahaman yang tinggi dalam persoalan yang tidak dinyatakan secara qat'ie melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contohnya penggunaan kereta sedangkan seerah Rasulullah saw menyatakan bahawa Rasulullah saw hanya menaiki unta malahan tiadapun kereta dizaman Rasulullah. Persoalan sebeginilah yang kita akan perhalusi dan dikaji dari masa ke masa.

PEMBAHAGIAN MASLAHAH

Berdasarkan ilmu usul fiqh ulama' fiqh telah membahagikan maslahah kepada tiga :

Maslahah mu'tabarah iaitu maslahah yang menyaksikan iktibarnya (kesannya) bertepatan dengan maksud syariat dalam menjaga perkara-perkara dharuriyyat iaitu agama, nyawa,akal, keturunan dan harta. Contohnya pengharaman arak yang merosakkan akal, hukuman bagi penzina yang merosakkan keturunan.

Maslahah mulghah iaitu maslahah yang dibatalkan dan dianggap sia-sia oleh ulama contohnya menyamakan hak pembahagian harta pusaka antara anak lelaki dan perempuan dengan alasan untuk kebaikan dan ingin menyamakan darjat. Contoh ini banyak berlaku di negeri sembilan yang mengamalkan adat pepatih yang melebihkan jurai sebelah perempuan (satu ketika dahulu). Contoh lain mengamalkan riba, pada umumnya mendatangkan manfaat tetapi bercanggah dengan Islam

Maslahah al-mursalah iaitu maslahah dimana syarak tidak mengatakan sebagai diakui atau diiktiraf tetapi tidak ditolak secara pasti. Disinilah ulama' muassirah menggunakan hujah maslahah semasa untuk membolehkan sesuatu perkara itu digunapakai oleh umat Islam. Seperti sumber Istishan yang membolehkan manusia menggunakan kenderaan lain selain unta dizaman moden ini.

JENIS- JENIS MASLAHAH.

1. Maslahah yang memberi kesan kepada masyarakat. Terbahagi kepada tiga :

Perkara dharuriyyat : ia merupakan asas yang penting yang telah dijaga oleh Islam, dimana perkara dharuriyyat terangkum dalam lima perkara iaitu
* agama, islam menjaga kepentingan agama melalui hokum syarak dengan hukuman bunuh bagi orang islam yang murtad.
*Nyawa, islam mementingkan nilai nyawa manusia dengan mengenakan hukuman qisas kepada orang yang membunuh.
*akal, Islam menjaga akal dengan mengharamkan arak dan perkara yang memabukkan kepada ia memberi effect yang besar kepada sistem otak.
*keturunan, Islam mengharamkan zina untuk mengelakkan berlaku kerosakan nasab umat islam dan mengalakkan perkahwinan untuk meneruskan nasab umat Islam dimuka bumi ini.
* Harta, Islam menetapkan hukuman potong tangan kepada pencuri kerana islam menjaga kemaslahatan dari segi harta benda.

Perkara hajjiyyat : perkara yang berbentuk kemudahan yang diberikan oleh syara' dalam melaksanakan ibadah iaitu berbentuk rukshah contohnya didalam solat, puasa dan amalan sufiyyah yang lain.

Perkara tahsiniyyat iaitu perkara penyempurnaan yang telah ditetapkan, bagi mempercantikkan amalan dan peribadi muslim, contohnya adab makan, memakai bau-bauan, akhlak bertutur,teknik komunikasi .

2. Maslahah yang berkaitan dengan masyarakat dan individu,ia terbahagi kepada 2:

Maslahah kulliyah iaitu suatu maslahah yg hendak dipelihara untuk kepentingan umum dan lebih luas ( contohnya , menjaga negara dari diceroboh, menjaga kesucian agama dan al-quran )

Maslahah juz'iyyah iaitu suatu kepentingan yang dipelihara yang terbatas kepada individu dan kelompok kecil tertentu sahaja.

3. Maslahah yang menurut dalil, terbahagi kepada tiga :

Qat'iyyah :
- maslahah yang ditunjukkan olh nas yang pasti tidak berubah @ dalil-dalil yang wujud berdasarkan penyelidikan
- dalil dan hujah yg berdasarkan akal bhw suatu perkara yang jika dilakukn membawa kemaslahatan yg besar& jika dibiarkan membawa mudharat yg besar( cthnya, hokum bunuh bg org tdk membayar zakat pd zaman Abu Bakar As-siddiq)

Zanniyyah :
- maslahah yang dtunjukkan oleh dalil yang zanni atau maslahah yang ditunjukkkan oleh akal secara zanni seperti menjadikan anjing sebagai pengawal di waktu peperangan.

Wahmiyyah :
- maslahah yang disangka wujud,tetapi selepas dikaji ternyata keburukan melebihi kebaikan contohnya,maslahah yang ada pada bahan yang memabukkan seperti arak,dimana keburukan melebihi kebaikannya.

CIRI- CIRI MASLAHAH

Maslahah dalam mempunyai ciri-ciri khususi yang perlu diambil kira sebelum digunapakai sebagai hujah oleh ulama' fiqh iaitu:

Thubut (pasti) : pemahaman kepada suatu maslahah hendaklah sampai ke peringkat jazim (pasti) atau pada tahap zhann(sangkaan)

Zuhur (jelas) : fuqaha' yang berselisih pendapat dalam menentukan maslahah yang dimaksudkan adalah sesuai dengan tujuan syara' ( cth, penjagaan nasab itu adalah maslahah yang menjadi matlamat kepada pensyariatan perkahwinan)

Indhibat (disiplin/peraturan yang jelas ) : pemahaman terhadap suatu maslahah adalah untuk menentukan batas yang jelas& tertentu spy mencapai tahap yang tidak diragui (cth, penjagaan akal sehingga kepada kadar yang menyebabkan akal terkeluar dari fungsi sebenar adalah tujuan syariat sebatan kepada orang yg mabuk)

Ittirad ( seragam) : pemahaman terhadap suatu maslahah itu seragam dan tidak berbeza menurut keadaan,masa dan bangsa ….

Rujukan :
Usul fiqh ; qawaid fiqhiyyah ( Haji hasan bin Hj Ahmad ,1998)
Pengantar syariat Islamiah ( muhammad Salleh Hj Ahmad ,1999)

0 ulasan:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.