THE ATTITUDES OF RASULULLAH

Stanley Lane Poole, dalam buku beliau yang bertajuk The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad berkata, "terhimpun pada diri Muhammad sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman. Beliau mangasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, keberanian dan kecekalan yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman ".

Thomas Carlyle. Beliau dalam bukunya On Heroes, Hero-Worship, and the Heroic in History berkata, " Muhammad bukanlah seorang yang mengikut nafsu.. Rumah tangganya hanya mempunyai perkara-perkara asas. Makanannya yang biasa ialah roti dan air dan kadangkala selama berbulan-bulan dapurnya tidak berasap. Umat islam meriwayatkan dengan rasa bangga bahawa Muhammad menjahit kasut dan pakaiannya sendiri. Beliau amat beradap. Berbeza daripada lelaki lain ketika itu.. Jika tidaklah kerana sifat-sifat ini, tidak mungkin orang-orang arab yang ganas dahulu yang mengenalinya selama 23 tahun, akan menghormati dan menyanjungi".

0 ulasan:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEMBARA SUFI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.